*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perginya Seorang MP ke Penjara
(MGG: A Member Of Parliament Goes To Jail)
Tiga tahun dulu, ahli parlimen PAS, Mahfuz Omar bersama beberapa kawannya
telah berdemo menentang ketibaan satu pasukan pemain kriket Israel di
Malaysia. Pada 10 November, 2000 Mahfuz bersama tiga rakannya telah memilih
dipenjarakan daripada membayar hukuman denda sebanyak RM1500 setiap seorang
yang dijatuhkan oleh mahkamah. Tindakan mereka ini tentunya menakutkan UMNO,
kalau tidak Barisan Nasional yang mereka pimpin. Perkara ini berlaku empat
hari selepas 100,000 manusia menolak sekatan kerajaan dengan berkumpul secara
aman di Klang untuk menyambut ulang tahun kedua kewujudan Parti Keadilan
Nasional (Keadilan). Beberapa ahli politik UMNO yang saya temui telah
terkejut dengan tindakan Mahfuz itu. Mereka tidak faham kenapakah Mahfuz
sanggup memilih penjara daripada membayar denda yang dikenakan. Apabila saya
memberikan penjelasan apa maksud tindakan itu, mereka menjadi lebih tertekan.
Mereka tidak faham bahawa tindakan Mahfuz itu adalah mengikut prinsip
perjuangannya.
Prinsip perjuangan bukannya boleh diharapkan daripada ahli politik UMNO,
kerana itu berlakunya fikiran yang berkecamuk dalam perkara ini. Mahfuz
terpaksa bertindak mengikut apa yang sepatutnya dilakukan. UMNO tidak boleh
membuat perkara ini sebagai modal politik. Dua hari yang lalu, Barisan
Nasional mungkin terlalu yakin untuk mengekalkan kerusi dewan undangan ngeri
Lunas dalam pilihanraya kecil yang akan dilaksanakan. Kini, keyakinan itu
tidak akan menjadi satu impian lagi.
Mahfuz telah bertindak mengikuti tindakan Mahatma Ghandi dalam
tindakan �satyagraha� di mana beliau telah mengnyahkan kerajaan British dan
melonggarkan penguasaan empayar itu daripada benua India. Tindakan Mahfuz
adalah satu tindakan bijak sebagai balasan kepada satu perbicaraan yang
didorong oleh nafsu politik. Apabila Parlimen bersidang semula pada hari
Isnin ini perkara ini tentu akan dibincangkan. Tetapi, speaker parlimen yang
terkenal kerana kebijaksanaan yang berlebihan itu tentu tidak akan
mengizinkannya kerana berpendapat bahawa kemasukan seorang MP ke penjara
adalah bukannya satu isu yang penting. Dia tidak akan membenarkan perkara
itu kerana kerajaan akan terkebil-kebil dalam perkara itu.
Kerajaan tidak akan tergesa-gesa mengenakan tuduhan terhadap ahli parlimen
dan sesiapa sahaja berdasarkan kesalahan kecil-kecil dengan tujuan
melaksanakan hukuman undang-undang. Tetapi, gelagat itu akan dilaksanakan
untuk mendera, mengancam dan menggugat keselesaan seseorang. Perkara ini
tidak dijangka oleh seorang majistret yang telah mengenakan hukuman itu.
Lagipun tidak ada sesiapa yang suka dipenjarakan. Majistret ini belum pernah
bersua dengan seseorang yang berprinsip hingga sanggup dipenjarakan. Dia
telah menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Mahfuz dan juga rakannya dengan
jangkaan mereka akan memohon satu rayuan agar tidak dipenjarakan. Apabila
mereka enggan berbuat demikian tentunya majistret itu terpaksa
bertanggungjawab ke atas keputusannya, kerana Mahkamah Tinggi tidak akan
campur tangan dalam perkara itu. Perkara ini tentunya merupakan satu ingatan
kepada beliau dan juga rakan-rakannya di bidang kehakiman untuk lebih
berwaspada di masa hadapan dalam menangani perkara serupa ini. Krisis
penghakiman telah berlaku secara berpanjangan kerana peguam yang dikenakan
hukuman penjara kerana menghina mahkamah memilih untuk membuat rayuan
terhadap hukuman itu. Kalaulah ada seseorang yang berani memberi ingatan
terhadap perkara ini tentunya krisis seperti itu tidak akan terus
berpanjangan. Perubahan hanya berlaku apabila seorang yang bukannya peguam
telah mengenepikan barisan para peguamnya untuk menyatakan kebenaran dengan
menuduh ketua hakim negara yang akan bersara itu dengan tuduhan rasuah dan
kerana itu tidak layak mengetuai satu kes mahkamah rayuan. Insan ini ialah
Dato Seri Anwar Ibrahim. Peri stiwa tindakannya itu telah menyedarkan para
hakim yang semakin berserabut mindanya kerana taksub dengan anggapan bahawa
keadilan adalah sesuai ditadbir dengan memberikan ruang kepada mereka yang
sedang berkuasa.
Kenapa Mahfuz di dalam penjara adalah satu perkara yang tidak penting, kerana
maksud beliau dipenjarakan itu lebih penting lagi. Peguam yang membelanya
telah memberitahu mahkamah betapa beliau lebih rela dipenjarakan daripada
memberikan wang �kepada kerajaan Mahathir�. Dia fikir pembayaran denda
sebanyak RM1 adalah lambang pembayaran denda yang lebih sesuai kerana
menentang zionisme. Untuk membayar RM500 lebih lagi daripada denda RM1000
yang dikenakan ke atas seorang mantan menteri kabinet dan juga menteri besar
kerana kesalahan memukul dan menendang (rakyat marhaen) adalah tidak tepat
dan munasabah. Satu contoh telah terlaksana. Kita akan menjangkakan lebih
ramai lagi yang sanggup masuk penjara daripada membayar denda, walaupun ini
bererti mereka tidak boleh bertanding di pilihanraya selama lima tahun
selepas itu. YB Mahfuz datang daripada Kedah, di mana terletaknya kawasan
pilihanraya dewan undangan negeri Lunas. Terdapat 43% pengundi Melayu di
kawasan itu. Ketika pemilu November 1999 dulu, kehadiran seorang calon
Melayu
bebas telah memecahkan undi. Kali ini kaedah itu mungkin tidak akan berlaku.
Barisan Nasional mempunyai peluang untuk menang kalau DAP dibiarkan
bertanding di situ. Undi orang Melayu dan juga orang UMNO akan beralih kepada
calon PAS dan tidak kepada calon DAP. Kalau PAS bertanding, BN boleh
menjangkakan kekalahan di situ. Undi Melayu akan berpecah lebih teruk dari
jangkaan. Mahfuz masih lagi dalam penjara kalau rancangan melaksanakan
pilihanraya kecil itu sebelum bermulanya puasa Ramadhan. Perkara ini akan
menaikkan kemarahan orang Melayu. Perdana Menteri akan memilih calon MIC,
ini akan membuatkan orang Melayu memilih calon PAS tetapi bukannya calon DAP.
Fikiran orang politik akan terus berkecamuk lagi. Barisan Nasional dan juga
UMNO masih tidak boleh memahami kenapa seorang ahli parlimen yang
dipenjarakan itu tidak dipandang sebagai seorang penderhaka. Bukankah
perkataan �penderhaka� itu satu kata laluan pilihan mereka untuk menuduh
saingan di luar parti dan juga dalam parti. Mereka akan menghadapi satu
tekanan yang lebih besar lagi apabila sekitar 120 insan lain yang ditahan
pada hari Ahad yang lalu, mengaku salah dan memilih untuk dipenjarakan juga.
-M.G.G. Pillai-
Terjemahan -MT-
-----------------------------------------------------
Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]