*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Tuan/puan yang dihormati, nak ghoyak sikit satu hal kecil, semasa
dipersimpangan cabang 4.8 yang berlampu isyarat yang sungguh sibuk.
Ada seekor anjing kurap nak lintas jalan. Ambo tabiklah melihat
dia punya intelligence - relax dan cukup mahir membaca pergerakkan
trafik yang bertaliarus. Manusia pun bermasaalah nak lintas kat
situ.
Satu masa dulu pernah juga terbaca kisah sorang perempuan yang bakal
dimasukkan kedalam syurga kerana beri anjing kurap minum air (bukan
air kimia beracun), tapi pengajarannya amat bermakna. (Sohih ketidak,
ambo kurang periksa pulak).
Orang melayu, kalau sebut anjing kurap, maka tak adalah yang lebih
hina darinya. Tapi, hina anjing kurap hanya hina dari pandangan
manusia. Dari pandangan Tuhan, ianya tetap sebagai makhluk haiwan,
macam yang lain2 juga.
Kalau ada orang yang diumpamakan sebagai anjing kurap, itu membawa
erti, betapa hinanya orang itu dari pandangan manusia. Mungkin
disebabkan kezalimannya yang diluar perikemanusian setaraf dengan
yahudi yang bantai orang palestin - dah lah hina, pengecut pula tu.
Cuba kalau yang dibantai tu bersenjata. Ambo ingat tak cukup langkah
dia orang akan lari. Kenapa ada orang sanggup meletakkan diri
sendiri setaraf dengan anjing kurap - ini agak sukar untuk di
compute. Kerana dipaksakah? Kerana disihirkah? Kemana hilangnya
akal? Anjing kurap yang lintas jalan tu nampaknya lagi cerdik.
Tidak ada quiz kali ini kerana kesugulan.
Sekian
__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>