www.detik.daily.tripod.com
Burukkan Mahathir tidak
bererti memalukan Malaysia

Oleh - HISHAMUDDIN RAIS
Apabila Mahathir Mohamad marah dan menuduh Ezam Mohd Nor, Ketua
Pemuda keADILan sebagai penderhaka maka kelihatan purbawara ini menjadi
'lawak bodoh.' Tuduhan ini muncul selepas Ezam mendedahkan pertemuannya
dengan bakal Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan Bush, tetapi Mahathir
yang terlalu ingin berjabat tangan dengan dua pemimpin Barat itu tidak
dilayan. Lawatan PM ke AS hanya mendapat layanan pegawai kedutaan Malaysia
di Washinton DC.
Ezam dalam siri lawatannya ke AS menerangkan kepada ahli politik,
ilmuan Islam dan intelektual bukan Islam tentang keburukan sistem
perundangan serta kehakiman dan kepupusan demokrasi di negara ini di bawah
rejim Mahathir. Akibatnya, Ezam dianggap menderhaka dan memalukan Malaysia.
Ada beberapa faktor yang wajib diterangkan. Pertama, tidak salah dan
bukan satu perderhakaan untuk ber! cakap benar walau di mana sahaja. Bercakap
benar adalah nilai mulia yang wajib diperkukuhkan.
Kedua, perangai buruk serta sikap autokratik Mahathir diketahui di
seluruh ceruk dunia ini. Ezam hanya menerangkan sesuatu yang diketahui umum.
Membuang angin memang berbau busuk kepada sesiapa sahaja - sama ada Ezam
memberitahu hal itu atau tidak kepada Al Gore atau Bush. Kentut tetap berbau
busuk!
Ketiga, menjadi tugas dan tanggungjawab Ketua Pemuda keADILan untuk
mencari dan menambahkan sokongan, dalam dan luar negara. Apa yang penting
dalam perjuangan meluaskan ruang demokrasi di Malaysia ialah meramaikan
kawan dan mengurangkan lawan.
Pemimpin politik dan pelabur Barat Eropah melalui kepentingan
ekonomi melihat Mahathir sebagai 'celupar' dan cuba menghalang kemajuan
mereka dengan melakukan tindak-tanduk yang dianggap bertentangan dengan
hukum kapitalisme bebas. Namun, ia bukan pula bermakna Mahathir seorang
sosialis yang prorakyat. Mahathir seorang penganut mazhab kapitalisme terpimpin. Sistem
kapitalisme terpimpin khusus diwujudkan untuk mengenyangkan tembolok
anak-pinak dan kroni PM. Media dan wartawan yang berhaluan liberal di Barat
melihat Mahathir sebagai tin pot dictator (pemerintah kuku besi
kecil-kecilan) yang antidemokrasi dan antikebebasan bersuara. Mereka
terus-menerus mengkritik dan meminggirkan beliau.. Kumpulan badan bukan
kerajaan dan aktivis hak asasi pula melihat Mahathir sebagai serpihan
kelongsong Idi Amin, bekas pemimpin diktator Uganda, yang telah ketinggalan
zaman. Kumpulan seperti inilah yang dilihat Mahathir sebagai seteru.
Bagaimanapun, dalam konteks perjuangan politik wujud titik pertemuan
antara kumpulan ini dengan gerakan prodemokrasi di negara kita. Golongan
seteru Mahathir merupakan kawan gerakan reformasi.
Dalam taktik dan strategi perjuangan, seteru musuh kita adalah kawan
kita.
Memburukkan Mahathir di mata dunia bukan bermak! na memburukkan negara
ini. Ezam bukan bertujuan mendedahkan keburukan Malaysia tetapi keburukan
pemerintahan zalim Mahathir. Mahathir sengaja berbohong dengan cara
menyamakan dirinya dengan Malaysia. Mahathir bukan Malaysia dan Malaysia
bukan Mahathir.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!

Kirim email ke