*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Message: 3
> Date: Mon, 11 Dec 2000 01:12:50 -0000
> From: "redraihan " <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Keadaan kesihatan Anwar membimbangkan - Azizah - HarakahDaily
>
>
> Keadaan kesihatan Anwar membimbangkan - Azizah
> Oleh Zunar
>
> KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) Keadaan kesihatan bekas Timbalan Perdana
> menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menerima rawatan
> pakar di Hospital Kuala Lumpur ( HKL ) membimbangkan, menurut
> isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail dalam satu kenyatan media hari
> ini.
>
> "Panel rawatan terdiri dari tujuh orang doktor pakar yang menyelia
> keadaan kesihatan Anwar , mendapati sakit tulang belakang beliau
> bertambah serius dan memerlukan pembedahan".
>
> "Mereka mencadangkan pembedahan tulang belakang beliau dijalankan
> sekitar minggu hadapan. Kesimpulan tersebut dicapai dalam satu
> mesyuarat panel tersebut yang diadakan pada hari Khamis, 7 Disember
> lepas" "Perkembangan terkini ini amat membimbangkan memandangkan
> pembedahan seumpama itu adalah berisiko tinggi termasuk boleh
> mengakibatkan lumpuh" kata Azizah.
>
> Azizah juga turut melahirkan kekesalan pihaknya di atas kesukaran
> mendapatkan peluang menziarahi Anwar dalam saat-saat yang genting
> ini. Menurut Azizah, pihak penjara masih mengenakan prosedur yang
> tidak munasabah dan terlalu membataskan masa melawat.
>
> "Dalam saat-saat genting seperti ini, pihak berkuasa harus
> menggunakan budibicara supaya prosedur lawatan diperlonggarkan atas
> prinsip kemanusiaan. Ahli keluarga terdekat sepatutnya dibenarkan
> melawat tanpa perlu mengemukakan permohonan setiap kali lawatan
> seperti sekarang" kata Azizah lagi.
>
> Anwar dimasukkan ke HKL sejak sejak 25 November lalu kerana mengadu
> sakit belakang. Foto scanning MRI ( Magnetic Resonance Imaging )
> menunjukkan kecedaran yang serius dan dianggap berat,
> dengan 'prolapse disc' yang besar.
>
> Punca kecederaan masih belum dapat diketahui dengan tepat.Namun
> peristiwa Anwar dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim
> Noor dalam lokap Bukit Aman september 1998 tidak boleh ditolak
> sebagai puncanya.
>
> Wan Azizah melalui kolum 'Salam Reformasi'nya dalam akhbar Harakah
> mengingatkan Anwar jatuh terlentang di atas lantai simen lokap Bukit
> Aman setelah dibelasah dengan mata tertutup dan tangan bergari bila
> menyentuh punca kecederaan Anwar tersebut.
>
> Penyokong adakan sembahyang hajat
>
> Penyokong-penykong Anwar Ibrahim akan mengadakan solat hajat di kaki
> lima wad pesakit utama untuk mendoakan kesihatan beliau . Menurut
> peguam Zulkifli Nordin, solat hajat tersebut akan diadakan pada hari
> selasa 12 Disember ini sebaik saja selesai majlis berbuka puasa dan
> solat maghrib yang akan diadakan di tempat yang sama.
>
> "Saya berharap penyokong-penyokong Anwar akan hadir beramai-ramai
> untuk bersama-sama berdoa dan memberi sokongan sokongan moral beliau
> di saat-saat kritikal ini" kata Zulkifli.
>
> Zulkifli juga meminta penyokong-penyokong agar membawa sejadah dan
> makanan masing-masing. Anwar dijangka menjalani pembedahan minggu
> depan.
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "AHMAD, Azmi" <[EMAIL PROTECTED]>