*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.r.t.

Dibawah saya forwardkan suatu kisah sejarah besar negeri Terennganu di suatu
masa dahulu.

wassalam

TUKKU PALOH


TUKKU PALOH atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus
adalah ulamak kerohanian yang berkecimpung dalam bidang PENTADBIRAN dan
DIPLOMATIK di Terengganu. Beliau hidup di zaman pemerintahan 8 orang sultan
silih berganti ; paling lama dan
paling kuat berpengaruh adalah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III,
Sultan Terengganu yang ke 11.

Kerana kewibawaannya, beliau di beri mandat oleh Sultan mentadbir kawasan
Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga di terima sebagai
penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam pelbagai persoalan. Beliau
tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili
Sultan berunding dengan pihak British sehinggan pada zaman itu pihak British
gagal menjajah Terengganu.

PENCATUR DASAR LUAR TERENGGANU

"Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas
alasan apa sekalipun" Kata Tukku Paloh.
"Tetapi kalau hendak tanah, silakan. Isilah ke dalama armada tuan sebanyak
mana pihak British mahu...ambillah tanah."

Itulah jawapan Tukku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan
antara pihak British dengan Tukku Paloh yang mewakili kerajaan negeri
Terengganu. Jawapan dalam bentuk sindiran itu, yang diluahkan dengan tenang
tetapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil wakil British itu. Mereka
bangun untuk beredar. Tetapi dengan kuasa Allah, punggung mereka dengan
tidak semena mena melekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung,
kerusi turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai.

Waktu itu Tukku Paloh bersuara secara bersahaja :
"Sudahlah tuan tuan hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun
tuan tuan hendak
ambil."

Demikian gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar
awal abad ke 20.Taktik diplomasi yang berjaya digunakan di beberapa negeri
lain, gagal di Terengganu kerana
adanya GANDINGAN RAPAT ANTARA ULAMAK DAN UMARAK ( iaitu antara Tukku Paloh
dengan Sultan Zainal Abidin III yang juga murid kepada Tukku Paloh ).


REGU SULTAN ZAINAL ABIDIN III

Seperti juga ayahnya ( Tukku Tuan Besar ), Tukku Paloh seorang yang sangat
berpengaruh di kalangan istana dan menjadi tempat rujukan sultan. Malah
perlantikan itu sendiri mempunyai
kaitan rapat dengan pengaruh Tukku Paloh di kalangan istana, yang diwarisi
darpada ayahnya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin, yang terkenal dengan
panggilan Tukku Tuan Besar, juga
merupakan tokoh agama yang amat terkenal dan pengarang kepada lebih kurang
16 buku agama dan nazam.

Hubungan antara Tukku Paloh dengan Sultan Zainal Abidin III boleh disamakan
dengan hubungan Sultan Zainal Abidin I ( memerintah 1725 - 1734 ) dengan
seorang lagi ulamak besar Terengganu, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah. Ulama
yang terkenal dengan gelaran Tuk Pulau Manis ini juga dikenali sebagai wali
ALLAH, dan banyak mengarang kitab. Sebagai syeikhul
Ulamak dan Mufti, Tuk Pulau Manis amat berpengaruh di kalangan istana dan
dikatakan bertanggungjawab atas pertabalan Sultan Zainal Abidin I yang
kemudian menjadi menantu beliau.

Menyedari peri pentingnya PEMERINTAHAN RAJA YANG ADIL YANG
BERLUNASKAN HUKUM-HUKUM ALLAH SWT, Tukku Paloh bersama Sayid Abdullah(
menteri besar ketika itu ) mengetuai sokongan terhadap perlantikan Tengku
Sultan Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu menggantikan Sultan Ahmad
Shah II ( memerintah 1876 -
1881 )

Sokongan dua orang yang berpengaruh ini sungguh berkesan sehinggan Sultan
Zainal Abidin kekal sebagai raja yang berjaya menegakkan pemerintahan yang
kukuh dan bermaruah
walaupun usianya ketika memegang tampuk pemerintahan negeri baru 16 tahun.
Kejayaan baginda itu adalah BERKAT MENDAPINGI SERTA MENERIMA KEPUTUSAN
ULAMAK. Baginda memerintah selama kira kira 36 tahun 11 bulan hingga ke
akhir hayatnya pada tahun 1918.

Ketika Sultan Zainal Abidin III mula naik tahta, Tukku Paloh belum menjawat
apa apa jawatan penting secara rasmi. Tetapi sebagai seorangtokoh agama,
beliau sudah berpengaruh dikalangan
istana. Kemudian beliau menjadi Syeikhul Ulamak ( Ketua Ulamak ) Terengganu
dan dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri dalam kerajaan Sultan
Zainal Abidin III. Dengan kedudukan itu Tukku Paloh bertanggungjawab
membantu kerajaan, mentadbir negeri dan rakyat.

Bagaimanapun, ulamak dan ahli tareqat yang arif perjalanan kerohanian
inilebih banyak berhubung secara peribadi dalam berbagai bagai hal dengan
Sultan Zainal Abidin III.
Keistimewaan ini menjadi Tukku Paloh sebagai penasihat Sultan dan orang yang
bertanggungjawab di belakang keputusan keputusan yang di buat oleh Sultan
dalam pelbagai perkara terutamanya mengenai dasar luar negeri.

Ini terbukti dengan keputisan berani Tukku Paloh memberi perlindungan kepada
pahlawan pahlawan Pahang sekitar tahun 1894 dan keengganannya bekerja sama
dengan pihak British.
Pendirian beliau ini mempengaruhi sikap Sultan Zainal Abidin ( kebetulan
menantu kepada Sultan Ahmad Pahang ) untuk terus menerus menentang
pertapakan British di Terengganu.

Penglibatan Tukku Paloh dalam perjuangan menentang campurtangan British di
Pahang berlaku apabila pahlawan pahlawan Pahang yang memberontak terpaksa
berundur akibat tekanan hebat
daripada pihak berkuasa. Mereka dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tuk Gajah dan
anaknya Mat kilau berada dalam keadaan serba salah dan hampir hampir putus
asa.

Akhirnya pada bulan Mei 1894, mereka membuat keputusan menghubungi Tukku
Paloh. Ternyata hubungan ini memberi nafas dan tenaga baru kepada perjuangan
mereka kerana Tukku Paloh bukan sahaja bersimpati malah bersedia membantu
pahlawan pahlawan itu
menentang pencerobohan British di Pahang. Selama berada di Paloh, pahlawan
pahlawan yang terkenal hebat itu menggunakan kesempatan menuntut ilmu agama
dan mendalami perjalanan rohani sebagai bekalan dalam perjuangan yang amat
sukar itu. MEREKA BERGURU
DENGAN TUKKU PALOH.

Kemudian barulah Tukku Paloh menyeru pahlawan pahlawan itu supaya
melancarkan perang jihad. Sebagai bekalan rohani, beliau memberikan mereka
wirid wirid dan jampi jampi tertentu
dan menghadiahkan mereka pedang yang bertlis ayat ayat Al Quran pada
matanya. Dan dengan sokongan dan pengaruh Tukku Paloh, pasukan pahlawan itu
semakin besar dan mendapat
sokongan Sultan dan Rakyat Terengganu untuk melancarkan serangan tahap kedua
berdasarkan kepada kecintaan kepada AGAMA dan tanah air dengan semboyan
"PERANG JIHAD". Semangat perang jihad begitu ketara sekali di kalangan para
pejuang itu.

Ketika ini lah, Hugh Cliford , residen British di Pahang menyedari bahayanya
pahlawan pahlawan itu berada di negeri jiran kerana mendapat sokongan Tukku
Paloh untuk melancarkan
serangan baru dengan kekuatan agama. Demi menjaga kepentingan British di
Pahang, pada bulan April 1895 Cliffort mengetuai satu angkatan serama 250
orang untuk melumpuhkan kekuatan pihak yang di sifatkkanya sebagai
pemberontak.

Sesampai di Terengganu, Cliffort mengadap Sultan Zainal Abidin III untuk
mendapat bekerjasama baginda. Sultan Zainal Abidin dengan senang hati
mengeluarkan surat kuasa ( waran ) kepada Cliffort untuk menangkap sesiapa
saja daripada kalangan rakyat baginda yang bersubahat dengan pemberontak
pemberontak. Tetapi surat itu tidak memberi kuasa untuk menyiasat kerabat di
raja, keluarga sayid serta pembesar pembesar baginda.

Baginda juga mengeluarkan satu surat sulit kepada orang orang Besut supaya
membantu pahlawan pahlawan Pahang yang bersembunyi di daerah itu. Taktik
diplomasi yang bijak Sultan
itu telah menyelamatkan semua pejuang Pahang dan mengecewakan usaha ketua
penjajah Pahang bernama Cliffort itu.

Cliffort sentiasa curiga terhadap Tukku Paloh kerana dalam beberapa
perundingan yang diadakan dengannya, pemimpin British itu percaya Tukku
Paloh tidak berkata yang sebenarnya
mengenai pemberontak pemberontak. Kadangkala wakil wakil British itu di
persendakan oleh Tukku Paloh. Menurut cerita cucu kepada Tukku Paloh iaitu
Syed Omar Abdul Kadir Al Idrus
( tinggal di tepi taliair Kg Wakaf Mempelam ) ,

dibawah ini sebahagian dialoq antara Tukku Paloh dan Cliffort :-

Cliffort (FRU Malaysia)) : Saya datang mahu mendapat kerjasama Tukku Paloh
untuk menangkap pemberontak pemberontak dari Pahang (PERHIMPUNAN HARAM KALAU
APA YANG BERLAKU SEKARANG INI)yang berada dalam negeri Terengganu.

Tukku : Siapa yang dimaksudkan? kerana kami orang islam tidak boleh
menyimpan pemberontak dan penjahat penjahat. Kalau ada penjahat tentu kami
akan menangkap dan mengenakan hukuman berdasarkan hukum Islam.

Cliffort : Itu, Datuk Bahaman, Tuk Gajah, Mat kilau dan pengikut mereka
melakukan banyak kacau dalam negeri Pahang(Pejuang Islam dan Keadilan).
Sekarang mereka lari ke negeri ini.

Tukku : Orang orang itu semua baik , bukan pengacau bukan pemberontak kerana
mereka menuntut pembebasan daripada campurtangan daripada campurtangan kuasa
luar dalam negeri
mereka, dan sebagai orang orang islam mereka mesti menuntut hak itu.

Sebagai satu helah, Tukku Paloh membenarkan juga Cliffort itu menyiasat di
Paloh sama ada benar pahlawan pahlawan Pahang itu bersembunyi di sana (
ketika itu semau bersembunyi di tempat yang selamat ). Cliffort masih tak
berpuas hati kerana pasukkannya gagal menemui "pemberontakan pemberontak"
itu. Dia percaya mereka ada bersembunyi di kawasan rumah Tukku Paloh. Ini
berdasarkan beberapa bukti yang die sendiri perolehi semasa siasatan dibuat.
Sebab itulah bagi Cliffort, penghalang besar kepada usahanya untuk menangkap
pahlawan pahlawan itu ialah Tukku Paloh sendiri.


MENENTANG PERTAPAKAN BRITISH (sekarang UMNO) DI TERENGGANU


Percubaan British untuk menjajah Terengganu bermula sejak awal aband ke 20.
Gabenor Negeri negeri selat, Frank Swettenham, tanpa terlebih dulu
berunding, datang ke Terengganu pada tahun 1902 dan mengadap Sultan untuk
mendapat persetujuan Sultan mengenai rangka
perjanjian yang di sediakan di London antara kerajaan British dan Siam.
Tetapi perjanjian yang kononnya memberi pengiktirafan yang lebih jelas
terhadap naungan Kerajaan Siam ke atas Terengganu secara rasmi di tolak oleh
kerajaan Terengganu.

Sultan Zainal Abidin III dan penasihat penasihat baginda menyedari kesan
daripada perjanjian itu dan nampak perancangan jauh kerajaan Brotish yang
beria ia benar mempelopori perjanjian
itu supaya di tandatangani. Sedangkan Kerajaan Siam sentiasa menghormati
pemerintahan Terengganu yang berdaulat. Perkiraan itu ternyata berlaku pada
10 mac 1909 bertempat di Bangkok di mana Kerajaan British secara senyap
menandatangani satu perjanjian baru dengan Kerajaan Siam. Entah ganjaran apa
yang diperolehi oleh Kerajaan Siam, melalui perjanjian itu Kerajaan Siam
memindahkan ( menyerahkan ) segala hak naungan, perlindungan, pentadbiran,
kawalan dan apa saja kepunyaan ke atas negeri negeri Kelantan, Perlis, Kedah
dan Terengganu serta pulau pulau berhampiran.

Dengan perjanjian baru itu bermakna Terengganu bulat bulat duduk di bawah
naungan kekuasaan British. Sekali lagi Kerajaan Terengganu tidak mengiktiraf
dan menentang perjanjian
tersebut. Malah pihak istana dan pembesar pembesar negeri sangat marah
dengan taktik halus British. Tukku Paloh, yang sangat berpengaruh terhadap
dasar luar Terengganu, memberi
pandangannya mengenai cita cita British yang berkehendakkan Terengganu
dengan pertolongan Siam itu dengan katanya antara lain :-

" Dimaklumkan bahawa perkara ehwal treaty ( perjanjian ) yang dikehendaki
oleh inggeris dengan kebenaran Siam itu sangat besarlah pada paham paduka
ayahanda ( maksudnya beliau )
waqiahnya dan sangatlah fuad ( hati ) Seri Paduka anakanda Sultan Zainal
Abidin akan akhllahu al dafihi ( telah menolong akan engkau oleh Allah SWT
atas penolakannya ) kerana sudah
bersatu kira antara Siam dan Inggeris tetapi insya Allah tiada sekali kali
Allah SWT tasalitkan (beri kekuasaNya kuffar atas muslimin melainkan sebab
tadyik ( menghilangkan ) mereka itu
akan huquk ( hak ) syariat dan tiada bersungguh sungguh mereka itu berpegang
atas syariat yang mutahharah ( undang undang suci islam ) dan pemasukan ke
dalam agama Islam akan barang yang dibenci oleh Rasulullah SAW . Maka
wajiblah pada sekarang ini Seri Paduka
Anakanda ( Sultan ) berkuat pada menzahirkan agama dan membatalkan mungkarat
( kejahatan ), jangan sekali tidak hirau...."

Walaupun usaha itu gagal, British terus menjalankan diplomasinya dalam
berbagai bentuk rundingan. Antara pegawai yang mewakili British ialah W.L
Conlay. Dalam beberapa kali rundingan di adakan dengan pihak istana ( tidak
kurang 2 kali ), Sultan Zainal Abidin
mengarahkan pihak British supaya berunding secara langsung dengan Tukku
Paloh.

Sultan berkata kepada wakil British, "TERENGGANU INI ADA TUANNYA, SILA
BERUNDING DENGAN TUANNYA (yang dimaksudkan ialah Tukku Paloh )

ringkasan saya : betapa pemerintah dulu sangat menghormati seorang ULAMAK.



BERUNDING DENGAN BRITISH


Rundingan pertama yang dijadualkan berlangsung di atas armada British
terpaksa dibatalkan oleh British kerana dikatakan kapal armada itu beberapa
kali senget apaila Tukku Paloh menyengetkan serbannya. Ini menakutkan wakil
wakil British yang menganggap kejadian itu sihir sedangkan yang sebenarnya
adalah karammah kurniaan ALLAH kepada Tukku Paloh.

Ekoran itu, rundingan di adakan juga pada waktu lain dan kali ini dirumah
Tukku Paloh. Untuk itu, Tukku Paloh meminjam beberapa buah kerusi bagi
meraikkan orang putih yang tidak pandai
duduk bersila itu. Dengan duduk di atas kerusi itu, rundingan berjalan
dengan panjang lebar dan antara lain wakil British memaklumkan bahawa
pihaknya ingin mendapatkan tanah Terengganu
dengan alasan membenatu membangunkan Terengganu. DEngan kata lain, dalam
rundingan itu seolah olah British hendak memajukan Terengganu. Negeri
Terengganu ketika itu penduduknya
sekitar 10,000 orang, kebanyakkanya bekerja sebagai tukang dan nelayan.
Mereka diakui oleh Cliffort sebagai " orang melayu yang paling pandai dan
rajin di Semenanjung Tanah Melayu".  Tukku Paloh mempunyai pandangan jauh
dan dapat membaca niat jahat wakil British yang mahu menguasai negeri
Terengganu dan seterusnya menjajah. Lalu dengan selamba Tukku menjawab
segala kehendak wakil British itu dengan penuh sindiran tanpa sedikitpun
terpengaruh dengan gula gula yang diumpankan oleh orang putih itu. Dalam
pertemuan inilah berlakunya kerusi yang diduduki oleh wakil wakil British
melekat seketika di punggung mereka.
Wakil wakil British itu pulang dari rumah Tukku Paloh dengan hati yang
berang bercampur takut akan kelebihan yang ada pada Tukku Paloh. Mereka
gagal sama sekali untuk mengusai Terengganu menerusi diplomasi. Tidak
beberapa lama selepas itu, beberapa buah armada British datang lagi ke
persisiran pantai Terengganu. Tanpa memberi sebarang amaran, armada itu
melepaskan tembakan meriam dan senapang ke arah pantai dan mengarahkan ke
udara.
Serangan itu bertujuan untuk menggertak itu telah membunuh se ekor kambing
di Padang Hiliran. Orang ramai menjadi gempar dan cemas. dan sekali lagi
Sultan Zainal Abidin menyerahkan urusan ini kepada Tukku Paloh. Lalu dengan
tenang dan yakin Tukku Paloh
bersama orang orangnya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Ibrahim
dan Tuk Kelam dan pengikut pengikutnya yang lain meronda sepanjang pantai.
Operasi meronda itu berjalan siang dan malam. Dikatakan ekoran dari itu,
British tidak lagi membuat kacau dan
semua armadanya berundur. Mengikut laporan, angkatan perang British itu
nampak " beribu ribu" pahlawan Terengganu lengkap dengan senjata bersiap
sedia untuk melancarkan serangan
balas. Sebab itulah mereka cabut lari.

Demikian kehebatan perjuangan Tukku Paloh mempunyai karammah menentang
British berhabis habisan. beliau berpegang kepada firman Allah bermaksud :-

"sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba hamba KU yang soleh. " al
anbia ayat
105.

Beliau juga berpegang pada falsafah : Perjuangan tidak kenal hidup atau
mati. DEngan benteng iman dan takwa yang kukuh pada diri Tukku Paloh itu,
pihak British gagal menjajh terengganu
sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 1917 dan di ikuti
dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III pada tahun berikutnya. PERGINYA
ULAMAK DAN UMARA YANG BERGANDING BAHU DALAM PEMERINTAHAN BERLANDASKAN SYIAR
DAN SYARIAT ISLAM.


MEMERINTAH PALOH DENGAN HUKUM ISLAM

Dalam kesibukannya membantu pihak istana memerintah Terengganu, Tukku Paloh
di amanah pula mentadbir kawasan Paloh oleh Sultan Zainal Abidin. Dan dalam
masa yang sama beliau di minta menjadi ri'ayah ( pengawas ) daerah Hulu
Terengganu termasuk Kuala Berang hingga ke Kampung Chabang Tiga dari hujung
kehujung iaitu 50km. Ada juga pihak mengatakan pihak istana meminta Tukku
Paloh mengawasi Kuala Nerus.
Dipaloh, beliau mempunyai kuasa penuh sehingga kerana itu mendapat gelaran
istimewa ' Tukku Paloh'. Beliau menyusun struktur pentadbiran yang sesuai
dengan keperluan semasa bagi
memimpin pengikut dan rakyatnya kepada satu cita cita murni iaitu ISLAM.
Untuk itu beliau menggunakan kaedah tarbiah, ta'lim serta bimbingan rohani
dan kuatkuasa undang undang yang melibatkan pembantu pembantu yang amanah.
Tukku Paloh juga sangat menekankan ilmu dan amalan tasawuff dikalangan
pengikutnya. Malah Tukku Paloh juga mengarang kitab Maarijulah fan ( tangga
orang orang yang sangat dahaga untuk naik kepada hakikat hakikat pengenalan
).
Kitab ini membicarakan persoalan hati bagi mereka yang bermujahadah sehingga
menjadi seorang yang bertakkarub ilallah.

Diantara muridnya dan pengikut Tukku Paloh yang terkenal ialah HAJI BADUL
RAHMAN LIMBONG, HAJI MAT SYAFEI LOSONG,TUK KELAM,TUK JANGGUT, DATUK BAHAMAN,
MAT KILAU, TUK GAJAH, HAJI WAN EMBONG PALOH, HAJI ABDULLAH CHIK FATANI DAN
SULTAN ZAINAL ABIDIN III SENDIRI.

Baginda Sultan sering berulang alik dari istana ke Paloh untuk belajar ilmu
dan berbincang mengenai berbagai perkara dengan Tukku Paloh. Baginda Sultan
Terengganu mempunyai minat
dan kebolehan yang luar biasa dalam bidang ilmu pengetahuan. Selain Tukku
Paloh sebagai gurunya, guru guru baginda yang lain termasuklah HAJI WAN
ABDULLAH MOHD AMIN ( Tuk Syeikh Duyung ), HAJI WAN ABDUL LATIF BIN ABDULLAH
LOSONG dan lain
lain. Baginda juga boleh berbahasa arab hasil tunjuk ajar seorang guru khas,
HABIB UMAR.

Berkat dari kesungguhan dan menuntuk ilmu dan sikap MEMULIAKAN ULAMAK,Sultan
Zainal Abidin III diakui oleh rakyat sebagai raja yang ALIM dan KUAT
BERPEGANG KEPADA AJARAN ISLAM. HINGGA DIKATAKAN, SEMASA PEMERINTAHAN
BAGINDA, SUSAH UNTUK CARI SESEORANG YANG SUDAH SAMPAI UMUR YANG BELUM KHATAM
QURAN DI TERENGGANU.

Selain itu Tukku Paloh juga menjadi guru kepada anak anaknya sendiri seperti
Sayid Abu Bakar ( Tukku Tuan Embong ), Sayid Akil ( Engku Sri Wijaya) dan
sayid Sagof ( Engku kelana). Kesemuanya di akui ulamak.

Dari hari ke hari, anak anak murid dan pengikut Tukku Paloh semakin ramai
dan mereka datang dari merata tempat dan negeri. PALING RAMAI IALAH PAHLAWAN
PAHLAWAN PAHANG YANG MENENTANG BRITISH. DI PALOH, MEREKA DILINDUNGI DI BAWAH
PENTADBIRAN YANG ADIL, MAKMUR, TEGAS BERDASARKAN HUKUM ALLAH DAN TIDAK
BERTOLAK ANSUR DENGAN PIHAK BRITISH.

HILANGNYA SEORANG ULAMAK YANG TERKENAL DAN SEORANG SULTAN
YANG KUAT BERPEGANG TEGUH DENGAN ISLAM.

* Terengganu telah dapat di jajah oleh British selepas Tukku Paloh dan
Sultan Zainal Abidin III ke rahmatullah. Kemudian perjuangan menentang
penjajahan british di sambung oleh anak
murid Tukku Paloh dan pengikutnya terutama sekali HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG.

KISAH TUKKU PALOH INI DI AMBIL DARI BUKU BERTAJUK " 7 WALI MELAYU"

KARANGAN ABDUL GHANI SAID.


______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Shamsulaizan  Md Zahid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke