*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sistem demokrasi adalah merupakan satu mekanisma terbaik setakat ini
untuk mendapatkan hanya pemimpin terbaik sahaja yang akan menjadi
pemimpin. Di samping ia dapat menjamin di kalangan pemimpin terbaik akan
menjadi pemimpin, ia juga dapat menghindarkan pertumpahan darah dan
keganasan bila berlaku proses peralihan kuasa.
Tapi demokrasi juga mempunyai berbagai kelemahan, mungkin ia suatu
sistem yang ideal pada suatu masa dahulu kerana masyarakat di waktu itu
tidak sama seperti masyarakat kita sekarang. Mungkin masa sistem ini
diciptakan ia tidak mengambil kira masyarakat yang berbilang kaum dan
agama.
Melihat kepada berbagai kelemahan yang ada dalam sistem demokrasi ini
maka Dr Mahathir telah menjadikannya sebagai alasan yang kuat untuk
tidak menerima sistem demokrasi ini secara total. Sering kita mendengar
Dr Mahathir mengungkapkan kata-kata, "Demokrasi di negara kita haruslah
mengikut acuan kita", dan tidak segan silu beliau melaungkannya di
forum-forum antarabangsa.
Kita memang setuju, demokrasi tidak harus jumud dengan peredaran zaman.
Semua perkara akan berubah mengikut zaman termasuklah makanan, pakaian,
bangunan dan kenderaan. Yang tidak sepatutnya berubah ialah nilai yang
baik, contohnya kalau dulu perbuatan rasuah itu perkara tak baik,
sekarang pun ia mesti kekal seperti itu.
Tetapi siapakah yang harus menentukan acuan demokrasi yang patut kita
laksanakan di negara kita. Apakah Dr Mahathir yang menentukan demokrasi
yang macam mana harus kita terima pakai di negara ini. Dapatkah kita
bertarung secara adil atau mampukah kita menang bertarung dengan musuh
kita jika musuh kita yang membuat semua peraturan dan syarat-syarat
perlawanan.
Kalau sudah kebebasan media siaran berada di bawah kuasa Dr Mahathir,
permit untuk berhimpun dan memberi ceramah terletak di bawah kuasa
polis, mungkinkah sesiapa yang boleh dijangka akan menang untuk melawan
Dr Mahathir.
Kita boleh mengambil demokrasi mengikut acuan kita tetapi biarlah juga
mendapat persetujuan semua parti yang bertanding. Yang lebih penting
lagi, apa-apa pun perubahan yang dibuat, demokrasi mestilah tidak lari
dari tujuan asalnya iaitu untuk mendapatkan pemimpin terbaik menjadi
pemimpin, dan dapat mengelakkan pertumpahan darah, kekerasan dan
keganasan dalam proses peralihan pucuk pimpinan.
Keganasan dan pertumpahan darah boleh dielakkan jika semua parti
bersetuju dengan acuan demokrasi yang kita hendak laksanakan.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang telus dan adil juga penting untuk
menjamin pilihanraya berjalan dengan aman. Bila SPR diragui dengan
pengundi hantu, senarai pengundi yang nama mereka hilang dan undi pos
yang dicurigai maka banyak parti tidak akan berpuas hati. Rasa tidak
puas hati ini akan menjemput pihak tersebut melakukan keganasan dan
kekerasan. Jika mereka telah merasakan hak demokrasi mereka telah
dinafikan maka tentu mereka akan mencari pilihan lain. Tidak ada sebab
untuk mereka mengganas jika semua sistem yang dilaksanakan itu telah
dipersetujui bersama. Wallahualam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: alias <[EMAIL PROTECTED]>