Assalamu'alaikum wbt., Sdr Abdul Rahman, Sdr Luqman, Sdri Shazana and warga HIZBINET sekalian, Kenyataan Sdr Abdul Rahman "...Masa BN memerintah dahulu di Kelantan, pelacuran adalah salah satu punca utama Kerjaan Negeri. Sekrang ni Syazana nak suruh kita kembali semula kepada BN di Kelantan. Ertinya Syazana menyokong mengadakan semula AKTIVITI PELACURAN di Kelantan...", sekiranya tidak didalami dengan penuh teliti membawa maksud kebanyakkan rakyat Kelantan sebelum PAS memerintah Kelantan bersetongkol dengan Kerajaan Negeri BN pada masa itu dalam mempelopori industri seks di Kelantan kerana BN memerintah Kelantan lebih daripada 10 tahun selepas mengambilalih tampuk pemerintahan pada lewat 70an. Sebagai rakyat Kelantan, hati saya tersentuh dengan kenyataan saudara. Betapa murahnya harga diri hampir setiap rakyat Kelantan, mengikut pandangan saudara. Kerajaan Negeri Kelantan BN pada masa itu adalah kebanyakkannya rakyat Kelantan rasanya, saudara seIslam saya sendiri sekurang-kurangnya. Selagi tiada bukti yang kukuh, tidak sanggup untuk saya melemparkan tuduhan yang seberat itu keatas mereka. Sesungguhnya Allah SWT membenci sesuatu yang berunsur fitnah. Saya amat memahami bahawasanya kita berhak untuk menjadi marah - kerana itu adalah naluri manusia. Namun sejauh mana hendak kita war-warkan perasaan amarah kita itu menjadi ukuran apabila kita berhadapan dengan Allah SWT kelak. Minta maaf sekiranya ia menyinggung perasaan sesiapa, bukan itu maksud saya. Seorang insan yang bijaksana pernah memberitahu saya, "Sesungguhnya kata-kata daripada lidah seseorang itu adakalanya lebih tajam daripada mata sebilah pedang." Enough spoken, lebih banyak berkata-kata itu adakalanya lebih banyak mendatangkan dosa daripada pahala. Allah SWT is watching us. Salam.
___________________________________________________________ Get more from your time online. FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com |
- Re: H-Net* Syazana Sokong Pelacuran Syazana Hamzah
- Re: H-Net* Syazana Sokong Pelacuran luqman ismael
- Re: H-Net* Syazana Sokong Pelacuran Rashid Rahim
- Re: H-Net* Syazana Sokong Pelacuran Syazana Hamzah
