*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Panduan membeli komputer yang murah

Anda ingin membeli komputer baru dan tidak pasti apa yang hendak dibeli atau dimana 
hendak mendapatkannya. Gunakanlah panduan ini sebelum anda mengeluarkan sejumlah wang 
(hard cash) untuk membeli sebuah komputer.

Penjual komputer memang telah dilatih khas untuk memperkenalkan komputer dengan 
teknologi terkini, terlaju,. terbagus dan termahal, tetapi cadangan mereka - walaupun 
masuk akal mungkin tidak sesuai dengan anda.

Rencana ini diberi nama "panduan membeli komputer yang murah". Seperti tajuknya, ia 
menerangkan bagaimana untuk membeli komputer low end - yang paling murah ada dijual - 
tetapi tidak mengorbankan kelajuan atau prestasi komputer tersebut. Dalam sistem 
komputer peribadi ini, nombor yang besar tidak mesti lebih laju. Ada pengguna komputer 
yang mengadu mereka mempunyai komputer dengan Intel Pentium !!! 800mhz tetapi terasa 
begitu lambat berbanding dengan komputer bertenaga 400mhz.

Perkara utama sebelum anda membeli komputer ialah berapa banyak wang tunai yang 
sanggup anda keluarkan selepuk, apakah kegunaan utama komputer tersebut dan siapakah 
yang mahu menggunakannya. Adalah menjadi satu pembaziran membeli komputer yang 
bertenaga tinggi tetapi hanya digunakan untuk melayari internet, menulis surat atau 
membuat kerja-kerja pejabat sahaja. Begitu juga membeli komputer bertenaga tinggi 
untuk anak yang hanya digunakan untuk bermain games.

Satu kenyataan yang perlu anda ketahui ialah perkakasan komputer mempunyai jangka 
hayat yang singkat. Teknologi komputer bergerak laju kehadapan. Tak kira apa yang anda 
beli sekarang, dalam tempoh setahun atau 18 bulan nanti, ianya sudah ketinggalan zaman 
atau "obsolete". Komputer akan datang juga lebih laju dan bertenaga tetapi lebih murah.

Sebagai contoh pada tahun 1996 lalu, sistem komputer yang lengkap bertenaga pentium 
100mhz / 16EDO ram / 1.2GB hdd / 14" monitor / 8X cd-rom /sound card / 28.8Kbps modem 
lengkap dengan Epson stylus 200 color printer + mouse pad, amp speaker, keyboard, free 
tuturial cd ++ berharga RM3,368.00. Sekarang ini dengan jumlah wang begitu anda boleh 
mendapatkan komputer berkelajuan 1,000mhz.

Masalahnya ialah jika anda terus menunggu sampai bila pun anda tidak akan membeli 
komputer,. Anda memerlukan komputer SEKARANG bukan tahun depan.

Sambung lagi :

Belajar komputer - Macamana nak belajar komputer ...






.

-----
Mari bergabung dengan TanyaIT.Com [ http://tanya-it.com ]
Hantar e-mail ke mailto:[EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tanya-IT <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke