*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam sejahtera buat semua,

Apabila membaca keratan berita BERNAMA di bawah; saya
teringatkan perbualan saya dengan orang tua saya
beberapa bulan yang lalu.

Kata ayah saya:

"Kuniq, adik nak masuk U nie, nak kena pakai 2 tiga
ribu, pak tak tau nak korek mana".

Ayah saya hanyalah seorang penoreh getah, yang sudah
tua tapi tetap digagahinya juga untuk ke kebun,
mungkin sudah biasa begitu, tak peluh sehari tak boleh
duduk.

Lalu, kata saya secara spontan:

"Sokonglah lagi kerajaan pak; zaman saya dulu bolehlah
kami semua dapat biasiswa, zaman la nie kata saja
kerajaan jaga hak istimewa orang Melayu, tapi biasiswa
dah tak ada"

Orang tua saya tak kata apa; rasa bersalah pula dalam
diri saya.....ingat2 sekali tak patut dok pi sakat
orang tua itu macam tu; bukan salah dia sebab bagi
ayah saya dia masih ingat UMNO masih seperti UMNO di
zaman remajanya dulu!

Di manakah hak keistimewaan orang Melayu kalau
biasiswa pun sudah tidak ada lagi?

Catatan Ikhlas,
Kuniq Bendang Perdang

----------------------------------------------------

TIADA SESIAPA HARUS PERTIKAIKAN KONTRAK  SOSIAL 
       
       
     SEREMBAN, 12 Dis (Bernama) -- Tiada seorangpun
harus
     mengungkit atau mempertikaikan kontrak sosial
yang terhasil
     sewaktu negara mencapai kemerdekaan yang intipati
kontrak itu
     ialah orang Cina diberi kerakyatan secara
beramai-ramai manakala
     orang Melayu diberi perlindungan dalam bentuk
hak-hak
     keistimewaan dalam perlembangaan negara. 

     Naib presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata kontrak
     sosial itu merupakan akar tunjang kepada
perlembagaan negara
     dan kepada dasar-dasar yang dijalankan di negara
ini.

     Beliau berkata melaluinya negara dapat
melaksanakan Dasar
     Ekonomi Baru (DEB) untuk membetulkan kepincangan
dan
     ketidakadilan dalam negara tanpa merampas hak
daripada kaum
     Cina dan sejak dasar itu dijalankan, orang
Cinapun boleh maju
     dalam bidang perniagaan manakala orang Melayu
mendapat
     pembelaan menerusi DEB dan dasar pendidikan
kebangsaan.

     "Kontrak sosial ini sudah berjaya menjaga
keharmonian negara dan
     tidak seharusnya dan tidak wajar dan tidak perlu
diungkit atau
     dipertikaikan atau dimansuhkan dengan apa juga
formula yang lain
     atau kontrak sosial yang baru yang boleh
menimbulkan
     ketidakstabilan, huruhara dan mungkin pergaduhan
kaum dalam
     negara ini," katanya.

     Najib, yang juga Menteri Pertahanan, berkata
demikian kepada
     pemberita selepas merasmikan Masjid Kariah
Kampung Sungai
     Machang Ulu, Lenggeng dekat sini malam tadi.

     Beliau turut bersembahyang tarawih di masjid itu
dan
     menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dan
anak-anak yatim.

     Hadir sama ialah Panglima Medan Tentera Darat Lt
Jen Datuk Seri
     Zaini Mohd Said yang merupakan anak watan kampung
itu.

     Katanya ini merupakan satu perkara yang begitu
sensitif dan
     rakyat harus saling hormat menghormati antara
satu sama lain.

     Najib berkata kerajaan akan memerangi semua
bentuk dan jenis
     pelampau sama ada yang datang daripada orang
Islam, bukan
     Islam, Melayu ataupun bukan Melayu kerana
kerajaan berdiri teguh
     di atas landasan bertanggungjawab menjaga
keharmonian,
     keamanan dan kesejahteraan rakyat.

     "Kita tidak boleh tunduk kepada tekanan daripada
mana-mana
     pihak," katanya.

     Beliau berkata tindakan Jawatankuasa Rayuan
Pillihanraya
     Persatuan-persatuan Cina (Suqui) mendesak
kerajaan memenuhi
     83 tuntutannya baru-baru ini boleh disifatkan
sebagai menentang
     kontrak sosial itu.

     "Implikasinya ialah untuk merungkai kontrak
sosial yang telah
     terikat selama ini, dan sebarang tindakan yang
boleh menimbulkan
     huruhara dalam negara kita mesti dielak,"
katanya.

     Katanya soal pokok tuntutan itu supaya dihapuskan
terutama
     sekali perbezaan antara Bumiptera dan bukan
Bumiputera dan
     melaksanakan dasar meritokrasi adalah penjelamaan
konsep
     Malaysian Malaysia yang telah ditolak sewaktu
negara mencapai
     kemerdekaan.

     -- BERNAMA




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke