*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalam Brother Din.
Terima kasih kerana bersusah payah menterjemahkan tulisan Cina kat
banner-banner tu. Sekurang-kurangnya sekarang kita faham jugak laa camna
perasaan orang Cina.
Kekadang segelintir kita ni lupa mereka tu pun manusia juga. Ada perasaan
macam kita juga. Malah, mereka pun layak kepada Islam juga sepertimana
Melayu. Tapi, mengapa laa kita dok tak kisah langsung nak cerita kat depa tu
pasal Islam.
Semasa saya dok kat London beberapa tahun dulu, ada laa anak muda Cina yang
minat sangat nak tahu pasal Islam. Dia dok tanya saya pasal Islam. Saya pun
jawab laa soalan dia. Dia mangkin minat kepada Islam. Lepas tu dia kata,
lain laa apa yang Melayu dok cerita kat Malaysia tu. Kekadang kita Melayu ni
dok bagi maklumat salah sampai mereka tu pun keliru dan takut nak ikut
Islam.
Saya percaya kalau mereka diberi penjelasan betul dan lengkap pasal Islam,
ramai yang akan ikut Islam. Insya'allah.
Tak ker begitu?
>From: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* "HANGPA KOMUNIS!!"
>Date: Sun, 3 Dec 2000 10:29:15 -0500
>
>
>Assalamualaikum,
>
>Depa nie tak habis-habis dok salahkah MCA dan Gerakan kononnya
>BN kalah di Lunas sebab isu sekolah Wawasan.
>
>Betoika Cina-Cina Lunas mengundi BA sebab tak puas hati dengan
>sekolah wawasan? Sekolah Wawasan tu kecik saja sebenarnya; yg sebetoinya,
>kalau hangpa pi tanya betoi-betoi Cina-Cina kat kedai2 tepi traffic lite
>yg tak siap di tengah2 pekan Lunas tu; depa sebenarnya marah kat
>Dr Mahathir dan puak2 UMNO yg celupar sangat mulut depa dok pi kata
>macam2 kat orang Cina.
>
>Buktinya; di pekan Lunas masa election hari tu bersepah banner2
>bertulisan Cina, yg kerana kita semua nie pakat ghairah sangat
>dengan election....sampai tak dan nak tanya depa apa maknanya baner2 tu.
>
>Jadi, lepas election baru nie, baru saya tau makna2 tulisan2 cina tu.
>
>1. Yg satu tu, yg ada karikatur Dr Mahathir menuding jari diikuti
>dengan tulisan2 kanji Cina, makna dia:
>
>"HANGPA KOMUNIS!!"
>
>2. Yg satu lagi pula, makna dia:
>
>"CINA BABI - kata ADUN Selangor" (saya lupa nama dia)
>
>So, kalau hangpa jadi Cina-Cina kat Lunas tu, kalau dah tiap2
>hari dan tiap-tiap malam hangpa dok tengok ayat-ayat "Hangpa
>Komunis" dan "Cina Babi" bersepah di depan rumah2 kedai hangpa; hangpa
>tak rasa torture ka?
>
>Yang menghairannya kenapa keceluparan Dr Mahathir ini tidak
>dijadikan isu oleh Utusan Malaysia atau pun mana2 pemimpin
>UMNO.....tapi depa tak habis2 dok salah pembangkang kononnya
>kerana memutar belitkan isu Sekolah Wawasan...
>
>Kot mana pun, adalah dirasakan kerusi LUNAS ini sama juga macam
>kerusi ARAU tempoh hari; di ARAU kita menang kerana Dr Mahathir
>celupar dok hina janggut nabi....panas sat saja tu; di LUNAS pula BA menang
>kerana Dr Mahathir celupar dok kata macam2 kat orang Cina. Dua2 kerana undi
>protes sebab sakit hati kat Dr Mahathir (awat Dr Mahathir nie suka bagi
>sakit
>hati orang?.....bila la UMNO nak tendang dia); jadi kalau LUNAS BA tak jaga
>betoi2, tahun 2004 nanti, kisah yg sama di ARAU mungkin akan berulang di
>sini....
>
>Wassalam,
>Ahmad Baharudin Kasbi
>
>--------------------------------------------------------------
_____________________________________________________________________________________
Get more from the Web. FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>