*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Along Limah wrote:

> boleh tak tolong send kpd saya email berkenaan panduan
> membeli & memilih
> PC yg sesuai.
> Saya terdelete email tu.
> terima kasih...
>
> __________________________________________________

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:


Tip ringkas membeli komputer peribadi

Di ambil dari laman web berikut :
URL : http://hammer.prohosting.com/~infolink/

salesman/salesgirl - tugas utamanya ialah menjual komputer yg dia dapat
banyak komisen atau menjual model tertentu yg tokeh suruh mesti habiskan.

tokey kedai - jual komputer yg dia dapat banyak untung. ini lagi lates
lagi bagus lagi laju lagi banyak wa dapat wang ...

Perhatikan bahawa salesperson cuma tahu jual komputer tapi tak tahu
apa-apa tentang komputer. Jangan percaya dengan wakil penjual yang yang
mencadangkan paket komputer istimewa mereka.

Anda tak perlu pergi ke kelas komputer atau mengikuti kursus teknologi
maklumat (yang sebenarnya hanya mengajar microsoft windows dengan
microsoft office) untuk belajar komputer. Pelajarilah semua ini dari
majalah komputer dan suratkhabar yang ada sisipan khas komputer.

Sebuah komputer yang paling murah berharga dalam rm1600 ke atas. Inilah
harga yang saya perhatikan sejak tahun 1996 hingga sekarang. rm3500 sudah
lebih dari cukup untuk membeli komputer.

beli komputer ni lebih kurang macam beli kereta juga bezanya komputer ni
benda-bendanya (part) boleh tukar ganti ikut selera/budget.

ada jenis yg murah (low end) kegunaan biasa masuk internet, memproses
kata, tengok vcd yg dibeli di pasar malam, dengar mp3. tak perlu semuanya
yang terkini. cari sajalah komputer paling murah yg ada dijual.
Ibaratkan macam kereta kancil boleh pergi pasar, pergi balik kerja ...

ada jenis sederhana kegunaan serupalah dgn yg jenis murah tu bezanya
bukan jenis built-in, monitor besar, memory (ram) besar, hdd besar ...
katalah macam kereta iswara ..

ada jenis mahal kegunaan tujuan utama ialah untuk main GAMES. Ini untuk
hard core punya. cpu paling pantas, kad gambar paling bagus, kad bunyi
paling best, pembesar suara keliling hi-fi, hdd besar dan pantas, ram
besar ..... ibaratkan macam kereta mewah atau pacuan 4 roda

Perkara paling penting ialah tahu tujuan utama mengapa beli komputer dan
kegunaan utama komputer yg akan dibeli nanti.

Satu lagi ialah carilah kedai komputer yg bagus.
maksud bagus ialah tokeynya ramah, harga berpatutan, dekat dengan rumah,
dah lama wujud, komputer yg dijual tak ada seal "waranty void if broken".
Jangan beli dari superstor macam courth/carefour ... agen jualan
langsung, beli dari orang yg tidak dikenali, beli secara pos atau beli
dari pejabat pos.

Cuba fikir sejenak - mengapa pejabat pos boleh jual komputer tapi tak
jual motor modenas keris di pejabat pos ?

nak tahu bagus atau tak kedai tu datanglah empat lima kali ke kedai tu
tengok macamana. aku pernah jumpa tokey kedai siap hisap rokok sambil
kaki naik atas meja. ada pulak tokey kedai terkejut bila aku tanya ada ka
tak jual keyboard harga rm20.00  ada ka dia kata keyboard rm20.00
keyboard mainan. apa punya kedai tah tak ikut perkembangan zaman.

Sebelum beli komputer kena tahu juga serba sedikit tentang komputer
supaya tak kena tipu dengan pekedai misalnya jual celeron dengan soket 7.

klon ialah komputer yg dipasang sendiri menggunakan komponen yg standard.
harganya murah, senang di upgrade dan kalau rosak senang betulkan.

branded ialah komputer keluaran syarikat besar macam dell, gateway2000,
acer, sapura, mimos, compaq ... komponennya tak boleh ditukar ganti
dengan komponen syarikat lain. support memang bagus tapi syarikat branded
ni lebih pentingkan pengguna komesial dari pengguna persendirian. bila
tempoh jaminan tamat, bayaran after sales servisnya mahal. apa-apa hal
kena bawa balik agen/wakil penjual sebab kedai lain tak boleh@tak reti
betulkan.

Branded tak mesti lebih bagus. Tak caya sila lawat laman
http://compaqsucks.com/ Tentang jenama acer pula sila tanya kawan-kawan
dari infomatics ...

Ada orang kata pasang komputer sendiri lebih murah ... sebetulnya beli yg
sudah siap lebih murah dari pasang sendiri. malah kebanyakkan kedai
komputer bagi peluang kita mahu ini tukar itu tak mahu ini Technician
(juruteknik) dikedai mempunyai spare part untuk ditukar ganti kalau
komputer yang dipasang tersebut menimbulkan sebarang masalah. Sebaliknya
kalau beli part dan pasang sendiri di rumah akan menimbulkan risiko besar
jika anda tersalah pasang atau memang ada part yang memang rosak
(defective)

Cuba bayangkan kalau motherboard berharga rm300 dan cpu berharga rm400
anda keluar asap biru sebaik saja anda tekan suis on.

cpu yg laju tak mesti internet jadi laju atau prestasi komputer laju. cpu
ni ibaratkan macam injin kereta. kelajuan injin diukur dengan rpm
manakala kelajuan kereta diukur dengan kmj/mph. Injin saja laju belum
tentu jalan laju. Banyak faktor lain yang mempengaruhi seperti gear,
tayar, minyak, rangka, rekabentuk jalan dan sebagainya.

Untuk mendapatkan prestasi komputer yg bagus (utk kegunaan biasalah)
carilah :
= cpu yg murah sekali (yg paling rendah dalam kelasnya yg masih dijual)
+ motherboard yg bagus (no built-in), ada printed manual dan ada laman
web sendiri
+ memori bermutu tinggi (branded high grade)
+ hdd laju (7200 rpm)
+ cd-rom 40x (genius/aopen/LG/asus) pastikan bukan jenis bising masuk cd
terus pusing ligat selama ada cd dalam tray cd-rom.
+ kad gambar 8mb sudah cukup (eg s3 savage4)
+ sound card murah rm40.00 (sound blaster compatible)
+ speaker mini hi-fi beli sekon hand
+ keyboard yg sedap tangan memegang (microsoft natural keyboard)
+ mouse yg tak ada bebola (guna laser)
+ monitor 17" (kalau nak murah jenis targa + jaminan 3 tahun)
+ ups 1200va (mana tau ada blackout)
+ external modem 56k/v.90 dual mode auto swith dgn Chipset
"rockwell/conexant" (thundercom/m2000/creative ...). Kalau mampu beli
jenama USR
+ casing at/atx bergantung kepada motherboard. Cari minitower atau tower.

Untuk printer ink jet pula :
epson - gambar bagus tapi mesti beli ink asli. Kos penjagaan mahal.
canon - printer kelas ekonomi, boleh guna dakwat isian semula

Pastikan anda mendapat printed manual, driver dan software untuk
motherboard, sound card, modem, vga, printer, monitor .....

utk internet langganlah dengan jaring. tmnet tak sesuai utk orang baru
sebab nanti pening kepala.

untuk mendapatkan harga komputer terkini belilah the star setiap hari
selasa dalamnya ada sisipan in-tech.

Home >Panduan membeli komputer peribadi
URL : http://hammer.prohosting.com/~infolink/


Link bagus :

"What a Lot of Computer Makers Don't Want You to Know ?
(Apakah rahsia yang pembuat komputer tidak mahu anda tahu ?)
http://www.overclockers.com/articles107/

Alami e-hidup bersama compaq !
http://compaqsucks.com/





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Young RF <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke