Salam perpaduan saya ucapkan kepada saudara. Terima Kasih juga saya ucapkan
kepada saudara yang sudi membalas artikel saya secara lebih bersopan kalau
di banding dengan beberapa artikel yang saya terima.
Sekali lagi dengan jelas saya dapat merasakan, saudara asyik menyalakan
kerajaan atas apa yang berlaku di Lunas. Seperti peristiwa Sauk, apa yang
berlaku di Lunas di katakan hasil produk keluaran BN. Saudara tepuk dada
tanya selera, pernahkah BN menyatakan "Hindu paraiah" kepada pengundi yang
berbangsa India yang enggan menyokong mereka secara terbuka. Setahu saya DAP
pun tak pernah menyatakan sedemikian. Tapi hari ini penyokong Keadilan
memaki hamun seperti kerbau yang kehilangan tanduknya. Saudara menyatakan
bahawa kita memerlukan masa untuk meneutralkan apa yang sedang berlaku.
Berapa lama saudara perlukan? Satu tahun, dua tahun atau sepuluh tahun?
Dalam jangka masa yang saudara ambil itu, apakah nilai atau harga yang perlu
di bayar oleh masyarakat India ataupun masyarakat yang menyokong BN. Apakah
cacian dan penghinaan sebagai harga yang perlu di bayar? Hari ini masyarakat
Cina dikatakan mengundi Saifuddin Nasution bukannya kerana mereka suka
dengan dia atau partinya tetapi sebagai undi protes, fikirkanlah saudara
apakah masyarakat India tidak berperasaan dan perlu terus menerima cacian
atas alasan semua ini perlu dilalui untuk proses meneutralisasikan. Saya
setuju sampai bilakah kita perlukan politik perkauman. Tapi saya nak tanya
dengan saudara, sanggupkah saudara menghantar anak saudara ke sekolah
Tamil/Cina untuk belajar bahasa Tamil/Cina? Sanggupkah saudara duduk sebilik
dengan bukan Islam di kampus Universiti? Sanggupkah saudara mendabik dada
mengatakan bahawa "Hak-hak Istimewa melayu ini tidak perlu dipraktikkan
lagi" kerana agama Islam menyatakan bahawa Kafir zimmi mempunyai hak yang
sama seperti hak-hak yang diperolehi oleh seorang muslim? Sanggupkah saudara
belajar agama bukan Islam? (Belajar untuk pengetahuan dan belajar untuk
pengamalan adalah berlainan) Sanggupkah saudara bersetuju sekiranya kerajaan
mewajibkan semua pelajar tak kira bangsa harus belajar bahasa Tamil, Cina
dan Melayu. Saya minta saudara menjawab dengan ihklas, adakah benar saudara
tak bersetuju dengan Sekolah Wawasan? Apakah saudara nak anak-anak kita di
masa depan masih hidup terpisah seperti yang sedang kita alami sekarang.
Alsan yang diberikan kononya, para pelajar tidak bersatu di sekolah
menengah, tidak bersatu di Universiti, inikan pulak di sekolah wawasan. Tapi
analisis menunjukkan mereka hidup terpisah dan hidup dalam kelompok
masing-masing kerana mereka hidup terasing di sekolah rendah, sifat itu
berterusan hingga ke menara gading.
Saudara bertanya kepada saya, apakah saya tidak merasakan apa-apa dengan apa
yang sedang berlaku kini?
Ingin saya nyatakan, saya bukanlah hard core supporters for BN or any
political party. Saudara bercakap tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa
tetapi yang saya bicarakan adalah lebih penting kerana rasuh boleh di
hapuskan, penyalah gunaan kuasa boleh di nyahkan tetapi bolehkah saudara
memberikan kepastian dan jaminan kepada saya bahawa penyalahgunaan ayat-ayat
suci Al-Quran oleh puak pembangkang boleh dibersihkan?
UMNO di kafirkan kerana bekerjasam dengan bukan Islam padahal kerjasama
sesama kaum itu memang perlu seperti yang di wajibkan dalam agama Islam.
Kalau UMNO boleh dikafirkan kerana bekerjasama dngan bukan Islam, apakah
nama yang harus diberikan kepada pembangkang hari ini? Dengan terang-terang
kita nampak (saya tak pastilah samada saudara nampak atau tidak) akan
penyalah gunaan ayat-ayat suci ini. Apakah saudara berpendapat situasi ini
boleh menyebabkan bukan Islam menerima pemerintahan Islam acuan PAS.
Saya tak pasti samada saudara tahu akan hal ini atau tidak. Dalam
pilihanraya tahun 1995, PAS telah mencabar Datuk Seri Anwar agar bersumpah
di salah sebuah masjid di Permatang Pauh, yang dia tidak pernah menerima
rasuah tapi sampai hari ini cabaran ini tidak terjawab. Seorang yang
dikatakan reformis Islam tetapi rakan rapat kepada seorang tokoh judi Datuk
Nallakarupan. Mungkin saudara tak kenal dia tapi biar saya nyatakan siapa
dia sebenarnya. Di samping pengarah syarikat judi(dululah) beliau juga
terlibat dalam industri pelacuran. Apakah anda fikir orang nomber 2 dalam
kerajaan tak tahu akan hal ini dan walaupun dia tahu kenapa perlu berteman
rapat dengan Nalla? Kalau kita tahu tempat itu bernajis, kenapa nak pi pijak
kat situ?
PAS diikuti oleh Keadilan menyebarkan dakyah bahawa seorang muslim harus
mengundi sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Tapi apakah perjuangan
Keadilan, betulkah Keadilan berjuang untuk Islam? Buktikan kepada saya,
dalam Ayat Al-Quran ke berapa atau dalam hadis mana yang menyatakan bahawa
wanita boleh dilantik menjadi pemimpin di kala masih ramai lelaki yang mampu
menjadi pemimpin? Buktikan saudara? Ayat Al-Quran cuma menyatakan bahawa
kalau tidak ada pemimpin lelaki yang benar-benar baik barulah wanita boleh
dilantik. Takkan tak ada lelaki yang baik dalam keadilan? Bukankah ini sudah
melanggar perintah? Kalau Tian Chua bertanding, dakyah ini ditutup kerana
satu Malaysia tahu Tian Chua depan penyokongnya tak makan khinzir tetapi
belakang mereka dia makan juga jadi sudah tentu dia adalah bukan Islam.
Kalau Gobala Krishnan tak payah cakaplah kerana satu Malaysia juga tahu dia
Hindu. Yang anehnya calon berugama Hindu di tolak kononnya dia itu berbangsa
India dan berugama Hindu tapi undi Hindu boleh terima, yang itu tak haram
ke? Mungkin anda tak kenal Gobala Krishnan tapi saya kenal dia. Dia adalah
bekas pemuda MIC yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan majlis
tertinggi pemuda MIC. Bila kalah apa lagi, carilah peluang untuk
mempopularkan diri dan kuda tunggangannya ialah keadilan.
PAS apa hebatnya. Kata-kata pujian sebagai pembukaan tapi belum sempat 10
minit, maki hamun seperti yang di buat oleh ulamak politik Fadzil Noor.
Belum sempat 10 minit lepas mengucap, dia terus kata "Badwi di tanah Arab
jaga unta, tapi Badawi di Malaysia jaga babi" Apa benda ini?
Kalau undi PAS (bukan undi Islam) akan terus masuk syurga? Betulkah saudara?
Habis yang merogol anak sendiri, merogol anak yang belum baligh, merogol
adik ipar, adik dengan abang bersekedudukan dan macam-macam lagi perbuatan
sesat, kalau mereka undi PAS akan ke syurga ke mereka ini? Apa Datuk Nik
Aziz jual tiket ke syurga kot?
Buktikan kepada saya saudara, apakah Hadis dan AL-quran membenarkan seorang
muslim bekerjasama dengan syaitan hanya untuk menjatuhkan seorang muslim
yang lain. Of course syaitan akan menghulurkan bantuan tapi ayat Al-Quran
keberapa ke yang membenarkannya? Apakah di sebut dalam hadis Nabi bahawa
seorang muslim boleh bekerjasama dengan seorang muslim yang lain untuk
memenuhi cita-cita politiknya? Bukankah ulamak politik Nik Aziz telah
menyalah gunakan gelaran ulamaknya.
Kalau wanita bersalam tangan dengan bukan muhrim itu haram mengikut PAS,
tapi kalau tangan Datin Wan Azizah di julang oleh Encik Lim Kit Siang itu
tak haram ke? Itu di halalkan kerana takut undi akan lari. Apakah ini yang
di katakan prinsip? Kalau wanita membaca Al-Quran dalam pertandingan itu
haram kerana suara wanita itu aurat tapi kenapa pulak Wan Azizah boleh beri
ceramah politik, tak haram ke itu, suara dia tak aurat ke, saudara? Wanita
dalam PAS di anaktirikan, tak boleh duduk sebaris dengan ulamak politik
dalam mesyuarat agungnya tetapi Datin Wan Azizah, dia boleh duduk sebaris.
Apakah Datin Wan Azizah itu bukan wanita ataupun wanita dalam PAS itu tidak
diiktiraf sebagai wanita oleh pemimpinnya?
Saudara menyatakan "it's better to pick the devil whom we know than the
devil whom we do not know!" menjadi modal untuk menolak alternatif. alangkah
tololnya kita menyatakan kedua-duanya sama devil sedangkan bn terbukti
devilnya sedangkan alternatif belum pernah mentadbir negara untuk
menunjukkan kedevilannya! Tapi saudara terlupa belum beri kuasa dah bersikap
pengganas (penyokong keadilan) bayangkan kalau dah beri kuasa apa akan jadi.
Saya pasti pemimpinnya tak akan menerima kritikan yang bernas langsung
ataupun situasi untuk kritikan bernas tidak akan wujud langsung hasil kerana
sikap keganasan penyokong sendiri. Kalau ada yang nak beri pun akan rasa
takut di serang. Apakah Islam mengajar penganutnya keganasan? Puak Yahudi
menyatakan bahawa islam itu keganasan dan keganasan itu Islam. Ikhlas saya
beritahu saya tidak setuju dengan ungkapan itu tetapi tingkahlaku penganut
Islam yang menyebabkan wujudnya ungkapan itu.
Betulkah saudara, pembangkang tidak bercakap ke arah perkauman? Habis yang
statement Wan Azizah yang memberikan sebab kenapa calon S.Neelamekan di
tolak itu apa benda? Kalau nak kata main stream media tipu kenapa pulak
Karpa Singh reply balik Azizah punya statement. Saudara tak baca statement
Karpal Singh ke? Habis dakyah seperti "kalau nak masjid undi Keadilan tapi
kalau nak gereja undi BN, itu apa benda? Kalau tak nak jadi murtad undi PAS
tapi kalau nak murtad undi BN, Takkan saudara tak dengar dakyah ini? Saya
percaya saudara tak ke pilihanraya parlimen Teluk Kemang, Ruslan Kassim
kata, kalau nak Kuil undi Hindu tapi kalau nak masjid undi saya, itu bukan
perkauman ke? Sekiranya saya ada peluang untuk berjumpa dengan Ruslan Kassim
saya akan tanya kat dia, berapa banyak masjid yang parti dia dah bina di
kawasan yang di menanginya.
Dulu bila kerajaan yng dipimpin oleh UMNO berikan bantuan kewangan dan tanah
untuk membina kuil, itu haram dan tidak islamik bagi PAS tapi hari ini bila
kerajaan PAS di kelantan buat perkara yang sama, tak apa ke? Islamik ke?
Tapi ayat Al-Quran yang sama di perbetulkan dengan hadis nabi yang
menyatakan "agama kamu bagi kamu, agama saya bagi saya" Takkan dulu tak tahu
kot?
Kalau Badawi ke tokong cina, isu itu diperbesarkan, gambar secara besar di
cetak tapi yang Fadzil Noor bagi ceramah di tokong cina bersama persatu
Dong Ziaou itu tak apakah? Tak haram ke? Takkan ada dua naskah Al-Quran,
satu untuk PAS dan satu lagi untuk UMNO?
Saudara jangan risau kerana saya belajar agama Islam bukan dari ustaz UMNO
tapi saya mengenali Islam daripada ustaz yang berlencanakan bulan. Tapi
ustaz yang satu masa dulu berlencanakan bulan kini tak berlencana langsung.
Beliau sedih dengan sikap PAS yang berpegang kepada konsep "matlamat
menghalalkan cara" Tapi kini beliau hidup sebagai Islam dan saya banyak
berbicara dengan beliau sekiranya ada kemusyikilan. Bila saya tanya dengan
dia bolehkah Nik Aziz bekerjasama dengan syaitan untuk menjadi Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, beliau senyum sahaja. beliau memberi penjelasan
bahawa "syaitan satu-satunya makluk Allah yang enggan tunduk kepada manusia,
apabila di minta berbuat demikian oleh Allah semasa mula-mula manusia
dicipta dan syaitan yang sama telah bersumpah dengan Allah, bahawa syaitan
itu kini hanya mempunyai satu tugas iaitu untuk menyesatkan makhluk ciptaan
Allah iaitu manusia. Selagi manusia tidak disesatkannya, syaitan itu tidak
akan kembali ke pangkuan Allah" Apakah dengan syaitan ini, Nik Aziz akan
bekerjasama?
Saya mengaku beragama Hindu dan saya setuju agama memandu hidup seseorang ke
arah keharmonian di duniawi dan akhirat. Tapi dalam ugama Hindu tidak ada
dinyatakan bahawa undi parti Hindu, pengundi itu akan masuk syurga. Saya
yakin dalam Islam juga tidak di nyatakan sedemikian. Yang melakukan
kesilapan harus menerima hukumannya tetapi beliau masih di berikan masa
selagi hidup untuk sedar akan kesilapannya dan mencari lebih banyak pahala
supaya pahalah itu lebih berat dari dosanya apabila di ukur akan pahala dan
dosanya di akhirat, itulah ajaran agama Hindu.
Saya masih bertegas ingin menyatakan bahawa DAP akan berkubur di alaf baru
jika terus bersama PAS dan Keadilan. Terpulang kepada pucuk pimpinan DAP
samada nak terima atau tidak. Kalau betul PAS berprinsip mereka tidak akan
menerima DAP kerana masih kedengaran di telinga saya pernyataan, "langkah
mayat saya dahulu sebelum negara Islam di tegakkan". Bermakna PAS berkawan
dengan seorang musuh yang sedang bersembunyi dalam selimut cuma tunggu masa
nak tumbangkannya. Pasal Keadilan tak payahlah cakap, perjuangannya hanya
untuk membebaskan Datuk Anwar, tak lebih dari itu. Bagi mereka kalau Anwar
di bebaskan perjuangan politik mereka dah sampai ke penghujungnya. Pasal PRM
saya rasa tak payahlah kita sebut.
Saya percaya dan bersetuju dengan saudara, Tuhan lebih maha mengetahui.
Manusia hanya merancang, Samada pelaksanaan kita itu berjaya atau tidak
hanya Tuhan yang mengetahuinya. tetapi pernahkah saudara terfikir,
macam-macam cara yang di gunakan oleh pembangkang tapi sehingga ke saat ini
masih tidak dapat menguasai kerajaan pusat. Apakah Tuhan tidak merestui
perancangan pembangkang?
Semoga bertemu kembali.......
ravee
pulau pinang
1. situasi yang sdra sebutkan adalah hasil politik perkauman tajaan bn. kita
perlukan
masa untuk neutralisekan semangat kebangsaan yang telah ditanam oleh pihak
penjajah dan
diamalkan oleh perikatan/bn. kita perlu fikirkan sampai bilakah kita mahu
politik
perkauman yang tidak sihat untuk negara majmuk ini diteruskan? yang akan
menjadi mangsa
bukan orang lain tetapi kita kerana ketololan sendiri bersekongkol dengan
ketidakbaikan
setelah mengetahui ia tidak baik dan merugikan! apakah sdra, sebagai seorang
warganegara
tidak terasa apa-apa dengan apa yang sedang kita hadapi sekarang ini
lantaran segala
salahguna kuasa yang berlaku? sebelum pilihanraya, lantaran benci
orang-orang seperti"it's better to pick the devil whom we know than the
devil whom we do not know!" menjadi modal untuk menolak alternatif. alangkah
tololnya
kita menyatakan kedua-duanya sama devil sedangkan bn terbukti devilnya
sedangkan
alternatif belum pernah mentadbir negara untuk menunjukkan kedevilannya!
sdra kepada alternatif, ungkapan kita rasa kita
pandai, sebenarnya kita pandir! inilah akibat kita taksub dengan kaum tadi
sehingga
menjadikan kita buta untuk melihat kebaikan orang lain seperti orang-orang
yang
menyamakan kerajaan Pas kelantan dengan kerajaan-kerajaan bn sebagai devil.
sdra tidak
nampak keelokan kerajaan alternatif yang diketuai Pas di trengganu kerana
ketaksuban
tadi. sdra menyokong segala pelanggaran konsep federalism dan perjanjian
oleh kerajaan
bn! kitalah yang perlu memperbaiki keadaan kerana kita tidak boleh harapkan
mereka lagi.
2. saya setuju tak semestinya yang berjubah itu Islam. saya bersetuju bukan
kerja orang
Pas untuk mengukur keimanan orang umno. kerana al-Qur'an telah memberitahu
kami siapakah
yang kufur, zalim dan fasik (al-Maidah; 45, 46 dan 47). sebagai muslim kami
akur dengan
peringatan tersebut.
3. sdra jangan terperangkap dengan taktik pergaduhan perkauman! saya tidak
percaya fadhil
noor, wan azizah, lim kit siang dan syed hussin sedang berjuang ke arah itu.
yang sangat
mudah ke arah yang sdra takuti adalah politik yang sdra sokong itu...
lihatlah ke
belakang. sejarah tidak pernah menipu kita cuma kita sahaja yang degil tidak
mahu belajar
dari sejarah! sekalai lagi saya nasihatkan supaya jangan biarkan diri kita
diperalat.
kerana menjadi alat akan senang dieksploitasi untuk kepentingan mereka!
kalau sdra
bercita-cita untuk melahirkan sebuah negara malaysia yang penduduk berbagai
kaum dapat
hidup dalam harmoni, kitalah yang bertanggungjawab. kalau kita semua
berkerja kearah itu
siapakah yang boleh menghalang kita?
4. saya kira sdra amat arif tentang Islam sebab itu sdra sanggup menggunakan
"Islam acuan
Pas", yang menunjukkan sdra faham Islam. cuma saya khuatir Islam yang sdra
fahami adalah
Islam yang dijual oleh umno. kenapa tidak sdra keluar sekejap dari
kelongsong itu dan
mendapatkan penerangan dari ustaz-ustaz yang muktabar yang mengamalkan Islam
sebagai cara
hidup dan bukan yang mengatakan Islam hanya agama seperti agama-agama lain.
saya pernah
lihat sticker di kenderaan-kenderaan - "Hinduism a way of life". saya
percaya sdra
seorang penganut agama hindu, cuba jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan
"a way of
life". pada saya, in a simple term, agama itu memandu kehidupan seseorang.
kalau agamanya
mencegah (dalam Islam disebut mengharamkan) penganutnya mencuri, maka dia
tidak boleh
mencuri di semua waktu. dia tidak melakukan dua perkara yang bertentangan
dalam satu
masa. contoh, seorang pemimpin dia ke masjid, dia juga mencuri harta rakyat!
dia seorang
peniaga, dia sembahyang, tetapi dia menipu dalam perniagaan! mungkin contoh
saya tidak
begitu tepat, tetapi itu yang berlaku hari ini. menipu dan rasuah bukan
amalan mereka
yang kais pagi makan pagi tetapi amalan mereka yang diamanahkan untuk
berkhidmat kepada
rakyat!! so, how to overcome this? kita perlu pastikan agama itu benar-benar
"a way of
life".
5. dap menghadapi masalah meyakinkan penyokongnya dan sentiasa bimbang akan
kehilangan
sokongan. lunas benar-benar menyusahkan dap. tetapi dap sedar apa yang
rakyat mahu.
pernahkah sdra bertanya kenapa penyokong dap berubah-ubah selera mereka?
kenapa tidak
Pas? simple. dasar perjuangan dap bersifat liberal (boleh berubah-ubah
mengikut situasi).
maka penyokongnya juga terikut-ikut mengamalkan sifat liberal. sedangkan Pas
dasarnya
konsisten. sejak dulu sampailah ke akhir zaman. ia valid dan relevan pada
setiap masa dan
keadaan. penyokongnya memiliki pegangan, iaitu dasar parti. kalau perjuangan
kita
kebenaran, ia ada pada Pas. kalau perjuangan kita keadilan, ia ada pada Pas.
kalau
perjuangan kita kebebasan, ia ada pada Pas. kebenaran, keadilan dan
kebebasan yang
dikehendaki oleh Yang Menjadikan Manusia. Dia Maha Mengetahui apa yang
manusia perlukan!
"k. raveendran" wrote:
_____________________________________________________________________________________
Get more from the Web. FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com