*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari harakahdaily.com
-------------------------------------
Belanjawan 2001: Terengganu peruntukkan RM733.436 juta
http://www.harakahdaily.com/Dis/m12dis2000_7.shtml
Oleh Azmi Yusof
KUALA TERENGGANU, 12 Disember (Hrkh) - Kerajaan negeri Terengganu tetap
menegaskan secara rasmi bahawa kerajaan negeri itu tetap berhak menikmati
royalti minyak dari Petronas. Sehubungan itu, belanjawan 2001 yang
dibentangkan semalam di Dewan Undangan Negeri Terengganu tetap memasukkan
anggaran penerimaan wang royalti minyak dari Petronas.
Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan jumlah
belanjawan bagi tahun 2001 sebanyak RM733.436 juta.
Dari jumlah itu, katanya sebanyak RM60.411 juta disediakan untuk
perbelanjaan tanggungan yang merangkumi perbelanjaan yang telah
diperuntukkan oleh undang-undang dan peruntukan bayaran balik pinjaman
manakala RM673.025 juta bagi perbelanjaan bekalan.
"Pada keseluruhannya jumlah perbelanjaan yang dicadangkan telah meningkat
sebanyak 7.27 peratus atau RM49.756 berbanding tahun semasa berjumlah
RM683.707 juta," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2001
pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri
Kesepuluh, di sini, hari ini.
Menurutnya, belanjawan negeri bagi tahun depan disediakan dalam keadaan
defisit sebanyak RM12.94 juta atau 1.79 peratus berbanding anggaran hasil.
"Jumlah anggaran hasil negeri tahun 2001 dijangka diperolehi sebanyak
RM720.496 juta termasuk RM540 juta dari royalti petroleum iaitu meningkat
sebanyak 4.09 peratus berbanding hasil tahun semasa berjumlah RM692.182
juta," ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri telah bersetuju bahawa dalam penyediaan belanjawan
negeri tahun 2001, perolehan hasil royalti petroleum hendaklah diperakukan
sebagai hasil negeri yang sudah semestinya dikreditkan ke dalam Akaun
Kumpulan Wang Disatukan.
Ini, tambahnya kerana tidak ada satu sebab pun sama ada dari sudut
perundangan atau pentadbiran yang boleh membawa kepada pembatalan atau
perampasan hasil tersebut daripada kerajaan negeri.
Beliau berkata, berdasarkan anggaran yang disediakan didapati hasil cukai
akan meningkat kepada RM580.319 juta atau 0.54 peratus manakala hasil bukan
cukai meningkat kepada RM96.632 juta atau 24.8 peratus dan terimaan bukan
hasil dijangka meningkat kepada RM43.544 juta atau 15.7 peratus.
_____________________________________________________________________________________
Get more from the Web. FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>