*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam
Saya cuma ingin bertanya kepada sesiapa yang lebih arif tentang proses
mengutip/ memberi sedekah dan derma di masajid ini.
1. Hari ini Jumaat kebetulan saya bersolat Jumaat di salah sebuah masjid di
kawasan Ulu Kelang. Tak usahlah disebut masjid yang mana satu. Selepas solat
ada beberapa orang anak muda Melayu/Islam belasan tahun berdiri dengan kotak
bertulis "Derma untuk Kazakhstan". Saya ulang KAZAKHSTAN.
2. Sewaktu berhenti bersolat fardhu di salah sebuah Masjid di kawasan Taman
Tun Dr Ismail, saya didatangi oleh seorang yang mengaku dari Afghanistan dan
mengutip derma untuk pejuang Mujahideen dari Afghanistan. Beliau memakai
khamis ( pakaian tradisional Afghan ) dan kelihatan segak.
Hal yang sama berlaku di luar Masjid kawasan USJ / Subang Jaya pada hari
Jumaat beberapa minggu yang lampau.
3. Dikawasan tempat letak kereta Kompleks PKNS Shah Alam jugak ada orang yang
meminta derma untuk negara Pakistan atau Afghanistan. Pengutip dermanya juga
bukan rakyat tempatan. Kepada setiap sumbangan yang diberikan, penderma
dihadiahkan Surah Yaseen ( kecil) atau Himpunan beberapa surah dari Al Quraan.
Walaupun saya menderma seikhlas mungkin, tapi berdetik juga didalam hati
tentang kesahihan pengutip pengutip derma ini. Tidak ada gunanya menderma jika
ada sebarang kesangsian yang dapat mengurangkan pahala sadaqah jariah
tersebut.
Oleh kerana selalu ke Kompleks PKNS Shah Alam, ada kalanya sampai 3-4 kali
seminggu dan kadang kala 2 kali sehari, pengutip derma itu sendiri sudah akur
bahawa saya sudah ada terlampau banyak surah yaseen didalam kereta dan
membiarkan saya pergi tanpa diminta sedekah jariah.
Semoga ada sesiapa disini dapat mengurangkan sedikit kesangsian dan keraguan
yang saya alami tentang ketiga tiga kes mengutip derma tersebut di atas.
Terus terang saya nyatakan disini, secara peribadi saya lebih suka bersedekah
pada sanak saudara yang lebih memerlukan wang untuk bersekolah atau pada rumah
rumah anak yateem dari bersedekah pada negara Kazakhstan.
Salam hormat...Chief
------------------------------------------------------------
Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
http://MailAndNews.com
Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>