www.harakahdaily.com
Presiden PAS ziarah keluarga Mahfuz
POKOK SENA, 15 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor melawat
keluarga Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar di Taman Satria, Langgar
dekat sini sehari selepas Haji Mahfuz dipenjarakan.
Dalam kunjungan itu juga, Ustaz Fadzil telah menyampaikan sumbangan Dewan
Pemuda PAS Pusat kepada isteri Haji Mahfuz, Puan Roswati Jaafar dan tiga
anak, Muhamad Mujahid, 16, Siti Nur Syahidah, 13 dan Siti Saerah, 8 tahun.
Pimpinan PAS negeri, Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohd Shauki Ibrahim,
Ketua Penerangan kawasan, Ustaz Daud Ahmad, Wakil Peribadi Haji Mahfuz,
saudara Zulkifli Ismail dan pimpinan PAS kawasan serta cawangan telah
berbuat demikian sebelum itu.
Ustaz Fadzil juga turut berada di mahkamah ketika hukuman denda RM1,500.00
dijatuhkan kepada Haji Mahfuz tetapi beliau telah memilih penjara selama
sebulan kerana enggan membayar denda.
Haji Mahfuz didapati bersala! h selepas didakwa menyertai perhimpunan haram
menentang kehadiran pasukan kriket Israel tiga tahun lalu tetapi hukuman
penjara itu tidak menghilangkan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen Pokok
Sena.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!

Kirim email ke