*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Malam tadi bertempat di Dewan Serbaguna, Kelang Lama tak jauh daripada 
bangunan PLSB yang kini cuma tinggal sejarah kpd orang-orang Melayu Lunas, 
berakhirlah sudah perjuangan BN yang bermati-matian cuba mempertahankan DUN 
Lunas daripada terlepas ke tangan BA.

Mengingati semula hari-hari awal babak politik pilihanraya kecil Lunas ini; 
saya teringat kepada hari pertama tatkala poster BN yang terawal muncul di 
pekan Lunas. Pagi itu, atas urusan peribadi, saya ditakdirkan terpaksa melalui 
DUN Lunas untuk menuju ke suatu tempat. Dalam perjalanan itu, mata saya 
tertarik kepada beberapa keping poster Dr Mahathir yg digantung di sebuah 
pondok menunggu bas berhadapan Taman Sejahtera. Kelihatannya Datuk Seri kita 
nampak muda belia sekali, tidak ada apa yang cacat celanya.

Petang itu, dalam perjalanan pulang saya mengambil kesempatan untuk 
ronda-ronda di kawasan Lunas; dan sekali lagi saya ditakdirkan melalui pondok 
menunggu bas di Taman Sejahtera itu; lantas bagaikan ditarik, mata saya terus 
terpandang kpd poster PM kita itu; tapi kali ini gambar beliau yang muda 
handsome itu sudah tiada seri lagi; kalau pagi tadinya tiada cacat cela, tapi 
kali ini saya tengok mukanya nampak lain sekali, macam orang tengak sebek nak 
menangis.

AWAT TIDAKNYA - KEDUA2 BIJI MATANYA DAH KENA TEBUK, BERLUBANG!!

Lantas itu, apabila saya melihat Dr Mahathir menangis di kaca TV dua tiga 
malam selepas itu, saya terfikir:

"Adakah beliau menangis kerana betul-betul kecewa dengan isu rasuah dalam 
UMNO, atau pun beliau tiba-tiba saja jadi sebak dan menangis angkara ilmu 
hitam yang dibuat orang ke atas posternya di pondok bas berkenaan?"

Wallah hu aklam.

Saya sebenarnya, dari hari penamaan calun hinggalah beberapa hari pertama 
kempen pilihanraya itu, tidak konfiden langsung bahawa BA akan menang. Apa 
tidaknya, jumlah pengundi Melayu cumalah 43.3% ; dan dalam 43.3% itu pulak 
kita terpaksa berebut dengan UMNO; katakan depa ambik 50% kita ambik 50%; maka 
jumlah keseluruhan undi yg kita dapat (tolak Cina dan tolak India) cumalah 
sekitar 21%.  Kalau nak menang, kita tak ada pilihan selain kena tackle orang 
Cina dan orang India.

TU DIA AIH- SIKIT PUNYA KERJA KA KALAU NAK MENANG!!

Dalam pada itu pulak, puak-puak India dalam DAP Lunas dok buat pasal pulak; 
kononnya DAP akan tarik diri daripada pakatan BA di Lunas sedangkan bagi kami 
yang dok bergaul dengan Cina-Cina DAP peringkat bawah ini, depa tak rasa apa 
pun pasal BA calunkan ADIL instead of DAP. Depa tak kisah langsung, dan 
orang-orang PAS di Lunas itu pun tak kisah; masa itu kalau tanya orang-orang 
bawah peringkat grassroot ini, yang pentingnya bukan PAS, DAP, ADIL atau PRM 
atau sapa-sapa; target semua orang waktu itu ialah nak ajaq Mahathir, bagi dia 
tak dapat 2/3 DUN Negeri Kedah, itu saja!

TAPI, UTUSAN MALAYSIA, THE STAR DAN TV3 BUKAN MAIN LAGI DOK PUTAQ BELIT 
CERITA!!

Nasib baik Lim Kit Siang turun mai dua tiga hari sebelum p/raya; dan nasib 
baik lagi pulak Mahathir dok buat perangai lama dia, dok pi merapu tak tentu 
pasal pi tuduh kata kalau tak kerana BN tolong, habis semua Cina kat Malaysia 
ini jadi muflis masa ekonomi meleset baru-baru ini.

Bila saya tanya Cina-Cina kat sekitar Lunas mengenai kenyataan Mahathir ini, 
depa gelak saja, itu tak berapa serius sangat; rupa-rupanya ada kenyataan 
beliau yg lain yang cukup menghiris kalbu orang-orang Cina ini. Contohnya, di 
bawah ini saya bawakan kenyataan 3 orang Chinese yang saya sempat 
sembang-sembang mengenai isu p/ray di DUN Lunas ini.

Yang seorang itu kata:

"Orang Cina cukup marah dengan Mahathir pasal dia dok pi kata  Cina Komunis!!"

Memanglah Mahathir tak kata Cina Malaysia ini kominis, cuma dia kata perangai 
Suqui itu macam perangai kominis, tapi Mahathir lupa bahawa Suqui itu mewakili 
suara orang-orang cina, maka bila dia dok pi kata Suqui macam kominis, samalah 
macam dia kata orang-orang Cina di Malaysia ini semuanya kominis!

LAGI PUN ISU KOMUNIS-KOMUNIS INI SENSITIF SIKIT KAT BELAH-BELAH SINI.

KALAU HANGPA NAK TAU;  LUNAS INI BUKANNYA JAUH SANGAT DARI HUTAN JUNJONG ATAU 
PUN HUTAN KULIM/BALING YANG DUA TIGA PULUH TAHUN DULU MASIH LAGI DIKIRA 
SEBAGAI 'BLACK AREA' !!

[Sapa tau antara ramai-ramai Cina kat pekan Lunas itu, Tok Wan dia pernah jadi 
kominis dulu; bila Mahathir dok pi kata depa kominis, macam la Mahathir dok pi 
buat lawak pasal aruah Tok Wan depa!]

Sekolah wawasan lagi satu hal. Salah seorang  Cina tu cakap:
(Dia cakap omputih, saya terjemah pi Melayu)

"Kami bukan tak suka dengan idea sekolah wawasan, kami bukan tak mau anak-anak 
kami bercampur dengan bangsa lain; tapi kami tak puas hati sebab apabila SRJK 
Cina ditempatkan di satu tempat dengan Sek kebangsaan, Board of Director 
(Lembaga Pengarah) SRJK sudah tidak ada kuasa lagi, segala-galanya akan 
diambil alih oleh kerajaan. Kalau tanpa Board of Director ini, maka segala 
kurikulum dan arah tuju SRJK sudah tidak sama lagi, dan bila2 masa syllabu 
/kurikulum ini boleh diubah oleh kerajaan!!"

OH - MACAM TU RUPANYA; PATUTLAH CINA-CINA TAK PUAS HATI SANGAT!

Dan untuk menambahkan rasa tidak puas hati mereka lagi, seorang lagi rakan 
Cina saya bagitau bahawa dua tiga hari sebelum p/raya itu juga keluar berita 
besar muka depan akhbar Cina, yg memetik Dr Mahathir sebagai berkata:

"Kalau nak sangat sekolah Cina, pi la balik Negeri Cina!!"

[Yang ini saya tak tau betul ke tidak sebab saya tak tengok sendiri akhbar 
Cina itu, cuma saya habag kat dia  kata tak ada pulak kenyataan yg serupa 
dalam mana2 akhbar berbahasa Malaysia].

Dipendekkan ceritanya, dari asalnya saya tak confiden langsung BA akan menang 
di Lunas, dua tiga hari sebelum pilihanraya itu, dengan sambutan yang 
memberansangkan masyarakat Cina terhadap majlis2 anjuran BA,  dan dengan 
perubahan yang ketara pada orang-orang Cina, saya dapat rasa semacam satu 
perubahan besar bakal berlaku. Kalau seminggu sebelum p/raya, saya dok agak 
peluang BA cuma 30/70; dua tiga hari sebelum p/raya, saya dah 100% confidence 
yg peluang BA sudah naik jadi 60/40.

Pasal orang-orang India pulak, yang itu tak apalah, to be in safe side, kita 
kata semua orang India pi kat MIC (w/pun resultsnya tidak begitu - BA dapat 
330 undi di Hanrietta dan 117 undi di Ladang Victoria).

Sebelum p/raya itu, kalau ditengok secara kasar dengan jumlah pengundi Melayu 
~12,000, Cina ~9000 dan India ~ 5000; saya dok agak kalaulah kita dapat Melayu 
6000 dan Cina 7000, mau dekat 13,000 dah, dah kira menang majoriti mudah dah 
tu. Nak jadi cerita pulak, dua tiga hari sebelum /praya tu saya terbaca paper 
Utusan ka B/harian mengenai target BN itu cuma 35% Melayu, 85% India dan 50% 
Cina; jadi makna kata undi Melayu untuk BA kita boleh tambah lagi jadi 7500. 
Lalu saya dok agak, 7500 Melayu campur 7000 Cina, ish itu dah kira menang 
mudah dah tu. Itu kalau 100% turun; kalau takat 70% pun ada chance lagi 
rasanya.

Lagi pun, pengundi DAP yang kita carry forward dari tahun 1999 sendiri dah ada 
5000 undi lebih; makna kata kalau takat nak cari Cina lagi extra 2000 dalam 
keadaan depa tengah dok bara dengan kenyataan2 Dr Mahathir itu, kira tak jadi 
masalahlah.

SEBAB ITU, KALAU HANGPA TENGOK BANYAK KAWASAN YG BA MENANG UNDI CINA; SALAH 
SATU SEBABNYA KERANA LUNAS INI MEMANG PUN DAP KUAT (5000 UNDI LEBIH TAHUN 
1999)!!

Jadi, tak ada sebablah nak kata Melayu tak sokong BA; lagi pun p/raya 1999 
dulu undi Melayu untuk calun bebas Melayu cumalah  2185 undi. Jadi, kali ini 
apabila Saifuddin mendapat  10,511 undi; makna kata kalau ditolak undi DAP 
1999 (5000 undi) dan undi Bebas Melayu 1999 (~2000 undi), maknanya kali ini BA 
mendapat pertambahan undi sebanyak 3500 undi. Jadi, mana mai extra 3500 undi 
ini kalau bukan daripada gabungan pengundi2 Cina, Melayu dan juga India.

DENGAN KATA LAIN, KEMENANGAN BA DI LUNAS INI SEBENARNYA ADALAH KEMENANGAN 
HASIL UNDI SEMUA BANGSA!!

Akhir cerita; dua hari menjelang p/raya, saya yang turun hampir sepenuh masa 
dengan rakan2 di Lunas ini, kami terserempak dengan seorang mandur tengah dok 
berdiri di atas divider jalan kat deban Maybank kat tengah2 pekan Kulim, dok 
arah pekerja suruh turap jalan sini sana. Mula2 saya tak perasan, kemudian 
baru member saya bagitau, eh, itu Sammy Vellu tu!!

LA, SEMANGAT SUNGGUH SAMMY VELLU PI PANCING UNDI DI TENGAH2 PANAS TERIK TU; 
SINARAN CAHAYA MATAHARI YG BERKILAU DI KEPALANYA ITU MENYEBABKAN KALAU KITA 
TENGOK SEKALI LALU, SEBIJIK MACAM MANDUR JKR TENGAH DOK BUAT JALAN!!

Malam tadi, masa kami pusing-pusing jalan-jalan (dulu dacing, sekarangggg 
bulan!!) kat DUN Lunas berarak meraikan kemenangan calun kita itu; nak jadi 
tergelak sebab setiap kali kereta bertemu kereta atau pun kereta yg merangkak2 
itu bertemu dengan kumpulan2 anak2 muda bereformasi di tepi2 jalan atau 
kawasan2 perumahan, satu soalan yg sama depa pakat lawan tanya:

"ADA NAMPAK SAMMY VELLU KA???"

Ada yang tanya "Ada nampak Sammy Vellu ka, tolong habag dia sat jalan tar 
depan rumah aku belum habis turap lagi!!", dan macam-macam lagi depa buat 
lawak pasal Sammy Vellu.

Semua orang tercari-cari di manakah Sammy Vellu mungkin kerana kenyataan 
bongkak beliau di dalam suratkhabar lama berikut:

LUNAS: MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu said he "will not return to 
Kuala Lumpur without a victory for the Barisan Nasional in Lunas''.  "I will 
be here until the by-election on Nov 29 and I will not go back to Kuala Lumpur 
without a victory for the Barisan candidate,'' he told some 500 Barisan 
supporters at the Dewan Serbaguna in Kilang Lama here yesterday.  [The STAR 
18/11/2000]

[Sammy Vellu cakap dia tak akan balik Kuala Lumpur kalau BN kalah di Lunas]

Sebut pasal Smmy Vellu tak mau balik KL ini, saya teringat kepada seorang Apek 
Cina masa perarakan penamaan Calun DUN Lunas tempoh hari. Dia buat lawak kata:

"Itu Sammy Vellu, dia cakap kalau BN kalah kalu, dia tak balik KL direct; TAPI 
dia balik Sungai Siput dulu, duduk sana dua tiga hari, baru balik KL!!"

Suka hati hanglah Sammy wei - yang pentingnya kenyataan Sammy Vellu ini akan 
dijadikan bahan lawak oleh rakyat jelata untuk beberapa generasi mendatang. 
Kalaulah boleh dikira sebagai nazar, maka nazaklah Sammy Vellu dibuatnya. 
Kerana itu, kalau seminggu dua ini tiba-tiba si Sammy Vellu gering di Kuala 
Lumpur, tolonglah bawak balik dia mai Lunas untuk sama-sama kita bagi dia 
mandi bunga!!

Wasssalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke