*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum netters semua….

Panggilan lucah ni memang telah lumrah berlaku baik ke atas wanita, mahupun ke atas
lelaki.  Tapi, lazimnya pihak golongan lelaki yg akan menerima panggilan lucah ialah
terdiri dari kalangan kakitangan Telekom yg bertugas di waktu malam.  Memang selalu
jugak dengar Operator Lelaki Telekom yg bertugas waktu malam yg menerima panggilan
lucah dari perempuan.  Perempuan "gedik" memang suka buat macam tu….!

Tapi, bagi diri Queenie, samalah seperti  abcde kita (imazz) yg "terdapat" panggilan
lucah ni waktu siang.  Di pejabat saya telah pun saya pasang "TM call detector" yg
boleh mengesan No. si pemanggil walau di mana pun dia membuat panggilan telefon.  So,
senang memang senang.  Harganya tak mahal, cuma RM150 - 200 aje….  Cubalah minta pada
Management.

Ni Queenie nak cerita sikit pengalaman Queenie.  Bukan tujuan tak baik atau nak
mengajar, tapi sebagai iktibar; betapa kurang ajarnya manusia yg memang tak beradap dan
mungkin boleh saya katakan sebagai "MANIAC".

Di pejabat (lebih kurang dua tahun yg lepas) Queenie selalu dapat panggilan telefon
lucah.  Yang sedihnya, budak tu panggil Queenie "kakak" lagi!  Dahlah tu, sebelum dia
mengeluarkan kata-kata lucah, dia siap cerita kat Queenie yg dia tengah tengok "blue
film"….  Dan lepas tu, barulah dia kata, aktress tu punya body sama dengan kita lah,
apa lah, entah hapa-hapa entah!  Yang kita ni "berbulu" dengar, terus hempas telefon…
dalam hati kata:  "C*l*k* punya budak!  Aku ingat dia nak cerita apa tadi, rupanya nak
cerita pasal benda lucah"….  And this thing had been going on and on sampai saya FOBIA
nak angkat telefon kat office.  Saya siap suruh colleagues angkatkan telefon, lepas tu
bila kata nak cakap ngan "Queenie", terus rakan sekerja kata "Queenie" tak da!

Actually… si budak lucah tu Queenie kenal.  Queenie dapat "trace".  Akhirnya, budak tu
resign.  Ohhh…. Rakan sepejabat rupanya!  Nak mampus punya budak!  Baru setahun jagung,
hingus masih meleleh, dah "gatal gedik" nak kacau orang!   Budak tu memang perangai tak
semenggah, kata rakan setugasnya.  Tapi dia pandai… dia buat panggilan telefon dari
rumahnya; iaitu sewaktu dia shift malam.

Queenie dapat trace kerana suaranya.  Very familiar.  Lalu, Queenie katakan; kalau dia
terus kacau, Queenie akan bawa hal ini ke pengetahuan pihak pengurusan.  Agaknya, pasal
tu dia berhenti siapj-siap…. Langsung tak dengar khabar berita… Alhamdulillah!

Dah aman kat pejabat.. tup-tup dapat pulak panggilan lucah di rumah!  Ahhh.. Sudah! 
Sehari sampai 4 kali…… selalunya waktu subuh.  Elok tu memang elok, untuk "kejutkan"
bangkit tidur, tapi geram rasa nak bagi penendang aje bila kita angkat dia cakap:  "Hai
sayang….dot..dot..dot…boleh tak???"  (Dot.. dot.. dot… tu faham-faham sendiri lah ,
yaaa.. Queenie tak berani nak tulis kat sini… eeeii geli geleman kita!   Pun ia
berlangsung berminggu, sampai Queenie dah tak tahan.  Pnerah Queenie menangis-nangis
sebab terlalu takut… mana tidaknya?  Pukul 1, pukul 3, pukul 6 pagi asyik telefon
aje…..  Memang nak kena pelangkung sungguh budak ni!  Suara memang budak muda.. bukan
orang yg dah berumur.   Agaknya tengah tak boleh nak kawal agaknya; terpaksalah
"melepaskan" rasa ghairah melalui panggilan lucah…!  Mangkuk hayun betul!

OK… setelah Queenie melalui saat-saat menggeramkan serta menyakitkan hati ni, Queenie
rasa, the best thing nak redakan budak-budak tak semenggah ni ialah; kita tak payah
layan dia… memula tu memanglah sakit hati bila terima panggilah lucah begitu, tapi bila
kita dah "bersedia", kita boleh "ignore" aje mereka ni.  Nanti.. lagi kita marah, lagi
dia seronok… sebab dia berjaya buat kita rasa "geli geleman"… budak-budak cam gini
bukannya boleh harap sangat!  Kita marah pun dia naik "stim"… Biar aje.  Kalau dah
kritikal, barulah kita tukar No. tepon.   Setakat panggilan tepon aje tak apa gak;
jangan sampai "mengintai" atau "menceroboh" rumah kita sudahlah.. Na'uzubillah!

Kepada imazz… jangalah stress sangat… Queenie faham betapa "stress"nya kita…. Bila
diganggu begitu.  Tapi, "invest"lah sikit untuk "suasana aman tenteram" di tempat
kerja.   Murah aje, tak mahal.  Terdapat di mana-mana kedai Telekom.  Cuba minta tolong
dgn orang TELEKOM tengok!

Alrait laaa…  itu saja nasihat Queenie, lain kali jumpa lagi.

Wassalam




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!
http://calendar.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nur Queenie <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke