*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kena bantai, kena sembur sampai buta mata pun, masih nak "Nasihat dengan 
lemah-lembut"..???

Kempen Ludah Muka Mahatir.
Nampak muka Mahathir, Ludah sahaja. Kat paper ke, kat majalah ke, kat TV ke. 
Ludah muka Mahathir.
(seruan dari seorang yang 3 tahun dulu menganggap Mahathir sebagai hero. 
Tidak mustahil rakan2 yang sebegitu sekarang akan berpandangan yang sama 
setahun dua dari sekarang. Tengoklah. Mungkin tunggu Pak Lah pula kena 
fitnah??)

.........................................
PAS bawa usul tergempar ke Parlimen
http://www.harakahdaily.com/Nov/m6nov2000_100.shtml

KUALA LUMPUR, 6 Nov : Ketua Dewan Pemuda PAS, Mahfuz Omar mengesahkan PAS 
akan membawa usul tergempar mengenai perhimpunan semalam dan keganasan polis 
bagi dibincangkan di Parlimen lusa.

Menurutnya, beliau sendiri akan membentangkan usul itu dan permohonan usul 
itu akan dihantarkan esok.

"Tindakan polis terhadap orang ramai termasuk Ketua Pembangkang, Dato' 
Fadzil Nor dan Presiden KeAdilan, Wan Azizah dan menyebabkan lebih 20 orang 
cedera adalah amat mengecewakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, kesemua pimpinan utama Barisan Alternatif berada bersama-sama orang 
ramai di perhimpunan berhampiran tol Kemuning sebelum bersedia untuk 
bersurai apabila pihak polis melepaskan tembakan air dan gas pemedih mata.

"Pencabulan terhadap hak asasi manusia khususnya hak berhimpun dan bersuara 
dilakukan oleh kerajan BN apabila hasrat rakyat untuk berhimpun dihalang 
dengan guna kuasa pasukan polis," katanya yang juga terkena semburan air 
pemedih mata oleh FRU.

Menurutnya, beliau difahamkan bekas pemandu Dr Affifuddin Omar, Saidin Wateh 
yang ditahan polis semalam, mungkin buta kedua belah matanya apabila beliau 
disembur oleh polis dengan sejenis gas ke arah matanya. Pagi tadi beliau 
telah dibawa menemui pakar untuk pemeriksaan matanya.

Rakaman video Harakahdaily.com semalam, menunjukkan beliau telah dipukul, 
disepak dan diterajang oleh anggota FRU walaupun beliau tidak melawan 
apabila ditahan oleh mereka.

Mahfuz juga menjelaskan, beliau difahamkan lebih 40 orang yang dimasukkan ke 
dalam trak polis disembur oleh sejenis gas di dalam trak itu menyebabkan 
mereka sesak nafas.

"Saya juga difahamkan FRU menembakkan gas pemedih mata di Jalan Kebun 
sehingga mengganggu penduduk kampung berhampiran termasuk kanak-kanak.

Mahfuz berkata, imej polis semakin buruk berikutan insiden itu dan beliau 
mendesak Menteri Dalam Negeri mengadakan siasatan terbuka bagi menyiasat 
tindakan polis yang tidak berperikemanusiaan.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke