*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini adalah E-mel daripada seorang pensyarah Bahasa Arab di
Universiti Malaya. Beliau menceritakan tentang kemarahannya
kepada polis FRU.
=============================================
Mencarut dlm bahasa Arabnya ada beberapa perkataan yg digunakan
seperti:
sabbu..hijaa..laumu..tahakkum..dsb. Dalam al-Qur'an banyak ayat
tahakkum (dgn Ha') digunakan..sementara hadith secara lafaz dan
sunnahnya pun ada,kemudian baginda sendiri melantik beberapa
penyair seperti Ka'ab bin Zuhair,Hassan bin Thabit,Abdullah bin
Rawahah dsb mengungkap kalimah hamun dan mencarut untuk ditujukankan
kepada musuh2 Islam...khususnya ketika bersemuka dgn pembesar2
mereka dalam medan peperangan.(sila rujuk sejarah kesusasteraan
Arab zaman Sadrul Islam).
Memang benar kata Tok Guru ada kalanya Islam membenarkan kita
menggunakan bahasa yg kesat dan mencarut..khususnya ketika berdepan
dgn musuh yg juga keji dan ganas..malah kata beliau sehingga
perbuatan membunuh pun dihalalkan..ini adalah hujjah yg tepat,
dan diterima oleh semua.
Semalam 5/11/2000 kebetulan ana tak sempat lari dan 2 kali kena
gas pemedih mata di lebuhraya kesas berhampiran Plaza tol kemuning..
ana berada di barisan depan dgn kereta sekali...oleh kerana tak
sempat lari dari FRU penyangak2 dan anjing2 kurap Mahazalim tersebut
ana masuk dalam kereta....terserah nasib pada Ilahi...alhamdulillah
ana tak dipengapakan...semasa dlm kereta ana saksi sendiri dgn
hati yg pedih,terharu bercampur geram...aksi-aksi FRU bagaikan
kerbau gila mengamuk...di situ ana terlintas firman Allah "firaunu
wa hammanu wa JUNUDAHUMA KANUU KAUMAN KHATI"IIN...mereka juga
bersubahat..menjalankan tugas ..bukan alasan...tugas apa?...sanggup
pukul orang yang tak berdosa..mereka datang secara aman..sepatutnya
dilayan secara aman...kami tak dibenarkan bawa walau sebiji batu..
apa yang kami bawa cuma mulut dengan telinga...mengapa ada yg
dipukul hingga lebam dan patah...kenderaan dipecah-pecahkan..suami
isteri dipisahkan, anak kecil lari berkeliaran...sehingga saat
bersurai mereka datang lagi dengan air najis dan gas pemedih mata
serta pukulan membabi buta..KALAU SEKADAR NAK KATA ANJING KURAP
BAGI ANA KALIMAH ITU BUKAN MENCARUT LAGI..SEBENARNYA MAHAFIR'AUN
DAN KUNCUNYA ITU LEBIH BURUK DARI ANJING KURAP...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>