*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Belajarlah dengan ulama' Sufi .........jangan belajar dengan ulama' 
>parti politikus.

Saya pernah berkata ....al-hikmatu dholatul mukmin ...hikmat atau
ilmu itu adalah barangan kehilangan mukmin. Di mana-mana sahaja
kita boleh belajar, bahkan dari mulut musuh kita sendiri. Apa
yang kita tidak tahu, mungkin musuh kita dapat menunjukkan 
keaiban kita sendiri yang mana kawan kita kadang-kadang memuji-
muji kita, sebenarnya ia adalah pujian yang palsu.

Ada cerita dongeng yang boleh kita mengambil iktibar sebagai
panduan apabila kita berkawan atau mempercayai seseorang.
Pada zaman dahulu berlaku satu banjir besar dalam sebuah negeri.
Maka banyak binatang yang cuba menyelamatan diri masing-masing.
Ada seekor kalajengking yang terperangkap di suatu tempat dan
tidak lama lagi dia akan ditenggelami oleh air banjir. 
Kebetulan ada seekor katak berenang dekat situ. Ini perbualan
mereka:

Jengking: Hai katak, tolonglah saya, tak lama lagi saya akan mati
          dibawa oleh arus air.
Katak   : Kamu adalah binatang yang jahat, jika saya mendekati
          kamu, tentu sekali kamu akan menyengat saya.
Jengking: Jangan bimbang, tolonglah saya. Saya berjanji tidak
          akan menyengat kamu. Tidak lama lagi air banjir akan
          menghanyutkan saya, kesianlah kepada saya.

Jengking itu berulang-kali merayu kepada katak agar menolongnya.
Maka katak itupun berkata...

Katak:    Baiklah...tetapi kamu mesti berjanji jangan menyengat
          saya.
Jengking: Ya, saya berjanji.

Jengking itupun naik ke atas belakang katak itu dan katak itu
berenang ke tempat yang selamat. Ketika jengking turun dari
belakang katak itu, ia pun tiba-tiba menyengat katak itu ...

Katak   : Aduuuh ! kenapa kamu menyengat saya???? Bukankah kamu
          telah berjanji .....?????
Jengking: Apa boleh buat ...menyengat adalah tabiat saya. Kalau
          kamu akan mati kerana sengat saya, itu sudah menjadi
          nasib kamu.

Maka matilah katak yang malang itu.

Dapatlah kita satu pengajaran dari cerita ini. Kita mestilah
berhati-hati terhadap siapa yang kita pilih menjadi kawan.
Jika tabiatnya ialah membuat jahat, lama kelamaan kejahatannya
akan terkena kita juga. Manusia yang jahat sentiasa mencari
jalan untuk menyelamatkan dirinya, tanpa mengambil kira
perasaan belas kasihan. Berhati-hatilah terhadap siapa yang
kita memilih menjadi kawan. Memang tepat pesanan Nabi: "al-mar'u
ma'a deeni akhi_hi" = seseorang itu adalah mengikut ugama
saudaranya. Jika kita berkawan dengan orang yang suka berbuat
kemungkaran, lama-kelamaan kita diheret menjadi macam dia atau
dia akan mengkianati kita pula.

Saya rasa inilah sebabnya Anuar Ibrahim dipenjarakan. Dulu
dia masuk UMNO dengan tujuan menyelamatkan UMNO supaya UMNO
menghayati ajaran-ajaran Islam sepenuhnya. Sebaliknya pula
UMNO "menyengat"nya.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke