*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Muka Hadapan


UMNO lancar gerakan takluk semula Kelantan
KOTA BHARU 10 Nov. - UMNO Kelantan malam tadi melancarkan siri ceramah dan 
gerakan menakluki semula negeri itu daripada pemerintahan Pas dengan 
penganjuran satu perhimpunan pidato perdana di sini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata 
parti itu mahu memberi isyarat kepada Pas bahawa UMNO sudah bangkit dan akan 
menewaskan mereka pada pilihan raya umum yang dijangka pada 2004.

Tanda-tanda kebangkitan semangat anggota UMNO negeri untuk membebaskan 
rakyat dan Kelantan dari cengkaman Pas, selepas kalah pada pilihan umum 
lalu, semakin jelas dilihat dalam semua program yang dianjurkan, katanya 
semasa merasmikan perhimpunan itu di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan.

Perhimpunan bertemakan "UMNO Kuat Islam Kuat: Masa Depan Rakyat Kelantan di 
Alaf Baru" adalah pembuka tirai kepada lebih banyak lagi ceramah 
besar-besaran yang dirancang UMNO Kelantan secara berterusan sehingga 
pilihan raya umum kelak.

Yang turut berpidato pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang 
itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Annuar 
Musa, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Profesor Mohamed Noor Deris dan Ketua 
UMNO Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali.

Perhimpunan berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib, Isyak dan solat Hajat.

Mustapa berkata kebangkitan semangat anggota UMNO Kelantan itu adalah kerana 
mereka tidak mahu melihat nasib rakyat dan negeri ini terus mundur di bawah 
pemerintahan lemah Pas sejak 1990.

Beliau memberi jaminan bahawa kebangkitan semangat itu hanya melalui saluran 
demokrasi dan tidak akan melanggar undang-undang sedia ada.

"Jangan jadi macam pembangkang, melanggar undang-undang, ingkar arahan polis 
yang menjaga keamanan," katanya.

Beliau mahukan rakyat Kelantan menolak Pas yang mendidik penyokongnya 
bersikap taksub kepada pemimpin sehinggakan mereka tidak mempertikaikan 
segala kelemahan dalam pentadbiran negeri.

Mustapa menggesa semua anggota UMNO menggemblengkan tenaga mulai sekarang 
untuk memperkukuhkan jentera parti dan mendekati rakyat sebagai persediaan 
merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yakin jika rakyat Kelantan diberi penjelasan secukupnya, mereka akan 
menerima perjuangan UMNO. - Bernama


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Kosong IQ" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke