*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Saya mendapat tahu zakat fitrah di Selangor = RM 3.70. di
KL RM 3.80, Trengganu RM 4.60 - RM 6.00.

Persoalan di sini, Adakah zakat fitrah yang kita bayar
kepada amil setiap tahun itu mencukupi atau memadai????

Kita umat islam seluruh dunia dikehendaki membayar zakat
fitrah berdasarkan makanan ruji masing-masing. Di Malaysia
ulamak sepakat menyatakan beras sebagai makanan ruji
majority masyarakat disini.

Mengikut mazhab syafie kita dikehendaki membayar zakat
dalam bentuk makanan ruji itu sendiri mengikut timbangan
tertentu. Tetapi kita dibolehkan bertaklid dengan mazhab
yang lain yang mengharuskan penukaran kepada nilai barangan
tersebut.

Di Malaysia kita berzakat fitrah berdasarkan 2.27 kg beras
yang kita makan. Nilai RM 3.80 dan RM 3.70 adalah bersamaan
dengan harga beras RM 1.62 - 1.65 sekilo. 

Bagi yang agak mampu biasanya mereka makan beras siam yang
rata-rata harga melebihi RM 1.80 se kg. Kalau beras wangi
pulak biasanya melebihi RM 2.20. Kalau beras taj Mahal
iaitu beras herba pony berharga RM 4.70 se kg. Bagi yang
makan beras herba pony ni zakat fitrah yang sepatutnya dia
bayar ialah RM 10.67

Dalam ertikata lain jika anda makan beras yang agak mahal,
zakat fitrah yang dibayar mengikut JAWI dan JAIS masih
belum melepasi Rukun Islam yang ke 3. Maka berhati-hatilah.

Saya mencadangkan bayar zakat melebihi dari kupon ataupun
bayar 2 kali ganda untuk harga seorang. 

Kepada yang ada ibu bapa yang masih hidup tolong-tolong lah
bayarkan zakat fitrah mereka, biarpun mereka dah bayar dan
mungkin ada anak lain yang dah bayarkan kerana ibu bapa
masih tanggungjawab kita.

Saya ambil pendapat dari ramai ahli ugama yang membayar
zakat fitrah disemua negeri dan negara yang mereka biasa
pergi. Contohnya di Johor ada yang bayar zakat di Johor dan
di Singapura.

Zakat fitrah ni bayar lebih tak apa tapi jangan terkurang
ataupun tak bayar langsung.

wassalam

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke