*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adalah sangat pelik, apabila kezaliman yang begitu jelas dan nyata sehingga
golongan bukan Islam pun menyatakannya zalim tetapi masih ada yang mengaku
muslim terus menyokongnya. Kononnya kerana mempertahankan keutuhan parti,
warisan dan seumpamanya. Ini adalah bisikan syaitan dan bicara seorang yang
tiada pegangan Akidah serta keyakinan terhadap petunjuk agama...
        Sabda Rasulullah SAW maksudnya: Sesiapa yang berperang dibawah bendera buta
dan menyeru kepada "asobiyyah atau marah kerana asobiyyah" maka kematiannya
adalah jahiliyyah. (RIWAYAT MUSLIM, IBN MAJAH, AN-NASAI)..

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of
AHMAD BAKHTIAR YAHYA (SATELLITE)
Sent: Monday, 27 November, 2000 10:11 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Bubarkan PAS.. Mari.. Mari.. Mariiii... Masuk UMNO!

 ubarkan PAS.. Mari.. Mari.. Mariiii... Masuk UMNO!
Bubarkan PAS.. Mari.. Mari.. Mariiii... Masuk UMNO!

Petikan dari buku karya Ust. Rasul bin Dahri dari aliran Wahabi. Katanya:

"Maka sewajarnya para ulama dan rakyat Malaysia keseluruhannya bersatu
di bawah ketua2 agama, parti yg memerintah dan kepimpinan para pemimpin
yg diketuai oleh PM yg diberi amanah utk memerintah Malaysia dan
menjalankan
kuasanya.."


---------

Ust. Rasul bin Dahri telah menulis sebuah buku yg bertajuk: Hukum
mengkafirkan pemerintah Islam: Menurut al-Quran, as-Sunnah dan Manhaj
Salaf as-Soleh. Terbitan Ummul Qura Sdn Bhd. Tahun 2000. Antara
isikandungan buku ini ialah:

1. Pra kata

2. Islam ditegakkan dengan al-Quran dan al-Sunnah

3. Antara ciri2 & tanda2 orang bid'ah

4. Pertama: Menentang penguasa Islam.

5. Kedua: Menghancurkan kesatuan umat Islam

6. Ketiga: Berusaha menghancurkan negara (kerajaan) Islam

7. Berbantahan & perpecahan adalah perbuatan haram dan bid'ah

8. Nas2 yg mengharamkan perpecahan

9. Cercaan, memaki-hamun, menfitnah & mengkafirkan pemerintah Islam

10. Mencarut, menghina dan menyebarkan aib

11. Hukum takfir

12. Wajib menasihati pemerintah dan bukan menjatuhkannya.

13. Islam mengharamkan hizbi


-------

Antara petikan2 yg membuatkan sebahagian dari kita mungkin terkejut
besar ialah:

1. "Antara ciri2 besar utk mengenali tanda atau sifat2 si pelaku
atau si pembuat bid'ah ialah pada mereka yg mengaku dan mendakwa dirinya
sbg ulama, tetapi menubuhkan parti (hizib) dalam sebuah negara yg telah
ada pemerintahannya yg dipimpin oleh seorang pemimpin yg beragama Islam."


2. Mari.. Mari... Kita masuk Umno:

"Sbg contoh yg boleh diambil dalam perbincangan ini, misalnya, di
Malaysia yg mempunyai Raja2 Melayu sbg ketua agama, sebuah parti (UMNO)
yg berkuasa yg dianggotai oleh org2 Melayu yg beragama Islam, dipimpin
oleh para pemimpin di peringkat negeri (MB) yg beragama Islam serta
diketuai
oleh seorang pemimpin negara (PM) yg juga beragama Islam, ternyata mereka
(Raja2, MB dan PM) boleh bekerjasama dgn para ulama dan rakyat dlm usaha
menyatu-padukan umat dan menjaga kemakmuran negara. Maka sewajarnya para
ulama dan rakyat Malaysia keseluruhannya bersatu di bawah ketua2 agama,
parti yg memerintah dan kepimpinan para pemimpin yg diketuai oleh PM yg
diberi amanah utk memerintah Malaysia dan menjalankan kuasanya..."


3. Jangan terkejut, petikan dgn di bawah ini:

"Islam mewajibkan umatnya bersatu dalam satu pemerintahan dan mengharamkan
perpecahan, oleh sebab itu tidak dihalalkan menubuhkan parti pembangkang
dalam sebuah negara yg masih diperintah oleh pemimpin Islam. Menubuhkan
hizib (parti) pembangkang di dalam sebuah negara yg dipimpin oleh seorang
yg beragama Islam dianggap oleh syara sbg hizib Khawarij..."


Komen: Dr. Hamid Othman pun tak kata macam ini. Seperkara lagi, kalau
kita guna logik ust Rasul (no. 2 & 3), ini bermakna beliau juga telah
berbuat bid'ah kerana menentang pemerintah. Bukankah undang2 Malaysia
membenarkan
secara sah penubuhan parti-parti pembangkang. Org2 yg menentang atau
mengharamkan
penubuhan parti2 pembangkang yg sah menurut undang2 adalah org yg
menentang
undang2 yg dijalankan oleh pemerintah. Beliau juga berbuat bid'ah kerana
menimbulkan perpecahan. Alasannya ialah, kalaulah gagasan satu parti ini
dicanangkan, sudah tentu ramai yg tak bersetuju. Rakyat akan berpecah
belah..


4. Ust. Rasul Dahri melabelkan golongan parti pembangkang yg terdiri
dari para ulama dan pengikut2nya sbg Khawarij Gaya Baru.


----------

Bagi saya tulisan beliau ialah penafsiran dan pendapat beliau terhadap
ayat2 al-Quran dan al-Hadis dgn bantuan beberapa rujukan kitab2 muktabar.
Memang apa yg disebutkan itu ada termaktub di dalam al-Quran dan al-Hadis.
Juga ada disebutkan oleh para ulama rujukannya.


Yg mutlak kebenarannya ialah al-Quran dan ucapan Rasulullah
s.a.w. Pendapat
dan penafsiran ust Rasul tidaklah absolute benar. Pendapat dan tafsiran
para ulama yg menubuhkan parti pembangkang juga tidak ablolute benar. Ust
Rasul memandang dari satu sudut, namun mereka memandang dari pelbagai
sudut.
Jika ust Rasul memandang lebih mendalam dgn mengkaji semua aspek, sudah
tentu beliau akan mengubah isikandungan buku berkenaan.


Saya melihat ust Abd Kadir Hasan, anak kpd Hasan Bandung yg masing2
dari aliran tanpa mazhab apabila diajukan pertanyaan mengenai parti
manakah
yg patut kita undi, beliau menjawab sudah tentu parti Islam (sila lihat
bukunya: Kata Berjawab). Ini bermakna beliau juga tidak mengatakan
penubuhan
parti pembangkang itu sebg haram. Saya yakin dan percaya bahawa jawapan
beliau itu adalah setelah beliau melihat secara mendalam semua
sudut. Kajian
begini secara teliti adalah penting, kerana ia akan menentukan bentuk
hukum
yg diberikan.


Utk pengetahuan, aliran Hasan Bandung ini lebih keras lagi berbanding
aliran Salafi versi Wahabi.


Kita lihat, bagaimana Kelantan & Terengganu jatuh di tangan pembangkang,
apakah ia dibuat secara tidak sah menurut kacamata kerajaan yg memerintah?
Apakah parti pembangkang yg ada, berceramah di pentas2 politik juga salah
dari kacamata mereka?


Jadi, kita nampak ada kecelaruan dalam gagasan satu parti oleh ust Rasul.
Para ulama yg menubuhkan parti pembangkang digesa supaya menyokong
pemerintah
dgn cara menentang dasar yg dibawa oleh pemerintah itu sendiri. Dasar
utama
yg dibawa oleh pemerintah ialah demokrasi, di mana salah satu dari unsur
penting di dlmnya ialah membenarkan penubuhan parti pembangkang. Menentang
penubuhan parti pembangkang bermakna membunuh demokrasi. Membunuh
demokrasi
bermakna membunuh nyawa parti pemerintah itu sendiri. Apakah ada
penentangan
yg paling besar dan dahsyat sekali terhadap pemerintah yg ada sekarang
ini selain dari membunuh demokrasi.


Jadi, Ust Rasul lebih teruk lagi menentang pemerintah berbanding ulama
yg menubuhkan parti pembangkang.


Kalaulah, ust Rasul mahu melaksanakan gagasan satu partinya, yg terlebih
dahulu perlu ditegur dan digesa ialah pemerintah itu sendiri, bukannya
ulama parti pembangkang. Kerana, perdunya ada di pemerintah, bukan
pembangkang.
Pembangkang wujud dari dasar yg dilaksanakan pemerintah. Adalah kurang
bijak, mencantas ranting dgn melupakan akar umbi.


Ust Rasul gesa-lah atau nasihatkanlah pemerintah dgn penuh lemah gemalai
supaya mengharamkan penubuhan parti pembangkang.


Ini bukan Saudi, tetapi Malaysia!


Dan kita juga ingin tahu, apakah komen Ust Asri Zainal Abidin (yg berdebat
dgn si Astora Jabat) mengenai tulisan temannya ini?


Sekian.

zain y.s

aL-AHKAM online


Note: Para pengunjung aL-AHKAM online bebas memberikan pandangan,
kritikan, komen dsbnya terhadap artike ini. Namun, ia hendaklah tidak
terkeluar
dari batas2 adab Islam dalam berbincang dan bermuzakarah.





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "AHMAD BAKHTIAR YAHYA (SATELLITE)" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Dae Darul Na'im" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke