*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A"kum ....
tolong tanya saudara fakhrull apa arti bersubahat ..... tak timbul soal
sokong tak sokong !
yang memperjuang BANGSA melayu yang berugama islam!! .....dengan
perkembangan semasa ....
saya kira kenyataan ini tak cerdik langsung atau cara yang sangat pelik
untuk melahirkan semangat
perjuangan ..... melayu dok kat mana lenni !!!!! .... kesian melayu !.
saya memperjuangkan ugama islam tak kira dia india ke macam toke kite atau
cina ke macam tiger
(yakeni!!!) atau yang jenis bangang macam saya dan kamu ni. Dasar
nasionalist tak ape ke dalam
doktrin tarikat kamu ....?.
Memang ade 2 jemaah terbesar, yang satu tu masih 100% mengaku islam
manakala yang satu lagi
tu sebahagiannya terang-terangan kafir ; nak perjuangkan islam ala koboi
boleh lah .... auta kamu ni
lagi berat !!!.
masalah hukuman !!! .... jenis kamu ni memang tak cemerlang dalam ilmu ,
bayangkan kalau tak
menjatuhkan hukuman ... macam mana nak tentukan sah/batal , iman/kufur dan
halal/haram . Dan
tidakkah dikira tergolong dalam satu-satu golongan itu dengan hanya menyamai
golongan itu ... tanya
tok guru kamu!.
dan perihal yang masih lemah dan ngarut dalam pas tu saya sedia terima dan
insyaALLAH akan saya
beri peringatan dan teguran kalau di beri kesempatan oleh ALLAH
(silap-silap saya pun termasuk sama- tak pe saya bagi peringatan pada diri
saya sendiri).... habis
kamu nak buat apa dengan ahli yang terang kafir dalam jemaah satu lagi tu
????
perihal nak perbetui orang ni .... kamu dah dapat jaminan dari TUHAN ke yang
diri kamu betui,
kan tak boleh menghukum tadi.... pernah di akui NYA kamu tu daripada hamba
NYA!! ..... jangan
sebuk sangat dengan sangkaan kamu terhadap orang lain nanti diri sendiri
entah kemana ... syirik
khafii pun belum tentu beres ..... apa lebih nya sekali pun sembahyang kite
sampai lekuk dahi , lekuk
bumi ...!!. sedihnya umat akhir zaman ...
setahu saya kalau pembaris boleh membetulkan satu-satu garisan !!. itu pun
kalau tak rosak !.
kamu banyak nor sebut martabat .... sikit-sikit martabat , tinggi kamu ni
!!! jangan jadi martabak dah
lah , lama kan basi tak sempat nak makan . Kalau jenis sufi betui , mereka
suka celaan , jadi kamu
jangan marah pulak , saya pun nak ikut jalan sufi jugak insyaALLAH , tapi
sufi yang hak bukan yang
jenis cari makan ....
perihal pemimpin yang fasik tu ,.... kamu ukur sendirilah dengan autak kamu
... fikirkan , apa hal
dengan si hindu yang sembah lembu tu kalau dia selalu buat naya kat lembu
atau lebih parah lagi dia
jenis makan lembu macam kamu dan aku ..... dia tu sekadar hindu fasik ke ...
atau dia buat-buat
caya hindu .... lepa sikit habis lembu dia tibai !!!.
saya jenis sekolah sekuler tak reti nak bersandar dan berdalil sangat, tapi
saya rase IQ para warga
hizbi ni tak lah rendah sangat sehingga bende yang koman sen {common sense}
pun nak berdalil ...
jadi tak berani nak perturunkan ayat , hadis , maklumlah nafsu ammarah masih
kuat , takut salah
guna , susah nak jawab nanti !.
semoga nafsu kite berkubur ...
WALLAHua'lam.
alQubah wrote:
PEMBOHONG.....
Kita tidak sekali-kali menyokong kezaliman.Samada kezaliman dalam umno
atau kezaliman dalam
pas atau dalam mana-mana puak atau mana -mana diri.Kita berkawan dengan
umno kerana dia
pandai buat kerja,kita kawan dengan pas kerana pas rajin bercakap.Yang
pertama
memperjuangkan bangsa melayu yang beragama islam dan yang kedua
memperjuangkan negara
islam.Kedua-duanya wajib dan dituntut.
Di Malaysia ini ada 2 jamaah orang islam yang terbesar,yang pertama umno
dan yang kedua
pas.Bolehlah pilih mana yg sesuai.Kalau rasa yg anda sokong tu betul lah
gilah .Apa yg susah
sangat.Kita tidak boleh menghukum orang dengan jamaah.Bukan semua orang
dalam umno tak
nak kat ugama.Dan bukan semua orang dalam pam pas nak kat ugama.(hampa pun
maklum hal ini
noh,jangan nak sembunyi)Kita tak boleh menghukum umno dengan pas dan kita
tak boleh hukum
pas dengan umno.Kalau seorang ayah menghukum anak dengan martabat bapa yg
ada pada
siayah,maka semua anak akan dihukum sesat kerana anak bukan ayah.Kalau
Rasulullah
menghukum umat dgn martabat Rasul padanya maka semua umat sesat kerana dia
serang saja
nabi yg tinggal .
Pada pandangan umno memartabatkan bangsa melayu itu strategi.Kerana
apabila Melayu tidak
berani dipertikaikan kedaulatannya maka dengan sendirinya agama itu
berdaulat.Pas kata naik
islamkan negara dulu,okey.....boleh kita terima pendapat tersebut.Tapi
buatlah cepat orang ramai
tertunggu ni.Dua negeri yang kita dapat tu kita buat apa mana syiar
islamnya.Atau nak tunggu
umno rampas balik.Lepas tu kita kata depa jahat.Kita laksanakanlah islam
disitu dulu.Perbetulkan
ahli-ahli kita yg 50% daripadanya wahabi dan syiah (hampa bukan tak
tau).Itu belum masuk
kefahaman mengarut yang lain lagi macam,hakikat insan,nikah batin,tok
bomoh jin,makyong,puja
wayang kulit,pesta pantai(ulit mayang),puak tak sembahyang,dan lain-lain.
Firman Allah dlm surahAnnisa' ayat 59
"Wahai orang yg beriman,taatlah kamu kepada Allah dan Rasul serta
Pemimpin dikalangan kamu"
.
Dan pendapat Imam Nawawi,
Tidak gugur hak ketaatan dan tidak boleh dipecat 'ulul amri' walaupun ia
fasiq.
-lihat Imam Nawawi- KitabSyarah Sahih Muslim,penggal 12,halaman 229.
"....dan sepakatlah ahli sunnah bahawa tidaklah terpecat mana-mana
penguasa dgn sebab
kefasikannya" -kecuali muktazilah menentang pendapat ini.
Hadis dari Khuzaifah al Yamani hal 238
"sekiranya dibelasah belakangmu dan dirampas hartamu ,maka belum jatuh haq
ketaatanmu
kepada mereka".
Imam Nawawi menghuraikan syarah Sahih Muslim hal. 235 antaranya.
"Sayugialah bersabar atas kezaliman mereka dan sesungguhnya tidak gugur
ketaatan
kepada mereka dengan sebab kezaliman mereka".....
Wallhu Ta"ala A"lam......
Wassalamualaikum.....
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "tua dah kubur" <[EMAIL PROTECTED]>