Date: Fri, 10 Nov 2000 08:29:58 +0800

www.harakahdaily.com

Pilih penjara, Mahfuz buktikan keberanian
Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Pusat, Mahfuz Omar, yang
memilih untuk masuk penjara daripada membayar denda RM1,500.00 hari ini
dianggap sebagai wira yang paling berani demi menegakkan keadilan dan
kebenaran.

Beberapa pimpinan Barisan Alternatif berkenaan perkara itu memberi sanjungan
dan penghormatan mereka ekoran keputusan Mahfuz serta dua rakannya lagi
Salahuddin Ayub dan Pakcik Amjal yang didapati bersalah dalam demontrasi
kriket di hadapan Universiti Malaya 1997 lalu.

Menurut Setiausaha Agong PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, tindakan Mahfuz
mencerminkan peribadinya begitu kental mempertahankan Islam.

"Saya sokong pendirian Mahfuz serta rakannya yang lain. Jelas kepada pada
kita bahawa beliau tidak mahu bersubahat dengan kezaliman, lebih-lebih lagi
dengan Isr! ael. Katanya lagi kerajaan seharusnya mengambil iktibar bahawa PAS
tidak akan bertolak ansur terhadap rejim Yahudi. Ahli Jawatan Kuasa PAS
Pusat, Dato' Hishamuddin Yahaya, pula berkata, tindakan Mahfuz melambangkan
kegigihan perjuangan PAS. Mahfuz juga katanya adalah seorang aktivis yang
begitu istimewa. Beliau sanggup ke penjara kerana mahu menegakkan prinsipnya
dan tidak mahu akur dengan undang-undang yang zalim. Beliau juga berkata,
apabila kebebasan disekat maka ia menunjukkan tidak ada hak asasi manusia di
Malaysia, sedangkan di mana-mana negara pun hak asasi tidak dicabuli.

"Saya rasa semangat kental Mahfuz patut dicontohi oleh semua ahli PAS,
kerana kita tidak harus tunduk pada undang-undang yang zalim," jelasnya
sambil menambah beliau bersetuju tindakan mereka tidak mahu membayar denda
pada kerajaan kerana tindakan itu, secara tidak langsungnya akan
memperkayakan lagi kerajaan. Sementara itu, ADUN Hulu Kelang, Azmin Ali,
mela! hirkan sekalung penghargaan di atas semangat yang ditunjukkan Mahfuz,
Salahuddin dan Pak Cik Amjal. Sikap seperti itu katanya adalah satu mesej
yang jelas bahawa mereka tidak tunduk pada kezaliman.

"Keputusan untuk tidak membayar denda melambangkan kekuatan semangat juang
mereka," jelasnya.

Azmin juga berkata bahawa pengorbanan mereka membuktikan Ketua Pemuda PAS
tidak takut dengan ugutan penjara.

"Saya bangga kerana PAS telah dapat melahirkan pejuang yang sekali gus
mengangkat martabat perjuangan di negara ini," tambah Azmin.

Manakala itu, Setiausaha Publisiti parti DAP, Ronnei Liu menyifatkan
tindakan Mahfuz itu sepatutnya dihargai oleh semua masyarakat.

"Saya harap keputusan beliau akan membuka mata rakyat yang masih belum sedar
mengenai kezaliman dan ketidakadilan undang-undang di negara ini." katanya
ketika diminta memberi ulasan.

Beliau juga berkata pengorbanan besar mereka akan menjadi contoh kepada ! para
pemuda barisan Alternatif.

Menurutnya ketabahan mereka merupakan satu nilai yang paling berharga dan a
hanya pemimpin yang berani dan 'gentlement' sanggup berjuang begitu.


Comments ? E-mail Us




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke