*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Selidik dahulu background seseorang baru kita nilai...
Jangan pie kata tak tentu pasai.....




"mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]> on 12/11/2000 12:54:40
PM

To:   [EMAIL PROTECTED]
cc:   [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] (bcc:
      SOFFIAN/MEM/MSMM)
Subject:  H-Net* Layakkah Bekas Banduan Berdebat?




Note: Some recipients have been dropped due to syntax errors.
Please refer to the "$AdditionalHeaders" item for the complete
headers.




 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DI MALAYSIA pada masa lepas, rekod peribadi lazimnya akan
menentukan kedudukan seseorang dalam masyarakat.

Seorang yg bangkrap akan dipandang begitu hina kerana dia
tidak mampu membayar hutangnya.  Seorang bekas banduan di-
anggap sampah masyarakat jika dia masih tidak sedar tentang
jenayah yang dilakukannya.

Di Malaysia pada masa lepas dan pada hari ini, seorang yang
bangkrap dan bekas banduan sukar untuk memasuki universiti,
susah hendak dapat kerja dan disisihkan.  Ada peraturan
tertentu,dan juga stigma-stigma, yang mengklasifikasikan
hidup orang bangkrap dan bekas banduan tidak seharusnya sama
dengan hidup orang biasa.

Malangnya dunia tekah berubah.  Hari ini seorang bekas banduan
boleh berdebat mengenai negara dan bangsa kita dan tidak malu
meminta debat itu disiarkan dalam akbar, dalam radio dan
TV.

Makna malu pada masa sekarang tidak sama lagi seperti malu
zaman dulu-dulu. Malau pada masa sekarang sudah kurang malunya.

MISSRIBUT - Dulu malu-malu, sekarang pun malu-malu
            ([EMAIL PROTECTED])


*****************************************************************

Assalamu'alaikum Pakcik Mencelah,

Pakcik dah habis baca tulisan Missribut di atas?  Nampaknya
missribut ni memang betul-betul ribut ni.  Sebenarnya dia nak
kenen pada salah seorang wakil rakyat parti pembangkang yg baru
saja keluar dari jel.

Dia mendakwa, di Malaysia sekarang susah bagi bekas banduan nak
carik kerja  dan sering disisihkan.  Mungkin di Utusan memang
benar.
Tak kiralah apa salah org tu, asal nama jer banduan, jgn harap
nak kerja di Utusan. Macam tu missribut?

Celah, agaknya missribut ni tak tau apa-apa selain daripada
menulis tentang penceraian artis, artis tu kebas laki org, artis
ni kena
tangkap khalwat artis tu kelengtong artis ni...(yang sudah
pasti hanyalah gossip yg tidak jelas sama ada benar atau
sebaliknya).

MIssribut ni kan celah, dia tak tau ke seorang bekas banduan
telah menjadi ketua negara  di sebuah negara di Afrika?

Di malaysia sendiri celah, ramai bekas tahanan ISA
(banduan jugak le tu) dah jadi menteri termasuk duta ke PBB pun.

Jadi mencelahkan, missribut tak patutla nak pandang serong pada
sema banduan.  Kena tengoklah apa salah dia.  Org yg dia kenen
dlm tulisan dia tu pun, kena jel bukan apa. Dia hanya  menyertai
perhimpunan
(tanpa permit polis) membantah kedatangan pasukan
kriket Israel. Itu jer.  Bukannya  dia kena jel sebab balon
gadis bawah umur.  kalau itu salah dia, lainlah cerita.

Lagi satukan mencelah, bukan sema banduan ni buat salah
seperti tuduhan terhadapnya.  Ada juga yg kena naya. Hakim
bertindak atas keterangan saksi dan bukti.  Tapi apa cerita
kalau saksi berbohong.

Ce mencelah ingat balik kes sapa  nama tu, Kartigesu,
kalau tak silap.  Kes ni berlaku tahun 70an dulu.
Si missribut belum ada lagi masa tu mencelah, kalau adapun
masih berbogel main masak-masak.

Si Kartigesu ni kena jel sebab didapati bersalah atas tuduhan
membunuh (kalau tak silap).  Tiga empat tahun kawan tu merengkok
dlm jel, tetiba saksi utama kes itu mengaku bahawa beliau
berbohong ketika memberi keterangan.  Last-last, saksi tu yang
kena jel dan Kartigesu dibebaskan.

Satu contoh lagi celah, katakanlah mencelah telah kena naya
bila di pasang perangkap supaya ditangkap atas tuduhan cuba
bersenggerama dengan missribut sendiri dicelah-celah pohon buluh
ditepi sungai Golok. Kerana memang mencelah dan missribut pada
masa tu berdua-duaan (sedangkan hakikatnya ada orang lain
dajalkan celah dan missribut atas sebab-sebab tertentu),
maka missributpun dijel kerana gagal membayar denda (celah
dapat bayar sebab pinjam drp budak siam yg selalu seluduk
beras tu).

Dalam kes ni, kita tidak seharusnya memandang sinis dan
mengklasifikasikan hidup missribut agar  tidak sama
dengan orang lain.

Jadi, tak sema banduan ni jahat dan patut kita pinggirkan.
Janganlah kerana nak mengutuk sorang pemimpin pembangkang
kita sanggup menghiris perasaan orang lain.

Dengan lain perkataan, jika sekalipun seseorang bekas
banduan itu dihukum atas kesalahan  civil seperti mencuri,
menipu dan sebagainya, jika mereka telah insaf dan bertaubat,
mengapa pula mereka perlu diasing dan disisihkan.  Bukan
kah mereka telah menerima hukuman atas kesalahan mereka?

_________________________________________________________________
____________________
Get more from the Web.  FREE MSN Explorer download :
http://explorer.msn.com



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE
HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE
HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan
)
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
)
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SOFFIAN" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke