Date: Fri, 10 Nov 2000 12:29:33 +0800

www.malaysiakini.com

Nov 10, 2000

116 dibebaskan dengan jamin polis

12:15pm, JUM: Versi terkini Seramai 116 peserta perhimpunan di Lebuhraya
Kesas hujung minggu lalu dibebaskan dengan ikat jamin mulut dan dikehendaki
melaporkan diri ke balai polis Pelabuhan Kelang 14 hari dari tarikh hari
ini.

Dewan sukan dijadikan 'mahkamah'

11:45am, JUM: Sebuah dewan sukan di Jalan Raja Lumut, Pandamaran, Kelang
berdekatan stadium hoki dijadikan "mahkamah" baru untuk prosiding terhadap
125 orang yang ditahan dalam perhimpunan di Lebuhraya Kesas hujung minggu
lalu.

Hakim mahkamah magistret, peguam, penyokong dan anggota keluarga yang
ditahan semuanya berada di sini mulai sebentar tadi.

OKT di stadium, peguam belum dimaklum

10:30am, JUM: Kira-kira seratus ahli keluarga dan penyokong 125 orang yang
ditahan dalam perhimpunan di Lebuhraya Kesas hujung minggu lalu bera! da di
mahkamah sejak sejam lalu.

Bagaimanapun, sumber menyebutkan tahanan tersebut telah dibawa polis ke
stadium hoki, Kompleks Sukan Pandamaran, Klang. Anggota-anggota polis FRU
sudah mengawal tempat berkenaan.

Mereka belum dibawa ke Mahkamah Majistret Klang di Jalan Istana. Peguam
belum dimaklumkan tempat prosiding itu bakal berlangsung hari ini, di
bangunan mahkamah atau kompleks sukan.

Beberapa maklumat asas tentang mereka yang ditahan (OKT) boleh diperolehi di
laman web harian Harakahdaily.com.


Menurut laporan akhbar hari ini, polis akan menyambung tempoh reman kerana
"belum lengkap mengambil kenyataan." Bagaimanapun, OKT yang tidak terlibat
akan dibebaskan.

Isnin lalu, semua tahanan dikenakan reman selama lima hari hingga Jumaat.

Polis juga sedang mengumpul lebih maklumat untuk mengenal pasti lebih ramai
peserta perhimpunan daripada foto dan rakaman.

Pihak berwajib itu juga dilaporkan ! akan menyiarkan foto mereka di media.

[Laporan lanjut selepas ini]



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke