*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Kalau benar apa yang syazana cakap tu, kita tumpang gembiralah, walau
pun kita bukan gomen.  Sebab akhir2 tahun ni, dengan double rayanya, 
dengan buka sekolahnya, dengan zakatnya, dengan kelahiran dan 
perkahwinannya, dll, boleh menyebabkan suami yang handsome jadi 
kurang handsome.

Darimana datangnya wang itu, mungkin tak mustahak sangat, asalkan
legitimate - duit saman pun oklah kot.

Tekanan ekonomi untuk sesetengah golongan rakyat memang chronic. 
Mungkin itulah antara sebab kenapa semenjak dua menjak ni, jenayah
samun dan curi menjadi.  Pemilik2 motor dan kereta kena ambil extra
precaution - walaupun park depan & dalam rumah.  Khabarnya di KL
kehilangan kenderaan semakin menjadi2. Yang paling mengejutkan ialah
remaja dah pandai samun - macam new york pulak.

Sekian

-----------------------------

GOMBAK: Pembabitan remaja dalam kegiatan jenayah semakin serius
hingga ada yang sanggup merompak premis perniagaan 24 jam
semata-mata untuk berseronok sambil mencari wang saku.

(deleted)

Sementara itu, Massari berkata, dalam kejadian lain di Jalan Rusa,
Klang Gate di sini pada 6 Oktober lalu, polis menahan seorang lelaki
dipercayai hidup mewah dengan menjalankan kegiatan pecah rumah.

(deleted)

Beliau berkata, modus operandi lelaki yang melakukan kegiatan pecah
rumah berseorangan itu ialah dengan meletakkan kenderaannya
kira-kira 500 meter daripada rumah sasaran yang sudah ditinjau pada
waktu siang.

Kemudian, antara jam 2 hingga 5 pagi, lelaki yang bertubuh kecil
itu akan menceroboh masuk ke rumah mangsa melalui tingkap bercermin 
nako selepas menanggalkan cermin dan merengangkan jejari besi, 
katanya.

----- Original Message ----- 
From: Hassan, Haslim <[EMAIL PROTECTED]>
To: 'Syazana Hamzah' <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; 
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, December 12, 2000 9:43 AM
Subject: RE: H-Net* Bonus Kakitangan Kerajaan

> Wa'alaikumussalam wbt,
> 
> Ini cuma hearsay atau desas-desus yang saya dengar kat ofis saya ni iaitu
> antara tujuan utama pihak polis melancarkan operasi besar-besaran menahan
> pesalah-pesalah trafik yang tidak membayar saman ialah kerana kerajaan
> memerlukan wang yang banyak untuk membayar bonus untuk kakitangan kerajaan.
> Di ofis orangrumah saya pula mengatakan kerajaan menggunakan polis untuk
> mendapatkan sumber kewangan yang banyak dimana setiap balai polis
> disyaratkan untuk mengeluarkan sekurang-kurang 100 saman sehari.
> Kerajaan sedang memerlukan banyak sumber kewangan dan olehkerana itu banyak
> isu-isu seperti banyak pemegang EPF mengeluarkan caruman utk membayar
> pinjaman perumahan, isu SOCSO banyak mengeluarkan bayaran pampasan
> berbanding dengan collection, isu tak bayar saman sering diketengahkan
> akhir-akhir ini.
> 
> Sekiranya apa yang dikhabarkan itu benar, hairan saya kerana Mahathir selalu
> mewar-warkan yang negara kita ini kaya untuk justify-kan segala usaha mega
> projek beliau.
> 
> Wallahua'lam dan wassalam.
> 
> -----Original Message-----
> From: Syazana Hamzah [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Tuesday, December 12, 2000 9:14 AM
> To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Bonus Kakitangan Kerajaan

> Assalamualaikum,
> Kekawan seme,
> Saya dengar berita angin yang sangat boleh dipercayai bahawa bonus
> kakitangan kerajaan ialah setengah bulan gaji dan minimanya ialah RM500
> (orang gaji 500 dapat sebulan gaji).
> Bayaran terus ke gaji bulan December yang akan dibayar pada 18 hb December
> nanti....tunggu dan lihat....
> 
> .......just a joke to share with you all.....kawan saya kata sebab Daim tak
> kasi bonus semasa ucapan belanjawan baru2 ni kerana mahathir marah sebab
> ramai sangat kakitangan kerajaan penyokong pembangkang....cuba rujuk ucapan
> Pak Lah di Kota Bharu baru baru ini.....WALLAHU AKLAM BISSAWAB....

> 

__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke