Content-Type: text/plain; charset=ISO-8859-1
X-MIME-Autoconverted: from 8bit to quoted-printable by hizbi.net id LAA22865

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum wr wbr.
SIRI 24

(apa khabar…masih sihat ke…urat saraf bagai mana,…nih kita nak cakap pasal
urat saraf lah nih..saya nih deman sikit, terutama pada waktu petang(cuaca
di Kota Bharu tak menentu)..bila deman sakitlah urat saraf…tapi kena
sebut..Alhamdulillah ala kul liha )

Selain otak, sistem saraf juga mengandungi rangkaian saraf di seluruh tubuh
badan.  Tiap-tiap urat saraf mengandungi sel jenis neuron yang berupaya
mengendalikan isyarat-isyarat dari alam luar tubuh badan organisms ke
otaknya.

(neuron adalah nama yang istimewa dalam komputer tubuh kita…tapi jangan
bubuh nama anak kita neuron pula…nanti lain jadinya, neuron lah yang dicari
cari selama ini..pasal …ia menghubungkan antara yang nampak dengan yang tak
nampak, tangan kita bergerak (nampak)..perasaan kita nak bergerak (tak
nampak)…yang pastinya kita ucap Subahanallah (guna teks arab,sendiri)
(sila lihat gambar neuron dalam lampiran itupun kalau ada
([EMAIL PROTECTED] dapat lah)

  Sistem saraf manusia boleh dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian
dan kesemua bahagian ini berkait rapat di antara satu dengan yang lain. 

Sistem saraf  manusia dibahagikan kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan
sistem saraf periferal
(faham ke anda….payah juga nak cerita kalau anda tak ada asas sains,
tapi..kira buat-buat faham sajalah…bukan penting sangat (tak mati kalau tak
tahu…)


Dalam sistem periferal terdapat dua sistem lagi iaitu sistem somatik dan
sistem autonomik.  Sistem somatik mengendalikan rangsangan serta isyarat
yang datang dari alam sekitaran melalui kulit, otot-otot dan sambungan
rangka tulang.
(ini lah bahagian yang menyambung kita dengan alam sekitar,…kalau rosak
sistem nih susah juga…Alhamdulillah)

 la dikendalikan terus ke sistem saraf pusat. ini bertujuan memberi
kesedaran kepada manusia akan perkara-perkara seperti suhu, tekanan dari
rasa sakit.
(kalau tak sistem ini, kita bakar tangan pun tak rasa apa…..tapi Allah yang
mencipta somatik maka itu hak Allah…pernah anda lihat orang boleh berjalan
atas api…adakah sistem somatik mereka sudah berubah …..mana lah saya tahu)

 Sistem somatik juga mengandungi saraf-saraf motor (tak sama dengan motor
honda atau suzuki)  yang mengendalikan isyarat-isyarat dari sistem saraf
pusat ke otot-otot di tubuh badan manusia.

Sistem autonomik mengawal semua aktiviti yang berfungsi secara sendiri. 
Pada amnya, ia mengendalikan isyarat-isyarat kepada dan daripada
organ-organ dalaman seperti jantung, hati, limpa, paru-paru, buah pinggang,
perut, usus, dan lain-lain.
(jadi hati-hati kalau rosak sistem ini anda boleh di serang sakit jantung
,basah paru-paru (rasa-rasa lah…kalau tak betul pun maaf sajalah,) sakit
perut memulas-mulas (laa sembelit rupa-rupanya)

 Sistem ini berupaya mengawal proses-proses seperti
respirasi,(pernafasan…tak bernafaslah kita…boleh mengakibatkan mati)
penghadaman dan degupan jantung. la juga memainkan peranan penting dalam
emosian manusia.
(kalau ada orang nak marah pada anda…sila baiki sistem  autonomik
dia…..bagaimana cara ? fikir sendirilah….)

 Oleh kerana kebanyakan tugas sistetem ini tertakluk kepada proses-proses
yang berfungsi secara sendiri, 
(sebab tu sistem ini dinamakan autonomik (automatik = sendiri… (sendiri
bermaksud diluar kawalan kita….kalau tidak tak buat kerja lain lah kita
asyik fikir soal sistem ini….molek juga ya.Sendiri ini juga bermaksud,
tubuh kita buka hak kita…kalau hak kita tentu kita boleh modify
(ubahsuai)…macam kita modify kereta kita (opps… kereta Allah bagi kat kita)

ia dilakukan melalui dua subsistein yang diistilahkan sebagai subsistem
simpetatik dan parasimpetatik.  Kedua-dua stibsistem ini beraksi secara
antagonistik (berlawanan).  Sebagai contoh, subsistem simpetatik menahan
pengeluaran air liur, mempercepatkan degupan jantung, membuka anak mata
(pupil) dan lain-lain lagi.  Sebaliknya subsistem parasimpetatik
mengeluarkan air liur, melambatkan deglipan jantung dan mengecilkan anak
mata (pupil). 

( Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu secara berpasang-pasangan…(ada
ayat al-Qur an tentang hal ini…cuba semak balik)termasuklah sistem
ini….kalau tidak air liur anda akan keluar tanpa henti-henti (
banjir…)…akhirnya anda tersedu-sedu (tak cukup air)…lepas tu minum air
anugerah dari Allah…Alhamdulillah



Bersambung....

----------------------------------------------
(untuk Malaysia saja)
PERLU BANTUAN
Seorang pelajar bernama Siti Zunaihan Binti Ismail ingin melanjutkan
 pelajaran ke Azhar,Mesir,memerlukan sumbangan kewangan 
No. Akaun BIMB 03018020524846. Pelajar ini amat  memerlukan sumbangan
tuan-tuan.Bantulah dia untuk menuntuk ilmu
                                  agama di sana Terima Kasih 
IKLAN

laa ada iklan sedikit, ada kawan saya buat rumah banglo 10 unit (atas RM
130,000.00) di pasir tumbuh, kota Bharu.
(kalau duduk rumah besar tu jangan lupa ingat orang miskin...nanti tak
pasal-pasal di akhirat nanti)

maklumat lanjut :[EMAIL PROTECTED]

Navidad.exe

Kirim email ke