Nov 8, 2000
BREAKING NEWS!
Usul keganasan polis dibincang 4:30 petang
12.20pm, RABU: Isu keganasan dan salah guna kuasa polis ketika menyuraikan perhimpunan di Lebuhraya Kesas pada Ahad lalu akan dibincangkan di Dewan Rakyat pada jam 4.30 petang ini. Usul tergempar yang dibawa oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diterima oleh sidang dewan kira-kira jam 11.20 pagi ini.
Dalam usul itu, antara lain Mahfuz menyebutkan "tindakan desperado pasukan polis" menyebabkan 116 penyokong pembangkang ditangkap, lebih 30 orang mengalami kecederaan serius, seorang dibawa ke unit rawatan rapi (ICU), seorang hampir buta dan lebih 70 buah kenderaan dirosakkan.
Ketua Pemuda PAS itu juga menyatakan polis sepatutnya menjaga keamanan negara tetapi "menjadi alat" untuk kepentingan sempit Barisan Nasional sejak 1998.
"Sejak 1998, pasukan polis diperalatkan untuk menzalimi rakyat hingga menjadikan mereka (polis) tidak profesional," kata Mahfuz ketika membentangkan usul itu pagi ini.
Ekoran itu, beliau juga menyeru agar penyiasatan terbuka diadakan terhadap polis dan pemimpin BN
Usul itu dikemukakan pada dewan jam 9:30 pagi semalam tetapi "hampir terlupa" dibincangkan pagi ini kecuali selepas Mahfuz bangun mengingatkan Yang DiPertuanya Tun Mohamed Zahir Ismail.
Zahir mengaku kesilapannya ini dan menangguhkan dewan sebelum ia diterima kemudiannya.
[Laporan lanjut selepas ini]
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.
