Penyokong ADUN BN tu tak kena dakwa ke ? Menyerang seorang wakil 
rakyak ?

On Mon, 13 Nov 2000 19:00:44 -0800 (PST)
Rounding wrote:

>
>www.malaysiakini.com
>Nov 13, 2000
>
>Adun DAP dimaki dan ditumbuk
>'Ein Azmi 
>7pm, ISN: Seorang wakil rakyat DAP dimaki dan dipukul oleh 
seorang wakil
>Barisan Nasional di ruang legar Dewan Undangan Negeri Selangor 
hari ini. 
>Datuk Zakaria Mat Derus (BN-Selat Klang) memukul Teng Chang 
Khim (DAP-
>Bandar Klang) selepas berlaku pertengkaran lisan mengenai penggunaan 
istilah
>yang sesuai. 
>"Datuk Zakaria melemparkan provokasi kepada Teng dengan mengatakan 
beliau
>tidak berhak membicarakan soal halal-haram dan menuding jarinya 
kepada Teng
>sambil menyebut perkataan 'babi Cina'," kata Azmin Ali (Keadilan-Hulu 
Klang)
>kepada malaysiakini.
>Teng membantah penggunaan kata-kata kesat itu dan kemudian 
Zakaria menerkam
>dan menampar muka beliau, jelas Azmin lagi, menceritakan kejadian 
itu
>berlaku semasa dewan negeri ditangguhkan jam 11 pagi ini.
>"Dalam masa yang sama (dipercayai) seorang pembantu Zakaria 
yang tidak
>sepatutnya berada di ruang tersebut masuk dan menumbuk muka 
Teng dan terus
>menghilangkan diri," kata Azmin lagi.
>Dalam sidang dewan negeri itu pagi tadi, Teng telah membantah 
penggunaan
>istilah "industri haram" dan mencadangkan ia digantikan dengan 
perkataan
>yang lebih sesuai seperti penggunaan "pendatang haram" ditukar 
kepada
>"pendatang tanpa izin."
>Teng mengulas soalan Dr Lim Choon Kim (BN-Damansara Utama) 
yang meminta
>kerajaan mengawal industri-industri dan kilang-kilang haram 
yang semakin
>bercambah di negeri itu.
>"Isu itu telah selesai apabila sidang memutuskan tidak ada 
masalah untuk
>meminda istilah tersebut," jelas Azmin, sambil melahirkan rasa 
dukacita
>terhadap kejadian itu.
>Katanya, peristiwa ini membuktikan sikap tidak matang pemimpin 
Umno yang
>tidak mampu berhujah dengan kenyataan dan fakta tetapi menggunakan 
tindakan
>fizikal. 
>"Budaya samseng ini perlu dihentikan segera dan pemimpin-pemimpin 
Umno
>khususnya harus menghormati pandangan orang lain yang diasaskan 
kepada
>kebijaksanaan dan kenyataan sebenar," kata Azmin lagi.
>Beliau menjelaskan wakil-wakil rakyat Barisan Alternatif menemui 
Menteri
>Besar, Datuk Mohamad Khir Toyo dan mendesak beliau supaya mengambil 
tindakan
>tegas terhadap wakil rakyat BN dan pembantunya itu.
>Ketika dihubungi, Teng yang juga Ketua Pemuda DAP bagaimanapun 
enggan
>mengulas lanjut kejadian itu.
>Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor selama tiga hari bermula 
hari ini.
>
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!
>
>



--------------------------------------------------------------------------
Global Internet phone calls, voicemail, fax, e-mail and instant messaging.
Sign-up today for FREE account at http://www.hotvoice.com

Kirim email ke