*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila pihak BA meminta permit untuk mengadakan perhimpunan,
mereka TELAHpun meminta kebenaran mengadakan perhimpunan
secara sah. Pada mulanya perhimpunan itu akan diadakan di
sebuah stadium. Walaupun seratus kali permit diminta, pihak
polis tidak akan memberi permit. Polis sudah tahu behawa
perhimpunan BA akan diadakan, maka mereka SENGAJA membiarkan
satu perhimpinan tanpa permit (perhimpunan haram) diadakan.
Ini kerana, polis yang pro-UMNO akan mencari jalan supaya
mereka boleh menggunakan FRU untuk memukul orang-orang yang
berhimpun.

Saya berkata pihak polis SENGAJA tidak memberi permit kerana
mereka sudah tahu penyokong-penyokong BA akan berhimpun juga.
Persoalannya..semuanya telah dirancang oleh UMNO. Mereka
sengaja tidak memberi permit supaya FRU boleh dikerah untuk
memukul orang-orang yang berhimpun. Buktinya, 2 atau 3 hari
sebelum perhimpunan itu, FRU sudah bersiap sedia untuk bertindak,
seolah-oleh mereka sudah tahu perhimpunan itu akan diadakan,
padahal mereka juga sudah tahu permit tidak ada. Ini satu 
perancangan UMNO supaya FRU dapat bertindak ganas. 

Sekiranya pihak polis memberi permit untuk perhimpunan, semuanya
akan berjalan dengan lancar dan aman. Ramai orang akan berhimpun
yang dapat diawasi oleh pihak polis FRU sendiri demi MENJAGA
KESELAMATAN. Sebaliknya, dengan tidak memberi permit, pihak
polis SENGAJA mahu menimbulkan huru-hara.

Kalaulah permit diberikan untuk membuat perhimpunan, dan
sekiranya berlaku juga pihak penyokong-penyokong BA yang
memulakan kerja-kerja mengganas dan merusuh, barulah kita
dapat mengatakan penyokong-penyokong BA adalah ganas dan
pihak polis tidak bersalah.

TV tidak melaporkan kerja-kerja yang di luar peri kemanusiaan
yang pihak polis buat terhadap orang-orang Islam. Ada orang
yang sengaja dijadikan buta mata, pihak TV tak ambil kisah.
Ada wanita ditelanjangkan oleh polis secara biadab dan menghina
ajaran Islam, TV tak ambil kisah. Kita hanya melihat dengan
perasaan geram.

Hari ini pula, TV Malaysia menyiarkan laporan polis bahawa
penyokong-penyokong BA adalah pengganas yang mula memukul polis.
Sebenarnya UMNO memperalatkan polis supaya tidak membenarkan
sebarang perhimpunan BA diadakan.

TV Malaysia setiap hari berkempen untuk Barisan Nasional. Ia
seolah-olah menjadi jentera pilihanraya yang akan diadakan
di Lunas. TV yang berat sebelah hanya nampak penyokong-penyokong
Barisan Nasional sahaja yang ada di Lunas, dan penyokong-
penyokong Barisan Alternatif tidak ada.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke