*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sudah 3 kali sya bersalin, ketiga-tiganya dengan doktor lelaki.  yang 
pertama dengan Dr Daud.  Masa tu cuti hari raya, semua doktor cuti kecuali 
Dr Daud.  Terpaksalah saya bersalin dengan Dr Daud.  Sebagai seorang wanita 
muslim saya rasa sedih sangat.  Saya pilih Pusat Rawatan Islam kerana 
mengharapkan suasana yang Islamik berlaku, tapi saya bersalin di depan 
seorang doktor lelaki.

Kali kedua kandungan saya bermasalah, di PMC kes saya diserahkan kepada Dr 
Hamid Arsyad.  Pikir punya pikir walaupun dia dr tersohor, saya tak nak.  
Saya cari Dr Lo'Lo'.  Alhamdulillah setiap bulan dia yang memeriksa 
kandungan saya.  Last minute saya kena operate dengan Dr Amir Farid.  Adui 
hai.  Kali ini saya memilih Pusat Perubatan Kohilal, tapi saya tetap kena 
operate oleh Dr lelaki.  saya sangka kaki saya tak ditutup selama 45 minit 
operation berjalan.  saya mendiamkan diri kerana malu sambil wonder, kenapa 
tak tutup kaki saya?  rupa-rupanya kesan bius menyebabkan saya rasa macam 
tak diselimuti sedangkan saya diselimutkan.

kali ketiga juga saya memilih pusat rawatan islam.  di hospital tu cuma ada 
dua orang doktor.  yang biasa dan pakar, yang biasa perempuan dan pakar dr 
lelaki lagi, Dr Jamil.  Sebab tak berapa puashati dengan beberapa jawapan dr 
perempuan tu saya terpaksa pilih Dr Jamil sebab saya lebih confiden dengan 
dia, maklumlah kandungan kedua bermasalah, yang ni saya kena hati-hati.  
Tapi dalam hati hopefully saya dapat bersalin dengan dr perempuan, sebab tak 
pernah lagi ada pesakit mati dengan dia. saya jumpa dr jamil untuk 
professional advice.  last-last kena operate juga dengan d jamil.  masa tu 
baru saya tahu abdomen ke bawah dibiarkan bare for abt 1 minute.  prosedur 
agaknya.  jadi tekaan saya semasa melahirkan anak kedua tak silap, saya 
dibiarkan selama beberapa minit tanpa berselimut.  kalaulah dr tu perempuan 
saya tak ralat sangat, tapi saya terpaksa dioperate oleh dr lelaki.






>From: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Re: pompuan & pakar sakit puan
>Date: Thu, 7 Dec 2000 23:33:03 -0800 (PST)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Apalah sebabnya pelajar pompuan tak berapa minat nak masuk
>jurusan pakar sakit pompuan.  Walhal, pelajar pompuan lebih
>ramai yang masuk pusat pengajian tinggi, terutama jurusan
>perubatan. Pensyarah, dentist, biologist, doktor, dll ramai
>pompuan - maknanya bidang2 sukar bukan soalnya.
>
>Dalam pada tu, ramai pulak pompuan yang melakukan tugas2
>yang agak menyegankan seperti mencukur bawah pusat pesakit
>untuk operation, memasang wire2 untuk ECG test, dsbnya -
>maknanya sifat malu bukanlah antara penghalangnya.
>
>Infact, kalau tanya makbapa yang punya anak pompuan pun,
>tak ramai yang inginkan anak2 mereka ambil bidang tu.
>
>Apasal?
>
>Sekian
>
> >-----------
> >
> >Terlalu sedikit doktor wanita pakar sakit puan -
> >UM Online (5/12/00)
> >
> >Saudara Pengarang,
> >
> >SEPERTI semua golongan wanita di negara ini, saya cukup
> >gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita
> >Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari
> >segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja
> >profesional.
> >
> >Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca
> >laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang
> >menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan
> >dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita.
> >Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai
> >seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah
> >ini telah sampai ke peringkat tenat!
> >
> >Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G,
> >saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut
> >bersama-sama saya.
> >
> >Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya
> >perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar
> >sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab
> >doktor-doktor wanita!
> >
> >Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan
> >jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan
> >tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para
> >jururawat dan pesakit wanita kepada saya.
> >
> >Bagaimanakah saya harus menjawabnya?
> >
> >Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan
> >tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini
> >tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan
> >satu fardu kifayah?
> >
> >Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah
> >yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau
> >mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau
> >menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?
> >
> >Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih
> >untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain?
> >Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati,
> >tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.
> >
> >Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka
> >pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa
> >tempat sulitnya.
> >
> >Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun
> >bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang
> >telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa
> >sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya
> >sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh
> >doktor wanita.
> >
> >Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita
> >yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa
> >hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang
> >diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita
> >amat 'berkuasa' dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia.
> >
> >Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki
> >kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun
> >kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawatan
> >tinggi berbanding mereka.
> >
> >Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita
> >tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara
> >kita amat memerlukan.
> >
> >Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar
> >memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu
> >wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya
> >kedoktoran itu sendiri.
> >
> >Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari
> >bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak
> >bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai
> >lelaki.
> >
> >Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana
> >perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar
> >diuniversiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya
> >para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi
> >pakar sakit puan?
> >
> >- DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan.
>
> >
>
>
>----------------------------------------------------------------------
>Get your FREE ShyMail account!
>http://www.shymail.com/
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

_____________________________________________________________________________________
Get more from the Web.  FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke