*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siri Kuliah Ibadah (01)
Oleh : Ustazah Habsah Yeob
Muqaddimah
BERIBADAH adalah suatu yang penting dalam kehidupan manusia. Hidup seseorang
itu ddak akan bererti jika dia tidak mengutamakan ibadah atau mencuaikannya.
Lebih malang lagi jika langsung tidak beribadah. Sedangkan haiwan-haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan benda-benda tidak bernyawa pun beribadah atau berzikir
memuji Allah sesuai dengan cara dan kejadiannya, inikan manusia yang
dikumiakan akal fikiran.
Pengertian ibadah itu luas, bukan setakat sembahyang, membaca Al Quran,
berpuasa, berzikir dan sebagainya. Melakukan apa sahaja, tetapi mengikut
syarat-syaratnya sudah dikira ibadah. Syarat Yang terpenting ialah:
1. Niat semata-mata kerana Allah.
2. Perlaksanaannya mengikut yang diluluskan syariat.
3. Perkara yang dilakukan tidak melibatkan suatu yang haram.
4. Natijahnya boleh memberi manfaat kepada masyarakat.
5. Tidak meninggalkan ibadah asas, seperti sembahyang dan seumpamanya.
Hasil daripada perlaksanaan ibadah yang tepat, lahirlah kebudayaan, kemajuan
dan tamadun Islam.
Golongan orang yang bertaqwa dan orang-orang soleh yang tercatit sejarahnya
adalah orang-orang yang banyak ibadahnya. Hidupnya sentiasa di dalam ibadah,
hatta ketika tidur dan makan. Ibadah wajibnya dilaksanakan dengan sempurna,
ibadah sunatnya banyak, perkara harus juga diusahakan agar menjadi ibadah.
Pengertian Ibadah
IBADAH ialah suatu amalan dan tindakan seorang hamba yang dipersembahkan
kepada Tuhannya. la terbahagi dua, iaitu; ibadah yang berhubung dengan Allah
(hablumminallah) dan tindakan yang ada hubungan terus dengan sesama manusia
(hablum-minannas). Kedua-dua bentuk ini perlu dilaksana-kan dengan
sebaik-baiknya. Allah memberi per-ingatan di dalam Al Quran dengan
firman-Nya:
"Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada
melainkan mereka yang menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri
sesama manusia."
(Ali Imran: 112)
1. Hablumminallah
Amalan manusia berhubung langsung dengan
Allah, mencakupi semua bidang fardhu ain serta yang melibatkan rukun-rukun
iman dan Islam.
Bentuk ibadah ini adalah khususiah dan peri-badi, ia adalah amalan yang
ditetapkan oleh syariat, seperti sembahyang, puasa, membaca Al Quran,
berzikir, berdoa, mengerjakan haji, bersedekah dan menuntut ilmu yang
bermanfaat.
Faedah dari ibadah ini hanya berbalik kepada peribadi berkenaan saja. Itupun
bergantung kepada keikhlasan persembahannya itu.
2. Hablumminannas
Tindakan dan pekerjaan yang ada hubungan-nya dengan persoalan fardhu kifayah
merangkumi bidang-bidang muammalat (jual-beli), pendidikan, soal-soal siasah
dan persoalan alam sejagat dikira hablumminannas.
Hablumminannas tentu lebih luas ruang ling-kupnya kerana manusia mesti
berkeluarga, berjiran, bermasyarakat. Di dalamnya boleh ditegakkan
pendidikan masyarakat menegakkan "amrun bil maaruf wanahyun anil munkar".
Persoalan kebajikani masyarakat dan peranan dalam mewujudkan siasahl Islam,
pentadbiran Islam.
Umat Islam akan ditimpa kehinaan jika salah satu daripada bentuk ibadah ini
dicuaikan. Apa lagi kalau kedua-duanya terabai. Bahkan jika kedua-duanya
ditegakkan tetapi perlaksanaannya tidak menurut syariat, penghinaan tetap
akan menimpa.
Di antara bentuk penghinan yang menimpa ialah berlakunya maksiat dan
kemungkaran berlaku, jenayah dan krisis moral yang semakin menjadi-jadi.
Timbul pertelingkahan dan perkelahian membawa kepada peperangan dan
pertumpahan darah diantara negara dengan negara. Orang kaya dan ber-harta
merasakan jiwanya sentiasa terancam, gadis-gadis dan wanita-wanita terdedah
kepada berbagai-bagai pintu maksiat dan jenayah.
Allah timpakan penghinaan kepada kaum-kaum yang derhaka, yang tidak
benar-benar me-laksanakan perintah-Nya baik yang berhubung dengan soal-soal
hablumminallah atau hablumminan-nas. Di dunia sudah sengsara, di Akhirat
Neraka yang lebih dahsyat dan hebat azabnya sedia me-nanti. Gambaran
mengenai penderitaan ini Allah terangkan dalam Al Quran: "Telah lahirlah
kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh usaha tangan manusia itu
sendiri, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat
perbuatan mereka, moga-moga mereka kembali ke jalan yang benar."
(at Ruum: 41)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>