*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah kita melihat demokrasi di Malaysia hari ini terang-terang dicabuli maka sudah
sampai masanya gabungan parti pembangkang mengambil langkah yang lebih keras
termasuk memulaukan semua pilihanraya di Malaysia.
Apalah ertinya bernama negara yang mengamalkan demokrasi tetapi semangat
demokrasi tidak pernah dihayati selain dari peti undi. Jika kebebasan berhimpun,
kebebasan berucap dan memberi pendapat serta kebebasan media siaran semuanya
dikawal oleh parti pemerintah apakah ini memungkinkan parti pembangkang boleh
menang dalam sebuah negara demokrasi.
Adalah tidak adil untuk kita bertarung dengan musuh dengan kakitangan kita diikat.
Mereka melaungkan kepada dunia demokrasi yang mereka amalkan mengikut acuan
mereka sendiri tetapi yang jelasnya demokrasi yang mereka amalkan adalah
demokrasi yang dapat menjamin kemenangan mereka dalam setiap pilihanraya.
Sudah sampai masanya gabungan parti pembangkang mengambil langkah
memulaukan piliharaya di Malaysia sehinggalah parti pemerintah benar-benar mahu
mengamalkan semangat demokrasi yang sebenar dan mendapat pengesahan badan
PBB sebagai negara pengamal demokrasi yang tulin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]