*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wanita

Akal setipis rambutnya. Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi
Tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih
mencariwalaupun sudah ada segala-galanya. 

Apa lagi yang tidak ada ada di
syurga, namun Nabi Adam
a.s tetap rindukan Siti Hawa. 

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,
isteri atau puteri. Dijadikan
mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan
mereka. 

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah
wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa
oleh Nya. Didiklah mereka dengan panduan dari Nya.
               
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan cuba hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka
semakin menderita.
               
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka
Kepada zat Allah. Zat yang kekal, di situlah suisnya.
               
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati separuh kaca,
kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiaslah dengan akhlak.
               
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan
keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi Ratu
Cantik Dunia, Presiden ataupun Perdana Menteri Negara atau Women Gladiator.
Bisikkan Ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan
diskriminasiTuhan.
               
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang
Lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja ? Negarawan, Karyawan,
Jutawan dan ?Wan-Wan? Dan lain-lain. Tidak akan lahir Superman tanpa
Superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak
terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka
bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
               
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan
yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh
menundukkan sepandai-pandai lelaki.
               
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan
kenaldiri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan sahaja ramai bos
telah kehilangan secretary, bahkan anak pun
akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan
puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki
Pula jangan harap mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan
sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada
Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya
akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita.
Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum
lagi
seperti Saiyidina Ali?
Fikirkan......
               


____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Jantan Tengah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke