*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>A'kum....
>Sokong....! Oleh kerana Islam tu sememangnya hebat ramai orang 
>suka mempergunakan agama islam tu sendiri........bila nak 
>tunjuk baik...:-(

Memang Islam itu penyelamat. Ia menjadi jaminan daripada Allah
sendiri, barangsiapa yang berpandukan Islam, mereka akan
selamat;

"...maka barangsiapa yang mengikuti pertunjukKu, nescaya tidak
ada kebimbangan dan mereka tidak akan berdukacita." (Al-Baqarah
2:37)

Tidak ada kebimbangan dunia kerana orang Islam menganut ugama
yang benar, tidak akan berdukacita kerana Allah menjamin Islam 
ialah selamat di dunia dan akhirat. Ini adalah satu amaran daripada
Allah yang bagi orang-orang memutarbelitkan ajaran-ajaran Islam
yang sebenarnya ..

"Dan sesiapa menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata
kepadanya kebenaran pertunjuk, dan ia mengikut jalan lain dari
jalan orang-orang yang beriman, Kami memberi kuasa (pemerintahan)
untuk melakukan kesesatan, dan Kami akan memasukkannya ke dalam
Neraka Jahannam.."(An-Nisa' 4:115)

Perjuangan berasaskan kebangsaan UMNO, patriotisma, sekularisma 
adalah sesat. Kembalilah kepada Islam yang tulin.

In ada satu cerita yang pernah berlaku di salah satu penjara
di Amerika Syarikat. Terdapat dalam penjara itu banduan-
banduan berkulit hitam yang garang dan kotor. Setiap hari
mereka kencing dan berak merata tempat dan penjara itu
berbau sungguh busuk. Maka pegawai-pegawai penjara naik bosan
kerana kena membersih penjara setiap hari. Kebetulan dalam
penjara itu ada beberapa orang Islam yang berkulit hitam. Mereka
rajin bersembahyang dan tempat tinggal mereka sentiasa bersih.
Mereka kuat menjalankan dakwah dalam penjara dan ramai yang
telah memeluk Islam. Lama-kelamaan, kawasan penjara itu menjadi
semakin bersih. Pegawai-pegawai penjara cukup tertarik dengan 
gaya hidup bersih orang-orang Islam dan mereka membenarkan
tokguru dan pendakwah Islam masuk ke dalam penjara bagi mengajar
banduan-banduan berkenaan Islam. Inilah contoh Islam menjadi
satu ALAT untuk kebaikan manusia.

Kalau Fakhrul bimbang Islam itu diperalatkan, memang Islam
ialah alat yang terbaik untuk kebaikan manusia sejagat. Islam
ialah ugama yang paling lantang untuk menghapuskan kezaliman.
Jika ada orang yang jiwanya masih sayang kepada orang-orang
zalim, maka dia bukan Islam yang tulin.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke