Macam ada yang tak kena aje....?

Concorde wrote:

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dec 5, 2000

Sekolah Wawasan: Pendirian kaum Cina perlu dihormati
'Ein Azmi

12.45pm, SEL: Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) menyarankan
Kementerian Pendidikan mengambil kira seluruh aspek Sekolah Wawasan
sebelum melaksanakan konsep ini sebagai menghormati pendirian kaum Cina
dalam memperjuangkan bahasa ibunda serta identiti asal mereka.

Organisasi pelajar itu memandang positif pelan perancangan Sekolah
Wawasan di mana secara ringkasnya, tiga sekolah yang berlainan aliran
ditempatkan dalam satu kawasan dan berkongsi kemudahan asas seperti
padang permainan, dewan perhimpunan dan kantin.

Bagaimanapun, Gamis menghormati pendirian kaum Cina yang ingin menjamin
supaya identiti "masyarakat Cina tulen tidak hilang walaupun dengan
adanya jaminan undang-undang".

"Sekolah Wawasan ini melibatkan sensitiviti kaum yang perlu dibincangkan
dengan hikmah dan berhati-hati. Silap langkah pasti akan membawa mudarat
besar di kemudian hari," jelas Presiden Gamis, Kamarulzaman Abdullah
dalam satu kenyataan media hari ini.

Kamarulzaman menegaskan pelaksanaan Sekolah Wawasan untuk integrasi kaum
adalah baik, namun pelaksanaannya perlu mendapat persetujuan semua pihak
dan tidak menghilangkan identiti kaum yang terlibat.

Proses integrasi

Beliau turut mencadangkan satu jaminan undang-undang bagi mengelakkan
sebarang penyelewengan dibentuk sekiranya konsep Sekolah Wawasan hendak
dilaksanakan.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan
berkata, kerajaan sudah memberi jaminan mengenai perkara itu (kemajuan
sekolah Cina di Malaysia) bahkan sudah meminda Akta Pendidikan bagi
menarik balik kuasa Menteri Pendidikan untuk menukar sekolah Cina kepada
sekolah kebangsaan.

Kerajaan tidak akan membatalkan Sekolah Wawasan sebagaimana ia tidak
membatalkan rancangan supaya pelajar universiti daripada pelbagai kaum
di negara ini tinggal bersama kerana ia juga sebahagian proses
integrasi.

Menurut beliau tindakan puak ekstrimis Cina yang sengaja membangkitkan
isu itu bukan demi mempertahankan bahasa Cina tetapi supaya dapat
menghalang perpaduan di kalangan masyarakat majmuk, jelas sumber akhbar
Berita Harian.

Pendapat Mahathir dipertikai oleh Kamarulzaman, yang berkata: "Tindakan
awal Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina dan Gabungan Lembaga
Pengarah Sekolah Cina (Dong Jiao Zong) yang membantah penubuhan Sekolah
Wawasan adalah satu langkah berhati-hati dalam memperjuangkan
pemeliharaan bahasa ibunda dan identiti asal."

Tambah Kamarulzaman, mana-mana bangsa pun akan bertindak sedemikian
dalam mempertahankan budaya bangsa dan identiti.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Concorde <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke