Orang - orang Syiah dan orang - orang yang diracuni fikirannya oleh
fahaman Syiah
pasti akan bersifat biadap terhadap nabi - nabi dan rasul - rasul.
Maula Baqir Al-Majlisi meriwayatkan dalam kitabnya Biharu Al-Anwar (secara
dusta)
daripada Nabi s.a.w. berkata kepada Ali " Wahai Ali ! engkau memiliki
apa yang tidak
dimiliki olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri
yang
seumpamanya. Daripada engkau memperolehi 2 anak lelaki yang mana tidak
ada
bagiku 2 orang anak lelaki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu
sedangkan aku
tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpanya Aku sendiri bapa
mertuamu. Sedangkan aku tidak mempunyai bapa mertua yang penyayang
seperti
bapa mertuamu. Jaafar adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai
saudara
seumpama Jaafar. Fatimah Al-Hasyimiah adalah ibumu, dimana akan ku
dapat ibu
seumpamanya".
(Kitab Fiharu Al-Anwar-Kitabu Asy-Syahadah,J.5 hal 511)
Al - Kulaini menyebutkan bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi dari
darjat
Kenabian, Kerasulan dan Khullah. Untuk maksud itu dia (Kulaini) telah
berdusta atas
nama Jaafar As-Sadiq, bahawa beliau berkata : "Sesungguhnya Allah menjadikan
Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagi Nabi dan rasul dan
sesungguhnya Allah telah menjadikannya sebagai Rasul sebelum menjadikannya
sebagai Khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai Khalil
sebelum
menjadikannya sebagai Imam". (Kitab Al-Hujjah Min Al-Kafi J.1 hal 175)
Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif At-Tammar bahawa beliau berkata
: "Kami
pernah bersama Abi Abdillah a.s. dalam satu kumpulan di Hijjir Ismail,
maka Abu
Abdullah berkata :"Adakah mata-mata gelap mengikut kita?" Kami pun
berpaling ke
kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami sesiapapun. Maka beliau
pun berkata :"
Demi Tuhan Kaabah! Demi Tuhan binaan ini (3 kali) kiranya aku berada
di antara Musa
dan Khadir a.s. tentu aku menceritakan kepada mereka berdua bahawa
aku lebih alim
dari mereka berdua apa yang tidak diketahui oleh mereka kerana sesungguhnya
mereka telah dikurniakan ilmu tentang masa lampau. Untuk mereka berdua
tidak
dikurniakan ilmu tentang apa yang akan terjadi dan apa yang berlaku
sampai hari
Kiamat".
(Usul Kafi,J 1 Hal.261)
Diriwayatkan juga dari Jaafar As-Sadiq :" Sesungguhnya aku mengetahui
apa yang
ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di Syurga dan
di Neraka. Aku
mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman akan datang."
(Ibid)
Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayub dan nabi Yunus ditelan
ikan
sehingga terpaksa terkurung didalam perut ikan sampai beberapa lama
itu, tidak
kerana lain melainkan kerana mereka mengingkari walayah Ali. (Tafsir
Nurrul Tsaqalain
J.3 Hal.435).
Dipetik dari zabadi homepage
http://www.uum.edu.my/~masjid/gema2.html
Wassalam ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>