*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Pilihanraya kampus di UKM pada 22 Nov kelmarin menyaksikan betapa mahasiswa
UKM menolak 100% kumpulan pro-BN, pro-UMNO dan menyokong kumpulan pro-BA,
pro-PAS, pro-Islam. Calon-calon dari MAMPU memenangi SEMUA kerusi yang
dipertandingkan samada di peringkat Fakulti mahupun di peringkat umum. MAMPu
menang 57 kerusi. TSB menang 0!!!
Alhamdulillah, inilah petanda bahawa mahasiswa cerdik pandai serta generasi
muda tidak dapat menerima ketidakadilan, penindasan, ketidatelusan, kezaliman,
dan penipuan serta kepincangan pengurusan negara di bawah BN-UMNO yang
dipimpin oleh Dr. Mahathir. Apa yang berlaku mencerminkan betapa gelombang
kesedaran dan kebangkitan rakyat khususnya generasi muda masih "marah"
terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan BN.
Kepada pelajar-pelajar UKM.....sejuta kalungan bunga tahniah!!
Teruskan perjuangan bagi menumbangkan kezaliman dan tegakkan keadilan! Tolong
sebarkan ke network lain, dan tolong sampaikan kepada pengundi-pengundi di
Lunas, Kedah.
Nota: Pagi ini saya dimaklumkan di UKM, berlaku satu bentuk vandalism yang
dibuat oleh kumpulan yang tewas dan tidak puas hati. Terdapat di merata
dinding bangunan, khususnya bangunan pentadbiran utama UKM suatu sign bertulis
"IPU...MAMPU...S" berwarna merah. Lihatlah betapa busuk dan kotornya hati
puak-puak pro-BN-UMNO ini. Mereka tidak menghormati demokrasi yang mereka
kononnya perjuangkan. Mereka tidak dapat menerima kekalahan mereka 57-0.
Sudahlah mereka tidak mahu turunkan poster-poster mereka di sekeliling kampus
UKM Bangi, mereka mengotori dinding-dinding seluruh UKM. Inilah anak didik
BN-UMNO dan bekas TNC HEP. Kita harap Daim dan pemimpin-pemimpin UMNO,
termasuk pemimpin UMNO tempatan yang menaburkan duit di UKM baru-baru ini
dapat datang ke UKM untuk membersihkan kampus UKM. Siput Babi yang ramai turun
ke UKM dengan begitu ramai sekali baru-baru ini dengan menaiki motor plate WGT
dan kereta plate WGT sudah tentu tahu apa yang berlaku di UKM dan mereka
bertanggungjawab menyampaikan maklumat sebenar kepada pemimpin BN-UMNO. Tetapi
apabila siput-sipt babi ini tidak menyampaikan berita sebenar sebab nak
"bodek", kaki pengampu, kaki pengemis, maka pemimpin BN-UMNO merasa syok
sendiri di atas sana kerana menyangka semuanya berjalan baik di bawah sana.
____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://home.netscape.com/webmail
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>