*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Pendapat Shahrir Samad mengenai pindaan perlembagaan UMNO esok. Memang orang 
macam Shahrir ini yang mampu memulihkan UMNO. Namun, janganlah risau. Orang 
macam dia teramat sikit dalam UMNO. Kalau adapun, awal2 dah kena cantas:
............................................................
PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO : KONTROVERSI ATAU DEMOKRASI ?
http://www.shahrir-umno.com/Source/group.asp?Gro

Didalam perjumpaan Timbalan Presiden UMNO dengan ketua-ketua bahagian UMNO 
pada Ahad, 12hb. November, 2000 mengenai pindaan-pindaan kepada Perlembagaan 
UMNO yang bakal dibawa oleh Majlis Tertinggi pada 18hb. November, agak jelas 
terdapat bangkaan terhadap sebahagian dari pindaan-pindaan tersebut. 
Bangkaan dan bantahan itu telah disampaikan secara terang dan 
bersungguh-sungguh oleh beberapa ketua bahagian yang berkesempatan bercakap 
dalam majlis itu. Bagaimanapun, ada juga dikalangan mereka yang tidak 
bercakap telah menyuarakan pendapat yang sama secara peribadi dan terus 
kepada saya semasa dan selepas majlis perjumpaan itu.

Apa yang pelik ialah bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan itu adalah 
selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Pengerusi kepada Jawatankuasa Khas 
Pindaan Perlembagaan UMNO, menjelajah ke semua negeri untuk mendapat 
pandangan dan pendapat dari akar umbi UMNO. Kalaulah pindaan-pindaan yang 
dicadangkan itu adalah sebenarnya hasil pungutan suara dari akar umbi, 
mengapa pula adanya bantahan dari ketua-ketua bahagian yang berkumpul di 
Kuala Lumpur pada hari Ahad tersebut?

Jawapannya adalah seperti saya telah huraikan dalam rencana saya �Mampukah 
UMNO Berubah?� yang telah saya bentangkan dalam laman web saya pada minggu 
lalu. Sebenarnya, apa yang dicadangkan oleh Majlis Tertinggi UMNO adalah 
berbeza dari apa yang disuarakan oleh pihak UMNO bawahan. Seorang ahli MT 
telah menyatakan kepada saya bahawa dia sendiri agak terperanjat dengan 
bantahan dari ketua-ketua bahagian itu kerana dia menganggapkan laporan Tan 
Sri Muhyiddin kepada MT adalah rumusan dari pungutan suara pemimpin UMNO di 
peringkat bahagian. Rupanya tidak begitu.

Sebagai contoh, cadangan untuk mengadakan pemilihan kepimpinan UMNO 
diperingkat bahagian dan MT sekali dalam satu tempoh Parlimen sebenarnya 
dirumuskan daripada satu pandangan sahaja yang meminta agar pemilihan parti 
haruslah diadakan selepas dan tidak sebelum sesuatu pilihanraya umum untuk 
mengelakkan perpecahan parti semasa menghadapi pilihanraya. Kehendak ini 
sebenarnya boleh dilakukan dengan menggunakan peruntukan yang sedia ada 
didalam perlembagaan parti untuk menangguhkan pemilihan parti dimana-mana 
peringkat selama 18 bulan.

Kehendak yang popular di peringkat bahagian adalah supaya diselaraskan 
pemilihan di cawangan, bahagian dan MT supaya kesemuanya berlaku dalam satu 
tahun yang sama, iaitu menetapkan tempoh yang sama bagi ketiga-tiga 
peringkat UMNO itu. Maka apabila cadangan untuk menyelaraskan pula pemilihan 
di peringkat bahagian dan MT dengan pilihanraya umum dikemukakan sebagai 
usul MT, ramai yang membantah kerana menganggapkan tempoh efektif selama 5 
atau 6 tahun itu terlalu lama dan bakal menyekat perubahan dan peralihan 
kuasa dalam UMNO di kedua-dua peringkat itu.

Ada yang juga berpendapat bahawa ianya sebagai usaha pucuk pimpinan parti 
untuk memanjangkan tempoh kedudukan mereka sendiri apatah lagi kerana 
Jawatankuasa Pentadbiran UMNO yang menapis hasil kerja Jawatankuasa Khas 
Pindaan Perlembagaan itu kesemuanya terdiri dari naib-naib presiden UMNO. 
Adalah agak munasabah bagi mereka kesemuanya ini lebih gemar dengan tempoh 
yang dilanjutkan itu oleh kerana jawatan-jawatan mereka sememangnya lebih 
menjadi rebutan kalau dibandingkan dengan jawatan-jawatan yang lebih tinggi. 
Kalau pendapat ini benar, maka bermaknalah bahawa usaha untuk meminda 
perlembagaan parti telah dijadikan kesempatan untuk mencapai cita-cita 
politik peribadi dan bukan untuk memperkukuhkan UMNO.

Sungguhpun bantahan dan bangkangan oleh ketua-ketua bahagian dalam 
perjumpaan pada 12hb. November tersebut boleh dianggapkan sebagai suatu 
kontroversi tetapi kepada saya ia merupakan petanda bahawa demokrasi dalam 
UMNO masih subur dan segar. Kesediaan pemimpin bahagian saperti Adam Hamid 
untuk menyuarakan pendapat dan pandangannya secara terang dan tegas 
memperlihatkan sikap yang lebih sayang kepada UMNO dan persepsi rakyat 
terhadapnya dari mementingkan kehendak pucuk pimpinan dan masa depan dirinya 
sendiri. Kesediaan bersuara ini merupakan suatu ciri penting demokrasi dalam 
UMNO dan walaupun ia bakal membawa kontroversi, tetapi tidak akan ada 
perubahan tanpa kontroversi.

Bagaimanapun, akhirnya bukan proses pungutan suara bawahan yang 
memperkukuhkan demokrasi dalam parti tetapi kesanggupan pucuk pimpinan untuk 
mengubah dan menyesuaikan pindaan-pindaan yang hendak dibawa itu mengikut 
kehendak ahli-ahli parti yang sebenarnya. Apabila adanya agenda politik 
tersendiri di peringkat tertinggi pimpinan parti, yang bakal rugi adalah 
parti dan perjuangannya. InsyaAllah, pada hari Sabtu ini, kepentingan masa 
depan UMNO akan diberikan keutamaan kerana demokrasi masih segar dan subur 
didalam urusan dan perjalanan serta perjuangannya itu.


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke