Winter Gathering 2000 sempena 10 tahun penubuhan rasmi MISNA

Selamat Datang ke Laman Winter Gathering/Muktamar 2000 Anjuran Malaysian Islamic Society of North America. Winter Gathering (WG) ialah sebuah acara kemuncak di dalam aktiviti tahunan MISNA, di mana penceramah-peceramah dijemput khas dari Malaysia untuk menyampaikan ilmu-ilmu islami kepada masyarakat islam Malaysia di North America dan Canada.

Insya Allah, WG2000 akan dilangsungkan di Purdue University, West Lafayette, Indiana
di alamat: 101, Russell Street, West Lafayette, IN 47906-2856. Tarikh yang telah ditetapkan untuk program ini ialah daripada Jumaat Dec. 22nd hingga Ahad Dec 24th 2000. Tema program kali ini ialah "Keutuhan Tauhid Asas Kesejahteraan Hidup"! . Ini sesuai dengan matlamat program, untuk memastikan para peserta dapat pulang ke lokaliti masing-masing dengan Aqidah dan Fikrah Tauhid yang jelas. Untuk memeriahkan suasana, dua orang penceramah telah dijemput iaitu 
YB Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man - ADUN Pahang
Dr. Supyan Huss
in - Pensyarah UKM, bekas Pimpinan MISNA

MISNA mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari. Sekiranya saudara/saudari menghadapi apa-apa masalah dari segi kewangan/pengangkutan dsbnya untuk menghadiri WG2000, insya Allah kami akan cuba membantu seberapa terdaya. Sil! a hubungi Akhi Raziamizan Ramli di email: mailto:[EMAIL PROTECTED] untuk maklumat lanjut berkenaan pengangkutan. Semoga Allah memberkati majlis ini sebagai sebuah majlis ilmu, dan merahmati para peserta sebagai mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah.


BIODATA PENCERAMAH:

YB Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

YB Dato' Ustaz Tuan Ibrahim kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang. Beliau adalah bekas graduan UKM lulusan sarjana (Dakwah dan Kepimpinan) dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah kanan di UiTM Jengka Pahang selama 14 tahun. Beliau bergerak aktif sebagai penceramah dan pendakwah pada peringkat awalnya. Mulai terkenal di mata masyarakat umum apabila terlibat dalam program Forum Perdana anjuran RTM untuk beberapa tahun sehinggalah beliau digam oleh pihak RTM. Bekas anak murid Dato' Ustaz Haron Din ini mempunyai tubuh yang sederhana, sikap yang sederhana, dan kehidupan yang sederhana. Beliau disegani, d! ihormati, dan mudah didekati oleh kawan dan lawan. Sebagai wakil rakyat mewakili penduduk Jengka, beliau sering turun ke padang bersama rakyat, mendengar masalah dan rintihan rakyat.

Penglibatan beliau dalam gerakan Islam boleh dilihat sejak usia remaja lagi dan lebih terserlah lagi ketika beliau menuntut di UKM. Kini beliau terus aktif sebagai pendakwah dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul kepada ummah dan merupakan penggerak saf perjuangan Islam di samping melaksanakan amanah sebagai ADUN Jengka. Ratusan rakaman keset dan CD-ROM ceramah beliau kini yang menjadi bahan pengajian ilmu dan halwa telinga umat Islam di
Malaysia.

Kehadiran beliau di WG MISNA 2000 ini amat bermakna kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Amerika Utara. Selain daripada mendapat ilmu-ilmu tentang Islam, para peserta juga berpeluang mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan politik tanahair secara langsung dari YB
Dato'.


DR. SUPYAN HUSSIN

Dr. Supyan Hussin pula adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu di samping menjadi pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa UKM. Lul! usan Ph.D. (Education) dari Universiti of Illinois Urbana-Champaign ini pernah berkhidmat sebagai guru sebelum menyertai UKM pada tahun 1987.


Beliau adalah bekas ahli MISNA yang pernah memegang beberapa jawatan penting dalam MISNA termasuklah ahli Majlis Syura MISNA ketika menuntut di sini dahulu. Di UKM beliau pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Bahasa Asing dan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Bahasa. Penerima Anugerah Tenaga Pengajar Cemerlang UKM dan Anugerah Khidmat Cemerlang UKM ini sering terlibat sebagai penceramah dan fasilitator dalam program-program motivasi
kecemerlangan akademik dan program-program kualiti di tempat kerja.

Walaupun zaman belajar telah berlalu, beliau masih aktif dan peka dengan perkembangan pergerakan pelajar di universiti-universiti tempatan. Kini beliau masih menjadi Penasihat kepada Ikatan Studi Islam UKM. Beliau juga tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan kepada kerja-kerja dakwah dan
politik di tanahair.

Kehadiran beliau di WG MISNA 2000 juga amat bermakna kepada peserta WG. Disamping dapat berkongsi pengalaman sebagai bekas pelajar di USA dan pengalaman bekerja sekembali ke tanahair, peserta juga akan dapat mendengar ulasan-ulasan ! perkembangan semasa di tanahair.


====================================================

Untuk Pendaftaran: Boleh melawat ke laman web: 
http://members.tripod.com/~misna/wg2000/index.html 
atau laman web MISNA di http://come.to/misna

ATAU

hantarkan butir-butir diri seperti di bawah ke alamat: mailto:
[EMAIL PROTECTED]

Register Online!!

Name:   

Street Address:   

City:                        State:                  
Zip Code:  
  

Phone Number (Home):        

Phone Number (Office):   

Email address:   

University/ Company:   

Status:

Freshman                        Junior                        Graduate

Sophomore                     Senior                        Post-Graduate

Other (please specify)

Marriage Status:    Single    Married

If married, please include the name of family members that will be coming along:

Family member #1 (Spouse):   

Family member #2 (Child):      

Family member #3 (Child):      

Family member #4 (Child):        

Family member #5 (Child):        

Family member #6 (Child):        

Family member #7 (Child):      



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.

Kirim email ke