*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AJ wrote:

HCND#: Kebanyakan(bukan semua) orang orang Islam yang ada sekarang ni
boleh kita katakan lemah imannya. Ini biasa lah...apabila bersusun dua
jahil iaitu dirinya pun tidak 'dikenal' dan Allah pun tidak 'dikenal',
maka lemahlah iman sesaorang itu. Lemah iman itu tidak ada kena mengena
dengan rajin menunaikan perintah Sholat. Sesaorang itu mungkin
menjalankan perintah Allah dan menjauhi dosa dosa besar tetapi imannya
tetap lemah.Furuk perbincangan taat berbeza dengan furuk perbincangan
iman...
 
AJ# : Walaubagaimanapun tahap keimanan seseorang itu boleh dilihat dari
usahanya untuk Amar Makruf dan Nahi Mungkar.
 
HCND menjawab semula(ms): Lagi sekali, bicara Iman(tauhid) tidak SAMA
dengan bicara Amar Makruf Nahi Mungkar - bicara Islam( feqah ). Bicara
iman ialah tentang percaya pada Allah dan rukun Iman yang lima lagi.
Jika selesai nombor satu( percaya kepada Allah ) maka barulah selesai
yang no.6( percaya kepada Qada' & Qadar Allah ). Apabila selesainya no.1
dan no.6 ( no.2,3,4,5 agak mudah comparatively ) barulah dapat
mengesakan Allah - samada DiriNya, SifatNya, AsmaNya atau
PerbuatanNya(AfaalNya). Apabila ini dicapai, barulah terlepas dari syrik
khafi(tersembunyi). dalam banyak hal, tahap keimanan sesaorang itu akan
"ter-reflect" melalui perbuatan/tingkah lakunya - kegairahan hendak meng
amar makruf dan nahimungkarkan....
 
HCND #: hehehehe.....tak da golongan yang sempurna. Yang maha Sempurna
ialah Allah S.W.T. Walau Insan Kamil sekalipun, masih tetap tidak
sempurna, tetapi tidak lah pula mereka melakukan dosa dosa besar. Itu
langsung tidak mereka lakukan....dan mengalakkan/membenarkan orang
mencaci mencela mencarut dsbnya jauh sekali!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
AJ # : Sekali lagi HCND menunjukan kedaifan nya fasal apa yang
dimaksudkan dengan sifat seseorang jika dibandingkan dengan fitrah iaitu
tindakan spontan.
 
HCND ms : dah terangkan pada previous posting. Sila baca semula.


AJ # :Bagi HCND orang yang baik sekiranya dimaki akan senyum,
 
HCND ms: sudah diterangkan - tak pa lah ...- jawab nya Ia, masih boleh
senyum lagi...dan saya dah terangkan jika terbabas, keluar jugak pada
anggota lidah perkataan yang sedemikian, maka salah lah orang itu maka
wajib taubat dengan menzahirkan kalam Istighfar. Mencaci dan mencela
termasuk didalam sifat mazmumah( yang tidak baik) - bermaksud tak layak
bagi sesaorang insan/hamba menyarung sifat demikian...
saya tidak mengatakan bahawa apabila sesaorang itu tahu bahawa memaki
mencharut itu berdosa, maka tidak akan berlaku reaksi spontan memaki
semula apabila orang memaki dia dahulu.....saya LANGSUNG tidak berkata
demikian! saya ajak syiekh benarkan bahawa perbuatan itu salah
berdasarkan pada hukum Islam yang luas tu, itu PUN SYEIKH TIDAK DAPAT
hendak lakukan!!!!!!! Saya benarkan syeikh bahawa memaki semula adalah
tindakan spontan seorang manusia itu apabila dimaki dahulu....betul...
tetapi dari segi hukum, ada kah ia salah atau betul, dosa atau tidak
dosa?....<sigh>


AJ #:dan jika dipukul masih akan senyum malah sekiranya keluarganya
dirogol beliau akan mengucapkan terima kasih.
 
HCND ms: Jika orang datang hendak memukul kita, maka wajib kita
mempertahankan hak kita. Ini jelas hukumnya.
Jika kita SUDAH dipukul, syeikh hendak ketawa terbahak bahak atau
menangis terisak-isak atau mengilai macam mak lampir atau pontianak,
suka hati syeikh lah. Hanya syeikh boleh bertindak selanjutnya
1) Dengan hanya bangkit daripada keadaan tadi dan lupakan insiden itu
kerana syeikh berpendapat syeikh yang bersalah dalam hal ini - misalnya
syeikh mencuri...
2) Syeikh tidak bersalah maka syeikh bertindak dengan membuat laporan
polis "Tentang keluarganya dirogol - maksud syeikh jikalau about to be
rogoled, maka wajib kita mempertahankan ahli keluarga kita dan
menghalang insiden itu dan menangkap serta menghantarkan perogol itu ke
balai polis. Jika yang syeikh maksudkan dirogol sebagai sudah berlalu -
buat laporan ke balai polis dengan memberi butir butir tentang perogol
itu tadi supaya dapat diberkas perogol tersebut.
 
HCND#: Melaksanakan Islam?!?!? samada orang Islam itu sempurna atau
tidak atau hampir sempurna, wajib baginya melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai seorang Islam. Tidak ada sesiapa pun yang ada pengecualian!
 
AJ# : HCND tidak faham maksud saya atau pura-pura tidak faham. Banyak
diantara kita orang Islam menggunakan kelemahan yang berlaku kepada
orang Islam lain sebagai alasan untuk tidak melaksanakan Islam !!!.
Mereka ini ternyata TIDAK Ikhlas !!!
 
HCND ms : Saya bermaksud melaksanakan Islam dalam erti kata
tanggungjawab yang wajib bagi setiap orang Islam sementara syeikh ingin
ketengahkan tentang melaksanakan Islam dalam erti kata Hukum
Hudud...betul tak? Jika begitu, saya yang silap... Ok lah.....begini lah
syeikh. Alasan & pendirian Pemerintah tentang hukum Hudud saya boleh
terima....dan alasan & pendirian PAS tentang Hukum Hudud pun saya boleh
terima.
 
 
HCND #: maksud syiekh, suruh orang Islam yang sedang 'lost', keluar dari
ugama Islam?!?! Syeikh, syeikh....
 
AJ # : Nampak gayanya HCND memang bengap atau buat-buat tak faham. Saya
maksudkan disini oleh kerana banyak yang beralasan atas kelemahan orang
Islam untuk tidak melaksanakan tuntutan Islam.
 
HCND ms : " kerana banyak yang beralasan " banyak disini siapa? Kerajaan
ke? Itu tanggungjawab kerajaan...bukan syeikh atau saya. tetapi bagi
syeikh atau saya, kita jalankan lah tuntutan Islam yang dikehendaki bagi
setiap individu Islam.
 
 
AJ# :Sekranya logik ini dipakai tidak perlulah "HCND" jadi Islam kerana
orang Islam itu sendiri banyak yang tak betul.
 
HCND ms: memang Islam pun...jadi Islam ke tidak bukan bergantung kepada
orang Islam banyak yang betul atau tidak...
 
AJ#:Kita inginkan keikhlasan untuk meletakan tuntutan Islam ditempatnya.
Orang yang banyak alasan inilah sebenarnya Munafik, sekiranya mereka
jahil tetapi setelah jelas diterangkan akan sesuatu perkara dan
mereka ini masih lagi menolak hakikat tersebut maka mereka ini lah
golongan MUNAFIK.

HCND ms: Jika ramai orang Islam yang masih meyokong BN( Umno khususnya)
dan kerajaan yang dilantik tidak menjalankan hukum Hudud lagi, maka
mereka ni munafik ke? Jadi dalam hal ni orang orang PAS aje lah yang
tidak munafik?!? hehehehe....syeikh syeikh...
 
HCND # : cubalah kawal sikit perasaan, syeikh.... Jika kita ni, dapat
lebih kurang menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya,
bersyukur lah.
 
AJ # : Alhamdulillah, tapi tugas kita sebagai Hamba Allah. Kita TIDAK
BOLEH lebih kurang menjalankan perintah Allah kerana itulah keutamaan
hidup kita.
 
HCND ms: Jalankan lah tugas syeikh sebagai seorang hamba Allah ...tidak
ada sesiapa pun yang suruh lebih kurang.... jikalau syeikh yang lebih
kurang, itu syeikh punya tanggungjawablah.

HCND# : Jangan merasa sempurna diri(ujub).
 
AJ# : Nauzubillah, minta dijauhkan !!!
 
HCND ms: Jika begitu, Alhamdulillah lah.
 
HCND# : Jangan memandang hina mereka yang masih bergelimang dengan dosa.
 
AJ# : Kita tidak memandang hina mereka yang bergelomang dengan dosa.
Kita cuma inginkan supaya Keluarga dan keturunan kita malah bangsa kita
terpelihara dari terikut mereka yang bergelomang dengan dosa.
 
HCND ms: Mantapkan pendidikan Ugama keluarga dan anak anak dan
berserah... Insya Allah..
 
AJ#:Sekiranya Islam diterima secara menyeluruh perkara-perkara ini akan
dapat dikawal.
 
HCND ms: dan jika sesaorang itu menerima Islam secara menyeluruh, apa
pun perkara perkara yang melanggar hukum syarak, tetap dia tidak akan
melakukan.
 
HCND # :Pada Allah, bila bila masa sahaja, jika Dia Kehendaki, keadaan
boleh berubah -orang yang taat boleh berubah menjadi tidak taat dan
engkar, dan orang yang berdosa dan mungkar, boleh berubah menjadi orang
yang taat. Jalan cerita/sebab akibat tentang perubahan itu tadi Allah
boleh adakan....
 
AJ # : Sememangnya Allah itu maha kuasa, tetapi bertolak dari Qada dan
Qadarnya manusia itu membuat keputusan atas kehendaknya tersendiri. Maka
atas keputusan itulah dijadikannya Syurga dan Neraka.


HCND ms: hehehe...syeikh faham ke tidak pengertian Qada & Qadar yang
sebenar?!

AJ# :Manusia boleh berubah dari taat menjadi engkar dan sebaliknya,
tetapi perubahan itu dibuat mengikut ketetapan Qada dan Qadar Allah.
 
HCND ms: Ya, perubahan itu berlaku mengikut ketetapan Qada & Qadar
Allah.
 
AJ #: Saudara HCND perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan Qada dan
Qadar, iaitu ketetapan hukum sebab dan akibat yang dicipta Allah.
 
HCND ms: Qada & Qadar ialah ketetapan hukum sebab & akibat yang
diciptakan Allah??????!!!!???!!???? Siapa lah guru syeikh ni????!!!????
Ini salah syeikh...rujuk lah...
 
AJ# :Maksudnya sekiranya kita bermatlamatkan benda baik, berbuat baik
maka kita akan perolehi yang baik. Amat jarang Allah swt "intervene"
ketetapan ini, sekiranya ianya berlaku itu adalah "special case"
 
HCND ms:Syeikh ini kiranya dah bercampur campur ni! Syeikh rujuk lah
semula dengan guru syeikh tentang apa maksud Qada & Qadar, apa yang
 dikatakan usaha & ikhtiar dan apa yang dikatakan dengan Hukum
Adat/Sunnatullah....

 
Later/Malam Sikit,


 
HCND

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hang Claude Narr Damme Al-Recluse <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke