*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Ada 2 penglaman peribadi mengenai isu rompakan royalti ini.
1. Saya ada seorang rakan sekerja asal dari T'ganu. Katanya jika masa 
pilihanraya 1999, dia telah berusaha menarik ibu dan adik beradik undi PAS 
(dulunya undi UMNO sebab keluarga mereka dekat dgn seorang ADUN UMNO). 
Tetapi kerana marah dan geram dengan rompakan royalti ini, tahun 2004 ini 
dia akan lipat-gandakan usaha. Dia akan cuba tarik waris2 yang lebih jauh 
malah seluruh kampung pula untuk sama2 undi PAS. Inilah kesan rompakan 
royalti ini. Mungkin kepala perompak di Putrajaya tidak heran dengan kesan 
ini kerana kononnya apalah seorang spt rakan saya boleh buat. Oppss...tunggu 
dulu. Jika seorang berkata begitu, beribu2 yang lain juga boleh berpandangan 
yang sama. Harus diingat satu punca kekalahan teruk UMNO di K'tan dan T'ganu 
ialah kesan pengundi2 yang tinggal di pantai barat yang tebal refomasinya 
dan balik di malam mengundi lalu memujuk keluarga mereka supaya undi PAS. 
InsyaAllah, 2004 akan lebih teruk lagi UMNO kena disebabkan kerakusan dan 
kebongkakan mereka merompak royalti petrol.

2. Minggu lepas saya ada menghadiri seminar 'Penyelesaian Masalah'. Gurunya 
seorang yang agak hebat. Ada masters dan sedang buat PhD. Pernah jadi GM 
sebelum buat konsultansi sendiri. Saya sempat berbual dengan dia mengenai 
isu royalti ini. Katanya, dia seorang yang tiada parti. UMNO tidak, PAS pun 
tidak. Tapi katanya, selepas isu Anwar dan lebioh-lebih lagi selepas isu 
royalti, dia juga turut merasa marah dengan UMNO. Kalau ingatan saya baik, 
dia kata tahun 99 dia undi UMNO. TYapi tahun 2004, belum tentu. Katanya, 
dari pengamatannya, isu rompakan royalti ini memburukkan lagi imej UMNO 
dimata rakyat terutama di kalangan Melayu. Melayu semakin marah kepada UMNO.

InsyaAllah, akan betul kata2 Tn Guru Haji Hadi. Simpati rakyat akan 
bertambah pada 2004 kerana rompakan royalti ini. Mungkin juga menjadi satu 
daripada penyebab kejatuhan BN. Allah Maha Perancang.
Kita rakyat tiada apa2 kuasa untuk menghalang mereka merompak. Biarlah 
mereka berseronok dengan hasil rompakan itu buat sementara. Kita ajar mereka 
di tahun 2004 (Walaupun setengah akan kata ini angan2 mat Jenin, kita 
tengoklah nanti)

Wassalam.


>From: nyekik umno <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* PEMBAYARAN ROYALTI PETROLEUM OLEH PETRONAS KEPADA KERAJAAN 
>NEGERI TERENGGANU
>Date: Sat, 4 Nov 2000 03:06:55 +0000 (GMT)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum...
>
>Apabila baca kenyataan ini terasa menyirap darah
>saya..Kesian rakyat terengganu yg terpaksa terima
>akibat dari kesan hak rakyat yang ditarik balik...
>Adakah pemimpin UMNO suka melihat rakyat makin lama
>makin membenci mereka terutama bagi orang UMNO yg
>masih setia pada parti mereka di Terengganu...
>Apa yg dpt saya lihat makin lama makin ramai org UMNO
>terengganu takut dan tak nak mengaku diri mereka itu
>UMNO..takut kena pulau dan juga dihina oleh rakan atau
>jiran-jiran sekampung...
>Masalah in melibatkan maruah orang Terangganu...Selama
>20 tahun BN memerintah Terengganu,mati-mati rakyat
>terengganu kena tipu dengan bayaran royalti..tapi
>sekarang ni senang jer tukar Ehsan...saya sebagai org
>Terengganu jati memang rasa nyekik yg amat sangat pada
>UMNO...
>Yg nyata dan jelas sekarang ni UMNO telah menipu
>rakyat Terengganu selam 20 tahun ia memerintah negeri
>terbabit..adakah kita sebagai rakyat di negara ini
>hanya setakat nak pejam mata jer??
>
>PEMBAYARAN ROYALTI PETROLEUM OLEH PETRONAS KEPADA
>KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
>OLEH SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
>
>  1.Pembayaran Royalti Petroleum oleh Petronas kepada
>KerajaanNegeri Terengganu bukanlah isu Parti Pas. Ia
>adalah urusan Kerajaan Negeri menuntut hak bagi
>Negeri, Kerajaan dan Rakyat Negeri Terengganu.
>
>2.Pembayaran Royalti Petroleum ini menjadi hak
>kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu kerana
>terdapat satu perjanjian yang ditandatangani dan
>dimeterai oleh Petronas dan Kerajaan Negeri pada 22
>Mac 1975. Dalam
>perjanjian itu disebut dengan jelas bahawa royalti
>akan dibayar secara tunai sebanyak 5% kepada Kerajaan
>Negeri oleh
>Petronas dari perolehan kasar yang didapati oleh
>Petronas dari jualan minyak dan gas yang dikeluarkan
>di daratan dan di luar
>pantai Negeri Terengganu.
>
>  3.Perjanjian di antara Petronas dan Kerajaan Negeri
>Terengganu tentang pembayaran 5% royalti
>ini adalah berikutan dengan pengujudan Akta Kemajuan
>Petroleum 1974 di mana hakmilik sumber petroleum dan
>gas diserah
>kepada Petronas. Sebelum akta ini dikanunkan Petroleum
>dan gas ditafsirkan sebagai sama dengan sumber galian
>yang lain
>seperti emas, bijih timah, bijih besi, tembaga,
>bauxite dan lain-lain. Bagi sumber-sumber galian ini
>menurut undang-undang
>tanah dan galian adalah kepunyaan Kerajaan Negeri
>sekiranya ianya terjumpa di kawasan daratan. Justeru
>itu, sekiranya
>petroleum dan gas dijumpai di daratan Negeri
>Terengganu, sebelum Akta Kemajuan Petroleum 1974
>dikanunkan, maka
>sumber petroleum dan gas itu adalah kepunyaan Kerajaan
>Negeri. Bagi mengelakkan keadaan sedemikian berlaku
>dan bagi
>menentukan sumber petroleum dan gas dimiliki oleh
>Petronas di mana saja ianya dijumpai di Malaysia, baik
>dalam laut atau di
>daratan maka Akta Kemajuan Petroleum 1974 dikanunkan
>dengan Kerajaan Negeri menyerahkan haknya bagi sumber
>petroleum dan gas sekiranya dijumpai di daratan.
>Dengan penyerahan haknya atas sumber petroleum dan gas
>di daratan ini
>maka satu perjanjian ditandatangani pada 22 Mac 1975
>di antara Petronas dan Kerajaan Negeri menetapkan
>Petronas kena
>bayar 5% royalti kepada Kerajaan Negeri di atas hasil
>kasar yang diperolehi dari sumber petroleum dan gas
>baik dijumpai di
>daratan mahupun di lautan.
>
>4.Petroleum dan gas mulai dikeluarkan oleh petronas
>pada tahun 1978 berdasarkan kepada
>�production sharing agreement� dengan kontraktornya
>terutama EPMI. Mulai tahun 1978 Kerajaan Negeri
>Terengganu telah
>menerima royalti petroleum dari petronas sehinggalah
>tahun 1999. Jumlahnya adalah sebanyak RM 13.2 juta
>pada tahun
>1978 dan RM498.7 juta pada tahun 1999. Selama 22 tahun
>Kerajaan Negeri menerima royalti petroleum 5% ini dan
>tidak
>semena-mena dalam tahun 2000 royalti ini diberhentikan
>dan ditubuhkan Wang Ihsan. Royalti dan Ihsan mempunyai
>erti yang
>berlainan. Royalti adalah bayaran yang diwajibkan
>manakala ihsan adalah pemberian atas kasihanbelas,
>derma yang tidak
>diwajibkan. Perbezaaan inilah yang dimaksudkan
>Kerajaan Persekutuan telah merampas hak Kerajaan
>Negeri.
>
>5.Wang Ihsan ini tidak pula disalurkan terus kepada
>Kerajaan Negeri tetapi ditubuhkan Jawatankuasa
>Peringkat Pusat (JPP) untuk
>mentadbir dan mengurus wang ihsan ini. Adakah patut
>sebuah Kerajaan yang telah diberi mandat secara sah
>oleh rakyat
>untuk mengurus dan mentadbir sesebuah negeri termasuk
>menggubal dasar, pelaksanaan dan pengurusan kewangan
>dipindahkan kepada sebuah Jawatankuasa Peringkat Pusat
>yang tidak tahu secara dekat tentang kemahuan dan
>hasrat
>kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu. Ahli Majlis
>Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap ADUN Pengkalan
>Berangan
>dalam persidangan DUN pada 12 September 2000
>menyatakan penubuhan JPP merupakan satu tamparan dan
>penghinaan
>kepada kakitangan pentadbiran awam di Negeri
>Terengganu. Dianggap seolah-olah kita kakitangan awam
>peringkat Negeri
>tidak bertanggungjawab, tidak pandai merancang dan
>mengurus hasil atau wang yang diterima oleh Kerajaan
>Negeri. Perlu
>orang lain, satu jawatankuasa, satu �remote control�
>untuk memberitahu, mengarah apa yang patut kita buat.
>Dua puluh dua
>tahun sudah kita mengurus dan mentadbir wang royalti
>ini dan saya percaya pentadbir dan kakitangan Negeri
>Terengganu
>lebih arif dan memahami kehendak kerajaan dan rakyat
>negeri ini.
>
>6.Walaupun kecewa dengan tindak tanduk kerajaan pusat
>itu, kakitangan awam Negeri Terengganu hendaklah
>bangkit membuktikan bahawa kita mampu mentadbir,
>mengurus,
>merancang dan melaksana program, projek, aktiviti
>kerajaan di Negeri ini setanding jika tidak lebih
>hebat dari apa yang
>dilaksanakan di peringkat persekutuan. Sebelum inipun
>telah terbukti kita mampu; dengan
>jabatan-jabatan/agensi Kerajaan
>Negeri memenangi beberapa anugerah dan hadiah yang
>dipertandingkan di peringkat persekutuan. Kita
>kakitangan awam
>Negeri mesti terus mempertingkatkan prestasi kita
>dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab.
>
>7.Dengan terhentinya pembayaran royalti ini hasil
>negeri terjejas dengan banyaknya. Pada kadar harga
>petroleum hari ini
>  yang agak tinggi iaitu US$35.00 satu tong royalti
>yang patut diterima oleh Kerajaan Negeri adalah dalam
>linkungan RM1 billion setahun.
>Bayangkanlah betapa banyak hasil Kerajaan Negeri yang
>ditahan oleh Kerajaan Pusat. Duit inilah kita buat
>bayar gaji dan
>elaun, bayaran utiliti, pemilikan harta modal, bayaran
>tanggungan, caruman kepada badan-badan kerajaan, pihak
>berkuasa
>tempatan dan tidak ketinggalan membiayai projek-projek
>pembangunan untuk faedah rakyat dan kesejahteraan
>rakyat dan
>perkembangan dan kemajuan ekonomi negeri untuk masa
>depan. Ini meliputi pembinaan kemudahan-kemudahan bagi
>rakyat
>seperti rumah kos rendah, jalan, bekalan air, bekalan
>letrik, perparitan, saliran dan lain-lain. Juga
>membiayai pembangunan
>pertanian, perindustrian dan pendidikan. Hasil dari
>royalti ini diguna untuk projek-projek negeri.
>Manakala projek
>persekutuan seperti sekolah, PPRT, hospital, klinik,
>jalan persekutuan termasuk lebuhraya adalah dibawah
>peruntukan
>persekutuan dan tidak berkait dengan wang royalti.
>Sekiranya wang royalti yang ditukar kepada wang ihsan
>diguna untuk
>membiayai projek-projek persekutuan maka ini adalah
>tidak betul. Saya berharap ini tidak akan berlaku.
>Jika tidak ini
>bermakna Kerajaan Negeri membiayai projek persekutuan.
>
>
>8.Tanpa pendapatan dari royalti petroleum hasil negeri
>dari punca lain dalam keadaan sekarang adalah
>dianggarkan sebanyak RM180 juta sahaja setahun. Gaji
>kakitangan di Jabatan Kerajaan Negeri yang mempunyai
>�establishment� adalah sebanyak RM146 juta setahun.
>Ini tidak termasuk gaji untuk kakitangan kontrak dan
>sambilan, bayaran utiliti, elaun-elaun dan gaji bagi
>kakitangan badan-badan berkanun, agensi dan
>pihak berkuasa tempatan. Hakikatnya, tanpa bantuan
>lain atau punca hasil lain keadaan kewangan negeri
>adalah amat tenat.
>Dalam keadaan tenat kita mestilah sentiasa
>berjaga-jaga, dalam kawalan setiap ringgit yang kita
>belanjakan. Di sini kita amat
>perlu kepada keperihatinan, kefahaman dan pengorbanan
>kakitanan awam di Negeri Terengganu.
>
>9.Dengan kesuntukan kewangan negeri maka beberapa
>langkah terpaksa diambil dan dipohon keperihatinan,
>kefahaman dan pengorbanan
>kakitangan awam di Negeri Terengganu iaitu:-
>a.Perbelanjaan-perbelanjaan mengurus akan dikawal
>dengan rapi. Sekiranya
>permohonan perbelanjaan terpaksa ditolak maka
>diharapkan kakitangan awam negeri memahami
>kedudukannya.
>b.Peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling
>Kerajaan hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Peraturan dan
>pekeliling baru akan
>dikeluarkan berkait dengan penjimatan perbelanjaan.
>  c.Kakitangan perkhidmatan awam negeri boleh memberi
>sumbangan
>bermakna kepada Kerajaan dengan meningkatkan prestasi
>kerja. Gandakan output kerja kita. Sebagai contoh
>pengeluaran
>surat hakmilik tanah. Lebih banyak hakmilik tanah
>dikeluarkan maka lebih cepat Kerajaan dapat memunggut
>hasil tanah.
>d.Kerajaan sedang mengkaji langkah-langkah yang boleh
>diperkenalkan untuk meningkat punca hasil negeri.
>1.Terdapatkakitangan Kerajaan Negeri yang merasakan
>Kerajaan Negeri tidak berkuasa lagi tanpa hasil
>royalti petroleum. Sehinggakan
>terdapat kakitangan awam sanggup bersikap anti
>kerajaan melalui tindakan-tindakan mereka. Amalan
>sebegini adalah amat
>bertentangan dengan Perintah Am dan Peraturan
>Pentadbiran. Kakitangan awam hendaklah bersikap
>berkecuali dalam
>menjalankan tugas dan tanggungjawab rasminya dan
>hendaklah patuh kepada dasar yang ditetapkan oleh
>Kerajaan yang
>memerintah pada masa kini. (abide by the Government of
>the day).
>2.Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t.
>semuga hak Kerajaan dan rakyat Negeri akan
>dikembalikan kepada yang hak. Allah s.w.t. telah
>berfirman yang bermaksud
>yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil.
>Disamping itu bersama-sama jua kita berusaha dan
>bertindak bagi
>menghadapi situasi yang ujud ini.
>
>Sekian.
>
>____________________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
>or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: =?iso-8859-1?q?nyekik=20umno?= <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke