*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Media-media tempatan dan orang awam cuma memperkatakan mengenai kelemahan Lembaga
Peperiksaan dari sudut kesilapan kertas
soalan.

Bagaimana pula dengan kesilapan pemeriksaan
kertas jawapan oleh para pemeriksanya?

Jika sekiranya anak anda atau pun adik anda
mendapat gred B dalam mana-mana subject; adakah
anda berpuas hati dengan keputusannya dan
menerima keputusan tersebut seadanya?

Sekarang ini adalah musim para Pemeriksa
(iaitu guru2 yg ditugaskan oleh Lembaga
Peperiksaan) untuk memeriksa kertas soalan
anak2 dan adik2 tuan-tuan. Jika sekiranya
tuan2 atau pun puan2 ada kenal mana2 pemeriksa
berkenaan; tuan2 dan puan2 tentu tahu tentang
betapa tightnya dateline yg diberikan kepada mereka......hinggakan majoritinya 
terpaksa menyekang mata hingga ke pukul 3 empat pagi untuk memeriksa kertas2 jawapan 
yg bertimbun-timbun itu!!

Memeriksa kertas-kertas jawapan di dinihari2 berkenaan bolehkah menjamin kualiti untuk 
anak2 kita?

Dari satu sudut yg lain pula, kasihan guru2 yg menjadi para pemeriksa ini.....di 
bulan-bulan puasa yg pernah barakah ini, mereka tak boleh nak turun berterawih seperti 
kita!!!

insan perihatin

--------------------------------------------

WIBAWA LEMBAGA PEPERIKSAAN  MESTI DIPULIHKAN

Kita mendapati Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2000 menempuh pelbagai 
masalah sama ada yang berbentuk di dalam atau di luar kawalan.

Masalah dalam kawalan melibatkan kecuaian dan
ketidakcekapan manusia, sementara masalah banjir - atau mungkin sekali sekala berlaku 
jerebu atau tanah runtuh - merupakan kekangan-kekangan di luar kawalan.

                  Dalam kes terbaru melibatkan kertas soalan
                  peperiksaan SPM 2000, segala kekalutan diakui
                  sendiri oleh Kementerian Pendidikan sebagai berpunca
                  daripada kesalahan manusia. Kementerian Pendidikan
                  melalui Setiausaha Parlimennya, Datuk Dr. Mahadzir
                  Mohd. Khir telahpun meminta maaf secara terbuka.
                  Kita hargai pengakuan kementerian dan berharap akan
                  ada kebaikan daripada kesedaran itu. Kita ingat betapa
                  kesemuanya bermula apabila berlaku adanya kertas
                  soalan SPM yang kosong di beberapa buah sekolah.
                  Akibatnya, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Gunung
                  Rapat, Ipoh, dilarang keluar dari dewan peperiksaan
                  kerana empat muka surat pada kertas soalan Kimia II
                  kosong.

                  Pada 14 Oktober lalu, di Sekolah Menengah Alam
                  Shah dan Sekolah Menengah Megah, Shah Alam,
                  beberapa muka surat pada kertas soalan Bahasa
                  Inggeris pula didapati tidak mencukupi.

                  Kejadian yang sama berlaku pada 16 Oktober di 15
                  pusat peperiksaan di Perak dan 17 pusat peperiksaan
                  di Pahang bagi mata pelajaran Matematik. Sebelum lagi
                  peperiksaan bermula, telah timbul isu apabila berlaku
                  pertindihan jadual waktu peperiksaan SPM sehingga
                  calon terpaksa memilih salah satu dan mengambilnya
                  semula tahun depan. Jika kita meneliti masalah-masalah
                  berkenaan, ia sebenarnya berkait rapat dengan
                  soal-soal amanah, kejujuran, kecekapan, ketelitian
                  serta kepekaan setiap kakitangan yang terlibat dalam
                  segenap lapis kerja penyediaan kertas soalan SPM.

                  Kecekapan kita menyusun strategi, logistik dan
                  menyediakan langkah-langkah kontigensi secukupnya
                  juga penting untuk mengelakkan berlaku masalah baru,
                  atau mencegah kesilapan silam.

                  Kita tahu konsep pencegahan merupakan tonggak
                  dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh.

                  Tidak timbul soal di mana sepatutnya kertas itu dicetak.
                  Cetaklah kertas-kertas soalan di dalam bilik kebal besi
                  sekalipun, ia akan bocor kalau guru atau pembuat
                  kertas peperiksaan sendiri yang menjual soalan.

                  Begitu juga dengan cadangan mencetak di dalam
                  negara. Sekiranya cuai melabel kertas peperiksaan
                  pada kotak, tentu akan berulang kes kesilapan kertas
                  lagi Sekolah Menengah Felda Lasah, Sungai Siput,
                  Perak.

                  Kementerian Pendidikan perlulah mencegah
                  kejadian-kejadian ini - khususnya yang bersifat
                  kesilapan bodoh - daripada terus berulang pada
                  masa-masa yang akan datang. Mengetepikan terus
                  punca masalah - misalnya menamatkan kontrak
                  pencetak - akan melahirkan budaya penambahbaikan
                  secara berterusan.

                  Kita berharap pada masa-masa yang akan datang,
                  kementerian lebih menekankan soal-soal kekemasan
                  dokumentasi, tahap kesedaran kualiti, meningkatkan
                  komunikasi dalaman serta meningkatkan kecekapan
                  operasi dan produktiviti.

                  Kita percaya segala kelemahan dapat diatasi dan
                  semoga pengalaman pahit yang dilalui tahun ini menjadi
                  pengajaran bagi mewujudkan Lembaga Peperiksaan
                  Malaysia yang berwibawa dan dihormati sepanjang
                  zaman. Sesungguhnya dalam pengurusan peperiksaan,
                  kewibawaan dan kepercayaan orang ramai amat
                  penting.


                


Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke