*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded Message:
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum,
Meneruskan laporan Wartawan Rakyat; kali ini WR ingin melaporkan kes
pembunuhan
paling sensasi tahun ini; iaitu kisah pembunuhan YB Dr Joe Fernandez, Adun
Lunas, Kulim di Pekan Bukit Mertajam pada awal minggu yang lalu.
Kalau kita baca internet atau pun pi dengar ceramah politik atau pun
baca akhbar2 arus perdana; tak banyak yang diketahui; mungkin
kerana kes ini masih dalam siasatan polis, lalu semua orang takut nak
bersembang atau pun bercakap mengenainya kerana dikhuatiri akan
memungkinkan
mereka dipanggil menjadi saksi.
Dua tiga hari lepas, saya berkesempatan berkunjung ke Kulim dan
kawasan sekitarnya; atas cetusan rasa ingin tahu tentang cerita-cerita
di sebalik pembunuhan itu, saya cuba pasangkan telinga mendengar perbualan
orang ramai di kedai-kedai kopi dan di tempat-tempat awam yang berdekatan.
Di sini, saya ingin tuliskan cerita-cerita kedai kopi yang saya
dengar; yang saya rasa semuanya berbentuk khabar angin semata-mata atau
pun
dalam bahasa mahmakah dipanggil sebagai 'hearsay' , yang cuma sesuai untuk
dipersembangkan secara sekali lalu, dan bukan untuk dijadikan ukuran
sebagai
cerita yang sebenar.
Secara keseluruhanya, saya membuat kesimpulan bahawa pada
pandangan orang awam di sekitar Lunas, Kulim dan sekitarnya; pembunuhan Dr
Joe
ini mereka rasakan ada hubung kaitnya sama ada dengan isu Agama, isu
Wanita, isu
Gangster atau pun isu politik dalaman dalam MIC. Okay, di sini saya cuba
huraikan satu persatu.
Dalam banyak-banyak isu itu, saya mendengar kebanyakan mereka
berpendapat bahawa pembunuhan Dr Joe ini adalah disebabkan oleh isu agama,
iaitu kerana beliau telah dihebohkan sebagai punca merebaknya perkembangan
Kristian di kawasan ini. Kalau saya mendengar cerita mengatakan orang
Melayu
Islam tak puas hati lalu menembak beliau; mungkin saya tidak terperanjat
langsung kerana isu kristianisasi di daerah Kulim itu bukanlah satu rahsia
lagi
kepada masyarakat Islam di sebelah utara ini; tapi yang memeranjatkan
saya ialah saya mendengar dari beberapa sumber yang berlainan bahawa
Orang-Orang
India sendiri tidak berpuas hati dengan perkembangan gejala Kristianisi
ini
kerana anak-anak mereka yang beragama Hindu ramai yang telah
dikristiankan.
Lalu, mereka-mereka yg melihat pembunuhan Dr Joe ini sebagai isu
Hindu-Kristian,
mereka berkata:
"Orang-orang Melayu jarang tembak orang, ini mungkin kerja orang
Hindu yg tak puas hati dengan Kristian!".
Apabila mendengar teori ini, saya jadi agak selesa untuk terus
ke Kulim kerana saya pada awalnya khuatir kes pembunuhan Dr Joe ini akan
disalahertikan sebagai kerja orang Islam yg juga tak puas hati dengan isu
Kristianisasi, dan memungkinkan tragedi Kg Rawa 2 tahun sudah berulang
kembali.
Tapi, teori ini tertolak dengan sendirinya apabila saya terbaca
akhbar Utusan Malaysia 5/11/2000 yang dengan beraninya -tanpa memikirkan
akibat buruk dari berita gopoh gapahnya ini- bahawa kedua-dua pembunuh itu
adalah berbangsa Melayu, sedangkan pihak polis belum membuat apa-apa
kenyataan
dan akhbar the SUN pada hari yg sama juga tak pun menulis bahawa penembak
itu
berbangsa Melayu. Apabila saya tanya kpd rakan saya yg berbangsa Cina; dia
cakap dalam paper Cina pun tak ada disebut bahawa pembunuh itu berbangsa
Melayu!
MANGKUK HAYUN PUNYA UTUSAN!!
Berbalik kpd teori pembunuhan beliau atas sebab agama; saya tak
pasti mengenai orang Hindu, tetapi kalau nak dikatakan orang Islam yg
melakukannya atas sebab agama; saya tak rasa ianya berlaku seperti
sebegitu.
Orang-orang Melayu Islam kat Malaysia ini belum sampai tahap
macam orang Islam di Bangladesh atau pun di Iran; bagi orang-orang kita,
isu
murtad selagi tak jadi kat anak sendiri, selagi itulah pakat-pakat buat
tak
peduli. Dan, kalau pun tiba-tiba terjadi kat anak sendiri, tak terfikit
pulak
nak pi tembak sapa-sapa sebab orang-orang Melayu ini sejak zaman berzaman
berpegang kpd konsep "Alah, dah takdir, nak buat macam mana!!". Dengan
kata
lain, secara keseluruhannya, semangat jihad di kalangan rata-rata orang
Melayu Islam Malaysia sudah pun mati; kerana itu kalau dikatakan bahawa
pembunuhan Dr Joe dibuat oleh orang2 Islam atas dasar agama, kita rasa ada
sedikit rasa nak tergelak di situ!!
MINTA DERMA MASJID PUN BERKIRA; INI NAK PI TEMBAK KAPIAQ - PIIRAH!!
Lagi pun, di sekitar Kulim terutamanya di kawasan Lunas, Dr Joe
cukup disayangi oleh orang-orang Melayu berbangsa UMNO. Buktinya,
seorang ustaz UMNO telah membatalkan kuliahnya di sebuah masjid di kawasan
Lunas
pada malam selepas pembunuhan itu, kerana terlalu bersedih dengan kematian
Joe Fernandez ini (ini cerita betoi, sengaja saya tak tulih nama beliau
untuk
tidak mengaibkan nama keluarganya, kot kot kalau ada sanak saudaranya
yang bukan satu aliran politik dengan beliau).
Saya juga mendengar cerita bagaimana ada sebuah surau di satu
Taman Perumahan di kaw Kulim (saya rahsiakan Taman mana); surau ini selalu
berebut-rebut antara orang PAS dan orang UMNO. Bila dapat kat PAS, surau
itu
meriah dengan ceramah dan kuliah; apabila dapat kat UMNO, surau itu cuma
jadi
tempat orang pi sembahyang, lepas tu balik. Sekali tu, surau itu jatuh ke
tangan orang-orang PAS; dan macam biasa orang2 PAS ini pun sibuk dok
buat kuliah dan ceramah; orang-orang UMNO tak puas hati; salah seorang
daripada
mereka telah menghantar surat kepada YB Dr Joe Fernandez minta campur
tangan.
Cerita yang ketiga pula ialah mengenai sebuah masjid (saya
rahsiakan juga) yang mengadakan majlis berbuka puasa dan menjemput Dr Joe
Fernandez sebagai tetamu utamanya. Ada orang kata mungkin nak panggil dia
mai
baca doa kot!!
MUNGKIN KERANA ITU KOT; ADA ORANG BUAT LAWAK MENGENAI SATU
MASJID DI KULIM YG KEBETULAN DUA TIGA MALAM SELEPAS PEMBUNUHAN ITU
MENGADAKAN
MAJLIS BACAAN YASSIN (ATAS SEBAB YG LAIN) SEBAGAI DOK BUAT "QULHU" UNTUK
JOE
FERNANDEZ!!
Maka atas sebab-sebab di atas, kita boleh kata dengan pasti
bahawa pembunuhan itu bukan dilakukan atas sebab-sebab agama.
Sebab ke-dua; isu wanita.
Kata orang, orang mungkin tergamak membunuh kerana sebab
cemburu; kalau cemburu dilihat sebagai motif; ada kemungkinan pembunuhan
beliau itu disebabkan oleh cemburu. Dr Joe Fernandez dihebohkan orang
(bukan rahsia lagi) sebagai mempunyai hubungan intim dengan seorang Doktor
Melayu yang bernama Dr "S". [Doktor "S" ini masih hidup lagi, jadi tak
beranilah
saya nak tulis nama beliau, nanti kena saman pulak].
Saya sendiri belum pernah melihat siapa Dr "S" ini walaupun hati
kecil saya meronta-ronta macam nak pi sat klinik dia nak pi jenguk tengok
macam mana rupanya Dr 'S' ini yang diwar-warkan oleh rakan sepejabat saya
sebagai 'Anak Mami, Janda, kecik molek orangnya'.
Saya tak pasti sama ada hubungan beliau dengan seorang doktor
Melayu ini memungkin beliau dibunuh kerana itu; kerana menurut maklumat
yang saya terima, hubungan mereka sudah terjalin lebih 2 tahun; kalau nak
bunuh,
kenapa sekarang baru nak bunuh; kenapa tidak dahulu? Lagi pun Dr 'S'
dikatakan
seorang janda; siapa pula nak cemburu?
Unless, Dr Joe mempunyai hubungan dengan wanita-wanita lain yg
tidak sampai ke pengetahuan saya, yang itu saya tidak pasti.
Sebab ke-tiga; isu gangster.
Kalau ditanyakan kepada rakan-rakan berbangsa Cina di sekitar
Kedah/Penang ini; mereka berpendapat pembunuhan itu kalau bukan atas sebab
'womanizer' (pompuan) mesti kerana sebab 'Kongsi Gelap' atau pun
pergaduhan
antara kumpulan Gangster.
Mereka bercerita bahawa Dr Joe mungkin terlibat dengan kumpulan
Gangster; dan berlaku pertembungan atau pun pergaduhan dengan kumpulan
gangster yg lain yg menyebabkan beliau menjadi target utama untuk
ditembak. Saya
tak pasti benar ke tidaknya cerita mereka ini; tetapi di kawasan Kulim
sana,
bukan satu rahsia lagi bisness yg berhubungkait dengan kilang2 industri
seperti
kontrak bas dan van dll di kilang2 industri di sekitar kawasan industri
Kulim
dimonopoli oleh kaum India - dikatakan melalui Dr Joe sebagai proksinya.
Sumber
yang saya tak pasti kesahihannya mengatakan bahawa Dr Joe mendapat wang
'saguhati' dari setiap 'bisness' ini lebih kurang RM2000 sebulan. Yang ini
saya
betul-betul tak pasti, tapi saya tulis juga untuk cuba melihat kaitannya
dengan cerita kongsi gelap ini.
Dan, seperti yang saya tulis dalam isu agama tadi; orang-orang
India sendiri ada yang tak suka kepada Dr Joe; tak pasti kerana isu orang
Hindu dimurtadkan atau pun sebab isu gangster. Seorang sahabat bercerita
bagaimana terkejutnya beliau apabila bersembang mengenai kes Dr Joe ini;
seorang
pekedai berbangsa India di Kulim berkata:
"INI BANYAK JAHAT PUNYA ORANG!!"
Oleh kerana nature kongsi gelap itu sendiri terlalu berahsia
sifatnya; jika pun benar Dr Joe terlibat dengan kumpulan sebegini, susah
untuk
dibuktikan. Kerana itu, untuk teori yang mengatakan bahawa beliau ditembak
kerana kes kongsi gelap; saya tak dak apa-apa nak komen mengenainya.
Mungkin ya, mungkin tidak; sama-sama kita tunggu keputusan penyiasatan
polis
mengenainya.
Last sekali, konflik dalaman MIC.
Entah pasal apa, sejak berlakunya beberapa siri pembunuhan yg
melibatkan pemimpin2 MIC di peringkat grassroot seperti yg pernah kita
tengok dalam paper tak beberapa lama dulu; saya jadi cepat nak percaya
kalau
orang katakan pembunuhan Dr Joe ini ada kaitannya dengan pergaduhan
dalaman.
Mungkin MIC sekarang sudah satu step di hadapan UMNO; dulu kalau bergaduh
pakai baling kerusi dalam dewan, itu mesti kerja MIC; sekarang benda itu
dah
melarat ke dalam UMNO (rujuk pergaduhan dlm satu mesyuarat UMNO di Melaka
beberapa tahun lepas). Jadi, kerana UMNO dah ambik trade-mark MIC ini,
sekarang
MIC terpaksa pi ke depan sikit macam apa yg berlaku kpd seorang ketua
cawangan MIC yg dibunuh tak lama dulu (di sebelah Kedah kalau tak silap).
Theori ini agak menarik kerana Dr Joe adalah salah seorang
pemimpin MIC yg dikatakan mendapat undi yg terbanyak dalam pemilihan MIC
lepas;
lagi pun beliau sekarang dah jadi Timbalan Pengerusi MIC Kedah; sekarang
beliau baru jadi ADUN; dengan karismatiknya yg cukup disegani oleh semua
orang tak kira India, Cina mahupun Melayu UMNO; maka jalan beliau ke atas
terbentang luas di hadapan. Mungkin ini menakutkan musuh2 politiknya dalam
MIC
kerana kita semua tahu tak seperti MCA atau pun UMNO; MIC padang
permainannya
kecil dan terbatas kerana quota India-Melayu-Cina dalam kerajaan. Kerana
masing2
cuba berebut kek yang kecilnya ini, ada kemungkinan ianya akan mendorong
kepada
munculnya motif politik untuk melakukan pembunuhan.
Ringkasnya; hasil pemerhatian saya itu, saya membuat kesimpulan
bahawa kematian Dr Joe ada cuma 2 kemungkinan, kalau bukan faktor
politik, kemungkinan besar adalah sebab gangsterism. Apa-apa pun, ini ini
adalah cuma sembang-sembang kedai kopi dari saya; diharapkan tidak
mengganggu urusan penyiasatan pihak polis dalam hal ini kerana semua ini
hanyalah cakap-cakap kedai kopi atau pun "hearsay' sahaja, tidak boleh
digunakan
sebagai bukti dalam mahkamah.
Last sekali, sebagai penutup; dalam banyak-banyak teori yang
saya dengar (tidak semua saya tulih di sini); saya nak tergelak mendengar
satu teori daripada budak-budak kilang di sekitar Perai. Untuk yang tidak
tahu; Klinik Dr Joe Fernandez bersepah di sebelah utara ini, dan boleh
dikatakan
semua kilang2 industri mengambil klinik beliau sebagai panel. Kata budak2
kilang ini:
"Dr Joe ditembak sebab dia tak mau bagi MC!!"
Yang ini lawak saja; mungkin di ketika ini pihak polis sudah pun
menemui teori lain yang lebih canggih; kalau bulu orang pun, polis boleh
tahu
itu bulu ketiak atau pun bulu kemaluan (rujuk kes Anwar); inikan pula kes
Dr Joe yang ditembak terang-terangan di tempat awam; kes ini kita rasa
kacang sajalah bagi pihak polis untuk menyelesaikannya.
Apa-apa pun; rata-rata penduduk Kulim dan Lunas khususnya sudah
tak berapa nak bercakap sangat dah pasal kes pembunuhan Dr Joe
Fernendez ini; mereka rata-ratanya begitu excited menanti hari pilihanraya
kecil yang bakal menjelang tiba.
Kalau kita tengok undi Melayu yg berjumlah 43%; adalah dirasakan parti
Barisan
Alternative ada harapan besar untuk menang di sini kali ini walau pun
dalam
beberapa siri p/raya sebelum ini, parti BN nampak begitu kukuh
sekali. Bila ditanya kepada seorang sahabat dari Lunas; beliau berkata:
"Itu dulu, masa itu memang Melayu berpecah; ada sokong BN dan ada yang
sokong
BA; tapi kali ini dengan timbulnya banyak isu baru, seperti isu Ustaz
Shamsuri
(sebelum ditangkap, sering berkuliah di masjid Kelang Lama), isu JAIS vs
the
SHIP, isu Murtad yg tak pernah selesai dan isu tempatan paling hangat
iaitu kes
PLSB (yg berpusat di Lunas); insyaallah kita boleh tengok perubahan arus
pengundi!!"
Isu-isu terbaru, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat Lunas ini
dijangka membawa perubahan yg tersendiri dalam pilihanraya kecil
yang bakal menjelang nanti.
Maka itu, seperti juga dengan hasil siasatan kes pembunuhan Dr Joe
Fernandez;
kita juga tertunggu-tunggu dengan penuh minat akan keputusan pilihanraya
kecil
yang akan datang...
Sekian Dilaporkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]>