*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika apa pihak yang terang-terang membuat kemungkaran, siapakah
yang membuat teguran, pihak kerajaan (UMNO) ataupun pembangkang?
Inilah persoalan yang harus dijawab. Sudah lama media massa, TV
Malaysia dan akhbar tempatan menyiarkan bahan-bahan tidak senonoh
seperti iklan wanita tidak menutup aurat dan program-program Barat
berunsur seks.

Hampir setiap hari akhbar (milik UMNO) seperti Berita dan Utusan
disamping memuatkan bahan/berita berupa pendidikan dan maklumat
berguna, mereka juga memaparkan iklan-iklan yang bercanggah
dengan Islam. Iklan-Iklan itu tidak mengambil kira perasaan
sensitif umat Islam. Kita melihat ada ruangan khas dalam akhbar
menunjukkan artis-artis tempatan dan Barat mempamirkan peha
dan sebahagian buah dada secara terang-terang. Mengikut kitab
Fekah, wang yang kita gunakan untuk membeli barang yang bercampur 
dengan perkara haram adalah jual-beli yang haram. Maka kita melihat
orang-orang Melayu yang mencetak dan menjual akhbar sengaja mencari
rezeki yang haram.

Yang menghairankan kita, pihak akhbar tidak menyiarkan satu
fatwa tentang hukum pihak akhbar menyiarkan gambar-gambar yang
tidak senonoh. Inilah ulama zaman ini. Mereka lupa bahawa
Nabi memberi gelaran kepada mereka sebagai pewarisnya. Ulama
yang menjadi pewaris Nabi mesti tegas dan berani mencegah
kemungkaran. Kita hairan, kenapa perkara yang terang-terang
mencemarkan maruah Islam ulama hanya tanya pejamkan mata.

Kadang-kadang pula, akhbar menyiarkan berita yang berat sebelah.
Apabila mereka menyiarkan atau menuduh Nik Aziz berbuat sesuatu
yang dikatakan buruk, mereka letak muka depan serta dicetak
dengan huruf besar pula. Bila Nik Aziz menjawab tuduhan itu,
mereka siarkan dalam ruangan kecil sahaja, bukan menjadi muka
depan akhbar. Jika ada orang-orang PAS masuk UMNO, mereka jadikan
sebagai berita sensasi. Jika orang-orang UMNO masuk PAS, mereka
tak berminat menyiarkannya.

Saya tak percaya kepada keikhlasan ramai ulama di Malaysia.
Apabila pihak TV dan akhbar interbiu mereka untuk mengutuk
PAS, mereka beriya-iya memberi pendapat mengutuk PAS. Jika
mereka jujur, kenapa mereka tidak menyuruh pihak akhbar
memberi peluang kepada pihak PAS menjawab? Atau sekurang-kurang
memberi nasihat kepada pihak akhbar jangan menyiarkan iklan
dan gambar yang tidak senonoh. Jika mereka berkata pihak
pemimpin PAS mencarut, sebenarnya perbuatan menyiarkan iklan
dan gambar tidak senonoh sama teruk dengan mencarut. Ulama
jahat ini nampak keburukan PAS tetapi keburukan akhbar tak
ambil kisah.

Kadang-kadang saya naik cemuh melihat ulama-ulama yang pro-UMNO
memberi kuliah ugama dalam TV berkenaan dengan tajuk umpama
"Berakhlak Mulia", tetapi selepas program ugama, TV terus
menyiarkan program-program tak senonoh. Ulama-ulama pro-UMNO
umpama menjadi alat mainan pihak TV dan akhbar. Kadang-kadang
saya nak sebut ulama pro-UMNO adalah macam anjing-anjing yang 
dipelihara untuk menyalak orang-orang PAS.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke