*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
waalaikumussalam warah matullah

>> ISH..ISH KAMU NI ASYIK ASYIK NAK CERITA KEJAHILAN 
ORANG 
SEBELAH SANA 

ish..ish..ish.. saudara pun asyik nak cerita
seolah-olah pas tak buat apa-apa kebaikan.. cuba la
saudara pulak bagi idea..  selama ni, bila teman dok
mintak pendapat saudara, tak de pun saudara bagi idea
utk selesaikan masalah negara ni melainkan dgn
menyalahkan PAS yang seolah-olah tak ambik berat hal
aqidah.. bagi teman, tak namanya Islam la kalau hal
aqidah ni buat sambil lewa..

selama ni PAS dok diam ke..??  selama ni PAS tak
anjurkan kuliah agama ke..?? selama ni PAS tak buat
usrah ke..?? selama ni PAS biar je ke orang miskin
kebuluran..?? selama ni PAS ada ke anjurkan pesta
maksiat..?? selama ni PAS ada ke galakkan umat Islam
buat perkara mungkar..??
 
kalau ada sekalipun, itu bukan lah tindakan PAS yang
sebenar, tapi tak lain tak bukan, tindakan orang yang
tak faham dengan sebenanarnya perjuangan Islam ni..

mm.. teman agak saudara ni tabligh ye.. maaf kalau
salah tekaan..

> ITULAH SATU PENDIRIAN YANG TAK BERSABIT DENGAN
TAKSUB.....
apa.. selama ni pemimpin-pemimpin PAS menggerakkan
/menyokong PAS sebab taksub pada parti ke..?? PAS
bukan macam al-Arqam yang majority pengikutnya taksub
pada pemimpin.. hingga aqidah sedikit terpesong..
sekali lagi teman tekankan.. lihat DASAR perjuangan
PAS, bukan hanya lihat pengikutnya..
cuba la saudara fikir.. kalau kita tak bersama-sama
dgn jemaah ni,.. jemaah mana lagi yang nak
disokong..?? 
kita renung maksud hadith ni :
“sesiapa dari golongan kamu yang melihat perkara
mungkar, hendaklah ia cegah dgn TANGANNYA (dgn kuasa
yang ada padanya), maka jika ia tidak mampu, hendaklah
dicegah dgn PERKATAANNYA, dan jika ia tidak mampu dgn
perkataan, maka hendaklah ia mencegah dgn HATInya dan
yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”
dari hadith ni, Rasulullah SAW suruh kita cegah
perkara mungkar .. bukan boleh pilih cara ikut suka
kita je tapi kena cuba satu-satu..
kalau dah cuba sedaya-upaya mendapatkan kuasa utk
mencegah kemungkaran tu, tapi tak berupaya sesangat..
baru la kita cuba cara kedua iaitu dgn perkataan iaitu
dgn bersuara/ bercakap/ menegur/ buat usrah utk
menyedarkan orang lain.. 
dan kalau cara tu pun kita dah usaha sesangat tapi
masih tak mampu, baru la buat cara yang ketiga iaitu
mencegah dgn hati.. maknanya dgn berdoa dan membenci
perkara itu.. 
kena usaha cara yang pertama dulu, baru la try cara
lain.. itulah yang PAS buat sebenarnya.. nak dapatkan
kuasa pemerintahan agar kemungkaran dapat dicantas..  
selama ni yang teman lihat, pihak lain tak de pun
usaha sungguh-sungguh nak dapatkan kuasa pemerintahan
ni.. bagi mereka cukuplah dgn hanya pegi berdakwah
dari rumah ke rumah dan usrah tapi ada ke mereka cuba
nak dapatkan kuasa pemerintahan dari UMNO yang dah
banyak menyeleweng tu..?? lepas tu diorang kata,”HANYA
ALLAH YANG BAGI KEMENANGAN.. MEMANGLAH USAHA DAKWAH NI
LAMBAT..KENA SABAR..”
kalau tak de kuasa, apa sangat la yang dapat kita
cegah.. sedangkan itulah cara yang Rasulullah SAW
paling suruh buat utk cegah kemungkaran..
fikirkanlah.. kalau dalam persatuan pun.. kena ada
orang yang faham Islam dok di barisan pimpinan agar
dapat cegah persatuan tu buat projek yang boleh
membawa kemungkaran...
contohnya,..dulu teman jadi s/u persatuan dan sorang
lagi kawan teman yang se fikrah jadi bendahari.. bila
ada je exco yang nak buat projek ala maksiat, insya
Allah kitorang boleh tegur/ cegah sebab kitorang
secretariat..  kalau kitorang hanya setakat jadi ahli
biasa je.. ada ke deme nak dengar suara kitorang..??
jangan harap la..sebab deme majority dalam persatuan
tu..
itu pun, walaupun kitorang dah tegur, masih ada lagi
yang ‘terlepas’, contohnya, masih ada lagi exco yang
tak jaga batas pergaulan dgn yang bukan mahram
walaupun dah dinasihati.. nak buek camno.. at least
kitorang dah usaha..
kami cuba cara pencegahan kemungkaran tu one by one..
mula-mula dapatkan kuasa (cegah dgn tangan/kuasa )
lepas tu nasihat (cegah dgn suara/perkataan/nasihat)
dan kemudian bila deme tak dengo jugak, kami cegah dgn
hati (membenci perbuatan tu).. bukan benci ORANG tu
tapi benci PERBUATANNYA je..
 bukan nak kata teman ngan kawan teman tu baik sangat,
kitorang pun kekadang buat salah jugak tapi
alhamdulillah, dgn adanya kawan yang fikrah Islami ni,
dapatla tegur menegur antara satu sama lain..
dalam pemerintahan M’sia ni pun, kena ada orang yang
fikrah Islami memegang tampuk pemerintahan supaya
kemungkaran dapat dicegah.. adakah kita hanya nak
berdiam diri kalau k;jaan gubal undang-undang yang
mengarut/ tak ikut hukum Islam yang sebenar..?? 
nak biar je ke..?? kena la cegah kan.. nak cegah camna
kalau kita tak de kuasa..?? patut ke kita bawak
parang/ pistol/ senapang utk menyerang dewan parlimen
tu..?? jangan la berfikiran sempit.. fikir cara
professional la… berhikmah..
cara pencegahan yang paling utama adalah dgn cara
kuasa yang ada.. so.. sebab tu la PAS hantar orang
fikrah Islami ni ke parlimen.. jadi ahli parlimen.... 
memang la kalau nak ikutkan, ahli parlimen PAS ni
bukan majority dalam parlimen tu.. masih tak mampu nak
tegah penggubalan undang-undang yang mengarut tu,
..tapi sekurang-kurangnya kitorang dah usaha.. 
dah Allah SWT nak bagi takat tu.. kita terima la dan
cuba usaha lagi agar suara Islam jadi mejoriti utk
masa akan datang agar dgn cara tu dapat merubah
undang-undang Lord Reid yang mengarut tu.. 
orang lain tau apa.. tabligh tu , ada ke diorang usaha
utk join parlimen yang gubal undang-undang tu.. ada ke
diorang usaha sungguh-sungguh agar dapat merubah
undang-undang kat M’sia ni..?? 
diorang dah usaha sungguh-sungguh ke cara yang pertama
yang PALING dianjurkan oleh Rasulullah SAW tu..?? ada
ke..?? tak nampak pun.. kalau memang diorang dah
usaha.. awat dah berpuluh tahun dah M’sia hidup, tak
nampak pun pemimpin yang memimpin M’sia dari jemaah
tabligh..
JIM pun.. ada ke diorang usaha sungguh-sungguh nak
dapatkan kuasa pemerintahan negara ni agar dapat
control negara ke arah Islam..?? usaha mereka setakat
bersuara, usrah, ceramah… cara tu PAS pun ada buat/
sedang buat/ akan terus buat dan buat.. awat pi tubuh
jemaah lain bila jemaah PAS dah wujud.. 
kalau tak puas hati pun, awat tak betulkan jemaah yang
ada.. sedangkan Rasulullah SAW pun melarang kita
berpecah.. dgn tindakan mereka yang mewujudkan jemaah
lain akan  menyebabkan perpecahan umat Islam.. PAS
yang mula-mula tertegak kat M’sia.. awat nak tubuh
jemaah lain pulak sedangkan objektif kita sama…
macam teman kata dulu la.. kalau kapal bocor kat
tengah lautan, baiki kapal tu.. toksah dok buat yang
lain.. kalau ada kepincangan dalam jemaah asal/ yang
awal ditubuhkan, usah buat lain,… betulkan dulu jemaah
tu.. sebab objektif nya tetap tak pincang.. 
yang lain pun.. apa yang deme buat…?? Tengok je ye..
teman ulang lagi..  KEBANYAKANNYA HANYA GUNA CARA YANG
KEDUA iaitu dgn bersuara.. sampaikan kuliah agama,
usrah.... CARA TU PAS PUN DAH GUNA DAH.. DAN SEKARANG
NI PUN TAK STOP LAGI CARA TU.. STILL DITERUSKAN.. PAS
SEKARANG DAH CUBA GUNA KETIGA-TIGA CARA YANG
RASULULLAH SAW ANJURKAN.. 
nak kuasa.. ?? ya.. PAS memang dah ada memegang kuasa
pemerintahan dalam negara.. insya Allah kami akan cuba
merubah kemungkaran negara ni sekadar yang termampu..
nak suara..?? ya.. memang dah lama PAS guna cara ni..
buat usrah/ kuliah agama/ tegur secara peribadi
dsbnya..
nak cara hati..?? itu dah memang la.. semua umat Islam
pun mampu buat cara tu..
nak dapatkan kuasa pemerintahan macam mana..?? ikut la
kaedah fiqh yang teman terang dulu.. tak de cara lain
yang terbaik/ terlembut dah..  tak kan saudara nak
syorkan cara berperang guna pedang/ pistol kot
sedangkan cara yang lebih hikmah ada.. 
kita sebenarnya berperang jugak ni… berperang dgn
undi-undi.. kalau zaman Rasulullah SAW dulu, umat
Islam berperang menggunakan pedang/ tombak dan senjata
utk mempertahankan negara Islam dpd jatuh ke tangan
kafirin.. sekarang, kita berperang dgn undi-undian
semasa pilihanraya.. jihad jugak tu.. sebab kalau kita
tak buat cam tu, negara akan terus dijajah oleh
golongan kuffar… 
dan tak mustahil jika selepas ni, umat Islam terpaksa
guna kekerasan utk mendapatkan kembali negara Islam
ni.. tak mustahil jika selepas ni, akan ada zaman
peperangan.. semata-mata nak daulatkan Islam… tapi
selagi ada cara terlembut, kita gunakan la..
zaman Rasulullah SAW dulu memang sesuai la guna cara
perang sebab orang Arab ni memang kasar-kasar.. tengok
badan pun dah takut.. kalau diorang gaduh pun macam
gaya nak bunuh je.. tak semua macam tu tapi
kebanyakannya..  bukan teman cakap ikut sedap je tapi
ni kakak teman yang bagitau.. dia belajar kat Mesir..
ikut cara Yahudi..???????????…. siapa nak ikut cara
Yahudi..?? zaman Rasulullah SAW dulu, politik diorang
tak macam kat M’sia ni… yang menubuhkan parti politik
dsbnya.. awat nak cakap cara tu cara yahudi pulak..
kalau cara yahudi, ia lebih teruk dari sistem sekarang
ni.. 
kalau ikut cara yahudi tu, tak mustahil la negara
M’sia ni boleh jual arak sesuka hati.. tapi kita masih
amalkan ajaran Islam yang still sekat jugak la
pengedaran arak ni.. dan sekat umat Islam yang minum
arak ni dgn membuat serbuan demi serbuan ke tempat
maksiat tu..
nak berdakwah pun kena ikut waqi’ / keadaan la.. zaman
rasulullah SAW dulu, cara terbaik utk dapatkan kuasa
adalah dgn cara berperang mengikut waqi’ mereka.. kita
kat M’sia ni.. cara terbaik mengikut waqi’ kita adalah
dgn pilihanraya.. so.. kita join pilihanraya la..
kalau masa penjajahan dulu, cara terbaik utk membela/
mendaulatkan Islam adalah dgn berperang dgn penjajah
tu hingga kita ada tokoh -tokoh yang gugur semasa
berjuang contohnya Tok Janggut, Dato’ Maharajalela,
Dato’ Sagor dsbnya.. mereka ikut waqi’ masa zaman tu..
sebab zaman penjajah dulu tak de parti politik..
>> DAN PENDIRIAN SAYA DENGAN ISLAM JUGA BUKAN SABIT
DENGAN KETURUNAN.....MEMANG IA SAYA KETURUNAN ISLAM
DAN SAYA TERUS ANUTI ISLAM SETELAH SAYA SAKSI SENDIRI
DAN YAKIN SENDIRI MELALUI LIDAH ANGGOTA DAN
HATI...ITULAH PENDIRIAN......PENDIRIAN YANG
BERSAKSI.... 
saudara nak saksi apa lagi pada PAS ni..?? meh la kita
sama- sama ‘saksi’ kan maksud hadith ni:
“Hendaklah kamu menyertai jemaah Islam dan pimpinan
mereka” 
kita nak buat kerja sorang-sorang bukannya larat
sangat.. jadi kita kena la berjemaah/ berkumpulan/
bersatu.. baru la kita jadi kuat..
>> MENGAPA DISABITKAN DENGAN COMPUTER ....DAN BENDA 
KEMAJUAN YANG TAK MENJEJASKAN AKIDAH.ATAU NILAI
siapa kata benda kemajuan ni tak menjejeskan aqidah..
kita tengok tv pun cukuplah.. sesetengah cerita yang
ditayangkan tu boleh merosakkan akhlak/ aqidah umat
Islam.. nak bendung macam mana kalau kita tak de
kuasa,..?? 
kalau lah negara ni dah dikuasai undang-undang Islam
sepenuhnya, insya Allah, kita dapat control tv tu..
kita boleh bagi sekatan kat filem-filem/ iklan-iklan
yang merosakkan akhlak/ aqidah tu.. tu baru tv.. ni
ha.. dalam komputer ni lagi meluas la keburukan dia..
boleh tengok pornography.. lepas tu yahudi pulak pi
buat laman web utk merosakkan pemikiran umat Islam
seperti ‘thequran’ dsbnya… tak rosak aqidah ke tu..??
memang hanya Allah SWT yang boleh memberi kemenangan..
tapi adakah kemenangan itu akan diperolehi kalau tak
usaha sedaya upaya..?? REZEKI TAK DATANG
BERGOLEK…kitorang bukan meletak kemenangan tu pada
manusia.. apa yang diusahakan semata-mata kerana Allah
SWT.. moga dijauhkan dari syirik..
>>....KALAU AQIDAH TAK ADA PERJUANGAN NAK SANDAR ATAS
APA....?
AWATNYA… PAS NI TAK DE AQIDAH KE..??
>> ISSUE MENCARUT,BEREBUT NAK JADI KETUA KAMPUNG,
yang  saudara sebut tu, itu soal pengikut yang tak
faham Islam sepenuhnya.. PAS dah cuba bagi kefahaman..
tapi Allah masih lagi tak bagi hidayah kat mereka..
habih.. nak buat camno..??  
insya Allah.. tak lama lagi Allah akan bagi hidayah /
petunjuk kat mereka.. saudara pun tolonglah doa sama..
>> 10TAHUN PERINTAH TAK ADA APA APA,
ni, tak ada apa-apa dari sudut apa..?? tak kan la
saudara pun materialistic macam orang sebelah sana..
tak pe la.. teman cuba hurai dari dua sudut, satu dari
sudut material dan satu lagi sudut lain.. 
JAWAPAN DARI SUDUT MATERIAL…:
Saudara yang teman hormati... PAS dulu memang diakui
amat kekurangan ahli korporat.. pemimpin-pemimpin PAS
dulu adalah terdiri dpd ulama’-ulama’, ustaz-ustaz
yang perjuangan mereka berlandaskan Islam semata-mata
.. mereka merasakan tanggungjawab utk membawa umat
Islam kpd ajaran Islam adalah lebih utama dpd kemajuan
negara yang mengenepikan ajaran Islam.. mereka
mendapat didikan agama dari Univ al- Azhar di Mesir
juga dari sekolah-sekolah pondok dan lain-lain pusat
pengajian…
Mereka tak mendapat ilmu fardhu kifayah mengenai ilmu
senibina bangunan dan stail pemerintahan barat secara
langsung..memang diakui mereka kekurangan tenaga..
mereka kekurangan ahli yang pakar mengenai senibina/
kejuruteraan dsbnya.. tujuan utama mereka menubuhkan
jemaah dan memegang kuasa pentadbiran negara adalah
utk mentadbir negara ikut ajaran Islam sebenar.... 
Berbeza dgn orang UMNO yang ketika itu memang majority
mendapat didikan secular dan banyak belajar ilmu
senibina/ kejuruteraan dan cara mentadbir negara/ cara
buat undang-undang stail barat dsbnya.. 
Ini semua disebabkan penjajah kita dulu yang
memisahkan agama ngan ilmu… walhal zaman kegemilangan
Islam dulu, .. orang Islam adalah golongan pertama
yang menguasai bidang ilmu baik ilmu fardhu ‘ain mahu
pun ilmu fardhu kifayah (ilmu kedoktoran/
kejuruteraan/ senibina/ astronomi dsbnya)
Tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi,
Ibnu Khaldun dsbnya bukan saja menguasai ilmu fardhu
‘ain malah pada masa yang sama mereka menguasai bidang
ilmu fardhu kifayah.. contohnya ada di antara mereka
yang masyhur sebagai pakar mentafsir hadith dan pada
masa yang sama pakar juga dalam bidang kedoktoran…
teman percaya saudara lebih tahu dari teman sebab
saudara lebih dulu makan garam dari teman.. itu dulu,
sebelum orang kafir merampas khazanah ilmu tu dari
orang Islam 
So.. tak mustahi lah pemimpin UMNO berupaya
membangunkan negara dari sudut material.. dgn bangunan
pencakar langit, E-village dsbnya..
Tapi PAS,… baru sekarang lah mereka dapat sokongan
dari golongan professional ni.. so, tak mustahi lah
kalau PAS dulu tak mampu nak membangun sangat dari
sudut material.. 
lagi pun teman rasa, K’tan tu ok je.. majority
penduduknya ada tanah sendiri.. so.. lebih baik mereka
usahakan pertanian di tanah mereka utk jaminan hidup
di masa akan datang.. negara sekarang pun bukannya
cukup bekalan makanan hingga terpaksa import padi dari
Thai dsbnya..
Bagi teman apa lah dipandang pada kemewahan dunia…
sedangkan Allah tak pandang semua tu..  
BUKAN DARI SUDUT MATERIAL:
Kat K’tan sekarang, teman tak risau sangat masalah
aqidah mereka kerana ada Tuan Guru yang jaga mereka..
dan majalah dan tv pun mengakui yang masalah social di
K’tan amat kurang berbanding negeri lain… kalau ada
pun, mungkin masalah tu berpunca dari individu tu
sendiri yang cepat terpengaruh .. apa tak nya.. tv
depan mata..
Kalaupun mereka diberi kefahaman tentang agama, tapi
kalau setan tu sendiri dibela dalam rumah (tv la ), ..
susah la nak bendung pengaruh barat tu sebab manusia
ni selalu cenderung ikut jejak syaitan melainkan yang
mukhlis…
Teman rasa ok je dok kat K’tan tu.. best je.. sebab
rasa tenang, damai, aman.. teman pernah dok kat sana
lebih kurang 2 tahun..
> PECAT KAKITANGAN DI TERENGGANU,KATA UMNO KAFIR,
isu kafir mengkafir ni, Tuan Guru Hj Hadi dah jelaskan
dah.. saudara rujuk balik la penjelasannya.. hari tu
kan ada rakan hizbi yang kata pernah dengar kaset
tentang persoalan tu.. kalo tak silap ‘Tiger”.. boleh
la saudara tanya kat dia.. pi beli kaset tu..
kalau pasal pecat kakitangan tu, mereka tak kan pecat
tanpa sebab yang munasabah… jangan la dengar fitnah
UMNO tu.. UMNO tu tak tau hujung pangkal sebab tu la
depa asyik nak tuduh je.. saja nak cari kesalahan PAS…
depa tu suka sangat besarkan isu.. lepas tu bila isu
tu dah lapok/ depa cari isu lain pulak..
 kalau nak ikutkan, pekerja PAS pun ada jugak yang
dipecat.. awat depa tak heboh pun… ada yang kena
hantar ke Sabah/ Sarawak/ tempat tercorok semata-mata
sebab mereka didapati menyokong PAS…  
>> HARAM SENBAHYANG DIMASJID UMNO,ORANG UMNO
SEMBAHYANG TAK SAH,
ni.. masalah imam ni nak buat camno… memang dalam
Islam tak boleh berimamkan orang yang jemaah tak
suka.. lagipun kalau kita tengok, dah jelas, nyata,
terang lagi bersuluh bahawa fikrah mereka terpesong
sikit dari ajaran Islam yang sebenar.. so.. kalau dah
diri sendiri tak dapat nak dipimpin ke arah fikrah
Islami, camna nak pimpin jemaah..?? 
tapi ye la.. teman pun tak suka depe berpecah belah
camtu .. tapi …………… tak de tapi-tapi lagi..
> PANGKAH PAS MASUK SYURGA,KALAU NABI ADA NABI PUN
PANGKAH PAS,
ni .. siapa yang cakap macam tu..?? pengikut PAS ke
atau Tuan Guru sendiri..??..
kalau nak hurai ikut pendapat teman, teman rasa, teman
nak berbalik pada huraian kat atas tadi..  pangkah PAS
yang disebut tu maknanya mengundi la.. dalam waqi’
kita, kita sebenarnya berperang jugak ni… berperang
dgn undi-undi.. 
kalau zaman Rasulullah SAW dulu, umat Islam berperang
menggunakan pedang/ tombak dan senjata utk
mempertahankan negara Islam dpd jatuh ke tangan
kafirin.. itulah jihad mereka…… sekarang, kita
berperang dgn undi-undian semasa pilihanraya.. jihad
jugak tu.. sebab kalau kita tak buat cam tu, negara
akan terus dijajah oleh golongan kuffar… 
> 50%WAHABI DAN SYIAH BERSARANG DI DALAM JEMAAH,
utk persoalan ni, teman suka la petik maksud firman
Allah SWT ni: (Surah Hud ayat 118 &119)
“Dan kalau Tuhanmu menghendaki, nescaya dijadikanNya
manusia itu satu ummah sahaja, tetapi mereka terus
berselisih faham, melainkan orang yang dirahmati
Tuhanmu, dan dengan itu mereka dijadikan”
PAS dah berusaha, hanya Allah yang masih tak beri
taufik dan hidayah kpd mereka..
Awat saudara hanya salahkan PAS, awat tak salahkan JIM
ke.. tabligh ke..??             
DULU MASJID 2 BUAH BERDEKATAN DI SATU KAMPUNG
DITRENGGANU HARAM SEMBAHYANG TAPI DAH DAPAT KAT DEPA
TAK APA,
Memang la tak pa sebab bila dah T’ganu dapat kat PAS,
imam pun dilantik di kalangan ornag PAS.. so..
sefikrah.. tak pe la.. jemaah pun suka..
ADA SEKUMPULAN ORANG  DIKAMPUNG MERTUA SAYA
MENGGUNAKAN KHIDMAT BOMOH UNTUK MEMIKAT PENGIKUT DAN
AKHIRNYA SALAH SEORANG BAPA SAUDARA PEREMPUAN SAYA
MENJADI TAK SIUMAN KERANA TERMINUM AIR JAMPI.....
Itu la.. tugas saudara la tu utk menegur mereka.. itu
kat kawasan saudara, saudara kena la bertanggungjawab,
bukan hanya salahkan PAS je.. PAS pun baru je nak
membangun,.. baru je ada ceduk sedikit pengalaman
dalam hal pentadbiran negara ni.. so, sedang nak
membangun sikit-sikit.. tak kan boleh membangun
mendadak kot.. 
Pasal khidmat bomoh ni, ini lebih kepada tarbiyah
diri.. kalau memang orang tu tak sedar diri, kita
nasihat camana pun dia tetap lagu tu jugak.. macam la
Umar al-Khattab .. masa sebelum Islam, dia memang dah
garang dah sampaikan umat Islam pun gerun kat dia…dan
lepas memeluk Islam, dia tetap jugak garang sampaikan
orang kafir takut kat dia.. 
Begitu jugak halnya dgn Khalid al-Walid (kalo tak
silap la..).. sebelum memeluk Islam, dia memang gemar
bunuh wanita/ kanak-kanak sedangkan ajaran Islam
melarangnya.. dan setelah memeluk Islam pun tabiat dia
tetap tak berubah.. so, itu berkait dgn tarbiyah diri
la.. dah semestinya lah Rasulullah SAW jenuh nasihat
dia.. tapi kalau dia tak dengar jugak, apa yang
Rasulullah boleh buat..
JOIN DAP PUN TAK APA ,
Ni berkait dgn kaedah fiqh jugak ni.. 
“sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan
dengannya, maka ianya juga menjadi wajib” 


Setelah menyedari tanggungjawab untuk menegakkan Islam
itu WAJIB.. maka, tanggungjawab untuk menjatuhkan
k’jaan sekarang juga jadi WAJIB…. Dan untuk
menjatuhkan k’jaan yang zalim ni, perlu kepada
sokongan yang ramai… tapi nak cari sokongan, bukan
boleh main cekup je… tapi apa yang PAS buat, ialah
mulanya buat cadangan untuk bersatu dengan parti
lain.. mereka tidak akan melaksanakan cadangan itu
jikalau perkara itu bercanggah dengan hukum Allah,…

Jadi apa yang mereka buat, sebelum mereka melaksanakan
sesuatu cadangan, mereka akan mohon petunjuk dari
Allah, berdoa dan mereka akan kaji dari segi hukum
dulu…. Kalau jelas tak bercanggah dengan hukum Allah,
maka tindakan mereka melaksanakan cadangan tersebut
juga adalah perlu  untuk melaksanakan perkara yang
wajib tadi.….

Islam ni syumul.. sesuai untuk semua….. dan Islam
benarkan umatnya buat baik pada orang yang buat baik
pada kita bertepatan dengan firman Allah yang
bermaksud :

“Orang-orang yang tidak memerangi kemu dalam urusan
agama dan tidak mengusir kamu dari kampung-kampung
kamu, Allah Ta’ala tidak melarang kamu berbuat
kebaikan kepada mereka dan berlaku adillah terhadap
mereka, sesungguhnya Allah cintakan orang-orang yang
berlaku adil”
(Al-Mumtahidah)

Allah berfirman yang bermaksud :
“ Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan
bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya”

“ Dia (Syu’aib) mengatakan: Hai kaumku, adakah kamu
fikirkan kalau aku mempunyai keterangan-keterangan
yang jelas dari Tuhanku dan Dia memberikan kepadaku
rezeki yang baik-baik dan aku tidak mahu mencari
perselisihan denganmu tentang apa yang aku larang kamu
mengerjakannya, aku semata-mata hendak memperbetulkan
(memperbaiki) sekemampuan yang ada padaku. Dan
taufiqku hanyalah dari Allah dan kepadaNYA lah aku
bertawakkal dan kepadaNYA aku akan kembali”

Maknanya, tindakan PAS ni bukan setakat nak tegakkan
keadilan untuk seluruh rakyat tapi juga berusaha
memperkenalkan Islam kepada orang kafir…. Sedar tak..
kita ni, kalau kita rajin ibadat… jiwa kita dekat
dengan Allah…. Rajin berdoa pada Allah, kita dapat
rasa Allah sentiasa jaga setiap perlakuan kita…. Bila
kita buat salah, kita dapat rasa Allah tegur kita dan
kita segera sedar dan insaf atas perbuatan kita…..

teman yakin, pemimpin-pemimpin Islam ni, amalan mereka
lebih lagi… jiwa mereka lebih dekat dengan Allah...
Dan insyaAllah setiap perlakuan mereka, Allah akan
pandu…. Yakin lah pada Allah…. Dan mereka pun
menetapkan beberapa syarat pada parti lain yang nak
bergabung dengan mereka tu….

INIPUN SAYA KHUATIR AKAN MENGAIB KAN ANDA HARAP MAAF 
Teman tak kisah pun…jangan la risau, teman tak ambik
ati pun walaupun tuduhan demi tuduhan yang teman
terima.. biasa la,… open minded.. teman tau, manusia
ni memang tak semua se pemikiran.. so kalau ada yang
bercanggah dgn pemikiran kita, kita sabar je la..
teman tak marah pun.. 

WALAU PAHIT TAPI KERANA ALLAH SEMOGA ALLAH AMPUN KITA 
Teman pun cam tu jugak.. moga apa yang kita perjuang
selama ni semata-mata kerana mencari redha Allah dan
moga Allah ampunkan kesalahan kita… maaf andai
terkasar bahasa.. teman pun dah penat mata ni.. rasa
pening dok depan komputer ni lama-lama…
Wallahua’lam …Ma’assalamah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Assalaamualaikum....
> Ish..Ish kamu ni asyik asyik nak cerita kejahilan 
> orang sebelah
> sana......kan saya dah kata ...Nabi kata kita kena
> buat dulu barulah
> boleh ajak orang ...kalau tak nanti orang kata cakap
> tak serupa bikin...
> 
> Itu juga satu pendirian......memeluk agama islam
> juga satu
> pendirian....Itulah satu pendirian yang tak bersabit
> dengan
> taksub.....dan pendirian saya dengan islam juga
> bukan sabit dengan
> keturunan.....memang ia saya keturunan islam dan
> saya terus anuti islam
> setelah saya saksi sendiri dan yakin sendiri melalui
> lidah anggota dan
> hati...itulah pendirian......Pendirian yang
> bersaksi....
> 
> Mengapa disabitkan dengan computer ....dan benda 
> kemajuan yang tak
> menjejaskan akidah.atau nilai......meniru nilai
> nilai atau tatacara
> yahudi atau kafir kan nabi tak mengaku
> umat.....menang kerana ramai dan
> menang kerana benarkan dua benda yang
> berbeza....manusia yang memandang
> menang kerana ramai adalah manusia yang memandang
> kepada makhluk memberi
> bekas....syirik...manusia yang memandang Allah dan
> yakin dengan Allah
> atau tauhid ....hanya Allahlah yang boleh memberi
> kemenagan...tak
> gitu....sebab tu umat islam dizaman nabi mampu
> melawan kafirin walaupun
> sedikit...Ini sebenarnya termasuk soal aqidah soal
> yang asas untuk
> menegakkan islam....sebab itu saya ulang lagi
> ....kalau aqidah tak ada
> perjuangan nak sandar atas apa....?Yng Umno buat tu
> memang depa tak reti
> depa tegakkan sekular tu sebab depa jahil...takkan
> kita pun nak jadi
> macam depa...kan saya dah kata kalau umno tu sesat
> kitapun kena ikut
> cara yang sesatlah.....gitu?Oleh kerana kita mengaku
> nak tegak islam
> kita kena faham sungguh sungguhlah...toksah dok
> comparelah dengan orang
> jahil....kalau dah mengaku abang ...jangan nak
> compare dengan adik yang
> tak tahu apa apa....bukan ke kerja adik yang sebaya
> juga kalau macam
> tu...sebab tu bagi saya keduanya 2x5=10....dua dua
> adik yang baru pandai
> merangkak. Maaf sebab tukar warna .....penat mata...
> 
> banyak perkara yang menyimpang...contoh soal
> menghina...kalau kita tak
> ambil berat soal akhlak dan akidah memanglah tak
> layan pun tak
> apa....,meletakkan islam kedalam demokrasi,issue
> mencarut,berebut nak
> jadi ketua kampung,10tahun perintah tak ada apa
> apa,pecat kakitangan di
> terengganu,kata umno kafir, haram senbahyang
> dimasjid umno,orang umno
> sembahyang tak sah,pangkah pas masuk syurga,kalau
> nabi ada nabi pun
> pangkah pas,50%wahabi dan syiah bersarang di dalam
> jemaah,dulu masjid 2
> buah berdekatan di satu kampung ditrengganu haram
> sembahyang tapi dah
> dapat kat depa tak apa,Ada sekumpulan orang 
> dikampung mertua saya
> menggunakan khidmat bomoh untuk memikat pengikut dan
> akhirnya salah
> seorang bapa saudara perempuan saya menjadi tak
> siuman kerana terminum
> air jampi.....kerjanya asyik nak bunuh orang umno
> dan berapakali pernah
> dan hampir yang terbunuh pun ada,join dap pun takapa
> ,kalau iblis nak
> tolong pun kita terima...dan banyak lagi yang tak
> sanggup saya nak
> kata...inipun saya khuatir akan mengaib kan anda
> harap maaf walau pahit
> tapi kerana allah semoga allah ampun kita
> ....Waallahua"lam.....
> 
> teman wrote:
> 
> > WAALAIKUMUSSALAM WARAH MATULLAH..
> >
> > > untuk makluman anda saya bukanlah penyokong Umno
> > tapi saya tak
> > benci.....bukan jua penykong Pas pun begitu saya
> tak
> > benci,
> >
> > LA.. APA LA.. TAK TETAP PENDIRIAN.. MEMANG LA..
> PAS
> > PUN, SOKONG APA YANG BAIK DAN TAK SOKONG/TEGUR APA
> > YANG TAK BAIK.. CONTOHNYA, DALAM KES ANUAR, DAH
> JELAS
> > ANUAR TU DIANIAYA DGN SISTEM HUKUMAN YANG TAK
> ADIL,
> > PAS MENYOKONG LA PIHAK YANG NAK TEGAKKAN KEADILAN
> > WALAUPUN ANUAR TU PERNAH HINA/KUTUK PAS DULU..
> >
> > K’JAAN YANG PERKENAL M’SIA KAT MATA DUNIA PUN, PAS
> TAK
> > BANTAH SELAGI IA BAWA KESAN BAIK.. TAPI KALAU YANG
> NAK
> > MENJALINKAN HUBUNGAN NGAN ISRAEL DULU TU, TAK
> SETUJU
> > LA SEBAB ALLAH SENDIRI DAH WARNING DALAM AL-QURAN,
> > JANGAN KAWAN DGN DEPA TU.. K’JAAN TU BESAQ SANGAT
> KE
> > HINGGA BERANI LAWAN PERINTAH ALLAH..???
> >
> > MM.. ADA KE PAS MENYIMPANG SELAMA NI.. GHOYAK LA..
> NOK
> > TAHU JUGOK LA GAPO DIO HOK NNYIMPE (MENYIMPANG)
> TU..
> > KALU ISU HINA-MENGHINA TU ISU LAPOK.. MALEH TEMAN
> NAK
> > LAYAN.. SEBAB BAGI TEMAN, ADAT LA TU..
> >
> > DALAM SATU KELUARGA PUN, TAK SEMUA MEMPUNYAI
> PERANGAI
> > YANG SAMA.. ADA YANG SUKA BERGURAU, ADA YANG
> PENDIAM
> > SIKIT DSBNYA.. MACAM TU JUGAK LA DALAM
> > JEMAAH/KUMPULAN/PARTI NI.. BIASA LA RALAT.. ALLAH
> JE
> > YANG PERFECT.... BIASA LA TU.. LUKISAN ALAM..
> >
> > SEBAB TU LA ALLAH SWT JADIKAN KITA NI BERMACAM
> RAGAM
> > SUPAYA DAPAT SALING KENAL MENGENAL/TEGUR MENEGUR..
> > YANG KURANG KITA TAMBAH, YANG TERLEBIH/TER’OVER’
> KITA
> > KURANGKAN SIKIT.. MANUSIA NI SALING PERLU
> MEMERLUKAN..
> >
> > MACAM LA JUGAK KERETA, KENA ADA MINYAK BREK LA..
> > MINYAK PELINCIR PUN, KENA ADA.. AIR DIA PUN, KALAU
> > KURANG KITA TAMBAH.. SALING MEMERLUKAN.. DAN KALAU
> > KUSYEN/ TEMPAT MENYANDAR TU DAH TAK ELOK/ROSAK..
> KITA
> > TUKAR JE DGN YANG BARU..
> >
> > PEMIMPIN PUN, KALAU DAH MENYIMPANG/ROSAK AKHLAK..
> KITA
> > TUKAR JE LA KALO DIA DAH TAK MAKAN NASIHAT...
> >
> > KITA KENA LA ADA PENDIRIAN.. CONTOHNYA, KITA NI
> > MEMELUK AGAMA ISLAM SEBAB APA..?? KALAU NAK
> TENGOK..
> > MANA ADA AGAMA YANG AJAK PENGANUTNYA BUAT JAHAT..
> CUMA
> > PENGANUTNYA JE YANG TAK AMBIK AJARAN AGAMA DIORANG
> DGN
> > BERSUNGGUH-SUNGGUH.. CUMA BEZANYA, KEPERCAYAAN KPD
> > TUHAN.. TUHAN DALAM ISLAM ADALAH ALLAH SEMATA-MATA
> > TAPI BAGI AGAMA LAIN.., ADA PELBAGAI TUHAN
> MENGIKUT
> > KEPERCAYAAN MEREKA..
> >
> > SO, KALAU DALAM HAL NI, ADAKAH KITA TAK PERLU
> SOKONG
> > MANA-MANA.. BILA JE ADA KEBAIKAN DALAM AJARAN
> ISLAM,
> > KITA SOKONG, BEGITU JUGA DGN AGAMA LAIN, KALAU
> DIORANG
> > SURUH BUAT BAIK, KITA SOKONG.. TANPA PERLU
> MENGANUT
> > MANA-MANA AGAMA..??? TAK BERBALOI MACAM TU SEBAB
> HANYA
> > AGAMA ISLAM YANG BAGI PELUANG KITA KE SYURGA.. SO,
> > PENDIRIAN KITA PERLU TETAP MEMILIH AGAMA ISLAM
> TAPI
> > KITA BETULKAN PENGANUT AGAMA LAIN YANG TAK BETUL
> TU..
> > MACAM TU JUGAK LA ANTARA PAS NGAN UMNO..
> >
> > SO.. KENA LA ADA PENDIRIAN.. MACAM JUGAK DALAM HAL
> > MEMILIH PEMIMPIN, PERLU BERI WALA’ PD YANG HAK..
> >
> > KAT AKHIRAT PUN, ALLAH SWT HANYA BAGI KITA PELUANG
> > SAMA ADA MASUK SYURGA TAU NERAKA.. SATU JE
> PILIHAN..
> > BOLEH KE KITA PILIH NAK MASUK SYURGA SEDANGKAN
> KITA
> > PILIH PEMIMPIN YANG BUAT MAKSIAT..?? KAT AKHIRAT
> > NANTI, KITA AKAN DIBANGKITKAN BERSAMA-SAMA
> PEMIMPIN
> > YANG KITA PILIH.. DAN BILA PEMIMPIN TU BUAT DOSA
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!
http://calendar.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: teman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke