*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>1) betul ke Umno ikhtiraf kerajaan Israel?
>2) bila ini berlaku dan lebih kurang macam manakah statement/
>kenyataan Umno mengikhtiraf Israel itu tadi
>3)Ada kah ini kena mengena dengan pemain kriket Israel datang 
>ke sini(?) ke?

Mengikut sejarah, tanahair yang dinamakan sebagai Palestin
memang wujud dalam peta dunia ini sebelum perang dunia
yang ke-2. Pihak British yang menjajah negara itu dan selepas
Perang Dunia ke-2, tentera Bersekutu membawa masuk orang-
orang Yahudi ke Palestin. Mula-mula bilangan mereka hanya
sedikit, macam pendatang asing yang datang ke Malaysia.
Lama-kelamaan, mereka diberi peluang oleh Britain, Amerika
dan Peranchis untuk mengambil tanah-tanah orang Palestin.
Kemudian mereka diberi pula satu wilayah yang kecil dan
diberi pula senjata canggih untuk menakluki seluruh tanahair
Palestin. Yahudi dan Tentera Bersekutu berpakat untuk
melenyapkan negara milik Palestin. Mereka adakah perompak.

Sekarang apabila satu negara "HARAM" yang dinamakan Israel
telah diwujudkan, sepatutnya semua negara-negara di dunia
ini TIDAK BOLEH mengiktiraf bahawa Israel adalah sebuah
negara milik Yahudi yang sah. Yang pelik, UMNO yang kamu
kata memperjuangkan Islam, memang MENGIKTIRAF negara haram
Israel adalah tanahair Yahudi yang sah.

Sebab itu orang PAS sentiasa berkata.."Israel adalah satu
entiti yang haram". Tahukah kamu UMNO pernah mengucapkan
tahniah kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak?? Apakah
jenis Islam UMNO ini?? Dr Mahathir tidak berani berkata
di persidangan antarabangsa bahawa Israel patut disingkir 
dari PBB.

Satu hari nanti Malaysia beriya-iya mahu menganjur Sukan
Olimpik. Tentu sekali Israel akan menyertai Sukan Olimpik.
Jika begitu, adakah kamu setuju wakil-wakil perserta dari
Israel datang ke Malaysia?? Kalau ada cadangan Sukan Olimpik
diadakan di Malaysia, lawanlah UMNO habis-habisan, tak kira
dia Islam atau tidak.

>ahem...saya ni jenis yang membeli suratkhabar dan memulakan 
>bacaan saya dari muka belakang dahulu( sport pages ) dan 
>diakhiri dengan muka pertama dan gostan semula untuk baca 
>cont. from page one ke muka 2 atau 3... dengan kata lain, 
>politik ada lah the least interesting subject pada saya, 
>tetapi bukan lah saya tidak baca langsung!

Sekarang cubalah fahami ayat Al-Qur'an yang berikut:

"Dan bacalah berita orang yang telah Kami berikan kepadanya
ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang Kitab), kemudian dia
melapaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti
oleh syaitan maka jadilah dia temasuk orang-orang yang
sesat." (Al-A'raf 7:175)

Ayat tersebut memberitahu kita tentang adanya jenis manusia
yang diberitahu tentang ayat-ayat (Al-Qur'an), tetapi dia
mencari jalan untuk tidak mengikut jalan yang terang nyata.
Perbuatannya memberi peluang kepada syaitan membisik-bisikkan
satu idea bahawa tindakan dia itu betul..akhirnya dia merasa
senang hati mempertikaikan beberapa ajaran-ajaran Islam
itu sendiri. Dia memang mengaku Islam, tetapi perbuatannya
menyakitkan hati orang-orang Islam tidak diambil kira,
lebih-lebih dia itu mengaku menjadi seorang pemimpin. Dia
lebih suka mengajak orang-orang kafir mempersenda pejuang-
pejuang Islam. Memang dia pada asalnya adalah orang Islam,
tetapi Allah tidak mengiktiraf pengakuan imannya:

"Dan kalau Kami kehendaki, sesungguhnya kami tinggikan (darjat)-
nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia
dan menurut hawa nafsunya.."(Al-A'raf 7:176)

Pangkatnya sebagai seorang Islam tidak digunakan sebaik-baiknya.
Kerjanya membazir wang rakyat untuk projek-projek raksasa
yang menyebabkan rakyat menderita dan menanggung beban kemerosotan
ekonomi. Kalau dia bercakap tentang Islam, ada saja dia 
mengkritik hukum-hukam seperti Hudud adalah hasil perbuatan
silap faham ulama silam.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke