*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum semua netters...

Baru-baru ini tersiar luahan seorang pembaca di akhbar STAR yang di atas 
ketidakpuashatian perkhidmatan bas yang main di takuk lama walau pun tambang 
bas baru saja dinaikkan sebanyak 30% dan malah ada yang lebih dari itu.

Saya ingin komen di sini bahawa luahan tersebut sebenarnya merupakan satu 
luahan yang "buang masa" sahaja kerana ianya tidak akan memberi sebarang 
kesan dan perubahan.  Pernahkah pihak Kerajaan mengambil berat tentang hal 
ini, selama ini?  Pernahkah kerajaan kita membandingkan mutu perkhidmatan 
pengangkutan awam di negara kita dengan negara-negara lain?  Pernahkah?????  
Yang selalu dibandingkan hanyalah harga.  Bila harga minyak naik, kita sibuk 
membandingkan dengan negara-negara lain yang mana kesimpulan yang dibuat, 
negara kita sentiasa di paras yang berpatutan.  Bila kadar tol, dan apa 
sahaja naik, perbandingan akan sentiasa dibuat.    Tapi pernahkah kita 
membandingkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kita dengan negara-negara 
lain??? Toksah gi jauh lah... kita tengok Singapura, negara jiran kita 
sahaja, cukuplah... betapa kemasnya perkhidmatan awam di Singapura.... kalau 
nak gi jauh lagi, kita bandingkan dengan  perkhidmatan bas di negara-negara 
Eropah... punyalah classsss.... siap dengan jadual tiba bas di setiap 
perhentian bas... di negara kita ada jugak waktu perjalanan bas...kononnya 
setiap 10 minit....tapi, apa yang nyata, ikut kepala pemandu bas tersebut... 
kadang-kadang dua bas datang serentak...kadang-kadang tunggu kat sejam, baru 
ada satu bas yang menjelma... kalau pemandu bas mempersoalkan traffic jam, 
kenapa di sebelah pagi, selepas azan subuh, perkhidmatannya juga tidak 
menepati??

Pada saya lah, biar apa pun bantahan yang dibuat ianya tidak akan memberi 
sebarang kesan positif.  Maka itu, saya ingin pandangan dari netters yang 
lain dalam hal mutu perkhidmatan bas di negara kita.



_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "amari claude" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke